Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Simple Step Dalam Formula I.O.S.T.R Untuk Dapatkan Lebih Ramai Pelanggan Dan Jualan Secara Online


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Sejak kebelakangan ini, banyak kali saya terbaca posting rakan-rakan usahawan saya di Facebook, yang mana majoriti daripada mereka ‘mengeluh’ makin susah nak dapatkan pelanggan & jualan secara online.

Dah buat macam-macam teknik marketing, tapi tetap “krik-krik”.. Jangan kata nak dapatkan orang membeli, satu like atau komen pun payah nak dapat di posting menjual mereka!

Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 5 Step Formula I.O.S.T.R yang boleh membantu anda untuk dapatkan lebih ramai pelanggan secara online ini?

Oh ya, sebelum anda berfikir yang mungkin formula ini ‘kurang berkesan’ untuk bisnes anda, saya suka nak tekankan berkenaan perkara ini ;

5 Step Formula I.O.S.T.R ini sangat sesuai dan terbukti berkesan untuk apa jua industri bisnes terutamanya ;

  • Bisnes pakaian
  • Bisnes makanan / minuman
  • Bisnes produk kecantikan / kesihatan
  • Bisnes insurans / takaful
  • Bisnes travel
  • Bisnes pendidikan
  • Bisnes produk digital
  • Bisnes hartanah / construction
  • Bisnes servis
  • Dan banyak lagi….

Jadi, tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita fahami 5 step utama dalam formula ini ;

STEP 1 : IKLAN

Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan & dapatkan lebih banyak jualan, semestinya anda perlu jalankan iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Instagram Ads.

Kenapa?

Sebab ramai orang (prospek / audience) diluar sana yang sedar mereka ada “masalah” dalam hidup mereka.

Mereka memang perlukan produk atau servis anda untuk selesaikan masalah mereka. Tapi sayangnya, mereka masih belum bersedia atau yakin untuk membeli & mencuba produk anda.

Jadi apa yang anda perlu buat adalah, hasilkan “Lead Magnet” untuk buat mereka bertindak dan paling penting mereka respon kepada iklan anda.

Tapi, apa yang dimaksudkan dengan Lead Magnet ?

Basically, ianya cuma “umpan” untuk menarik menarik minat dan perhatian prospek anda.

Umpan ini boleh jadi apa sahaja asalkan ianya PERCUMA! Contoh seperti Ebook, template, video, checlist dan sebagainya…

Tapi ingat! Umpan ini mestilah ada “value” yang tinggi dalam membantu selesaikan masalah prospek anda.

Dengan jadikan umpan ini sebagai iklan pertama anda, ianya akan jadi ‘langkah pertama’ untuk prospek mula kenal dan berhubung dengan anda.. 🙂

STEP 2 : OPT-IN PAGE

Opt-in Page adalah satu page yang mana prospek anda perlu masukkan database mereka seperti NAMA, EMEL & NO PHONE sebagai ‘pertukaran’ untuk dapatkan umpan percuma yang anda tawarkan.

Di page ini, anda mestilah letakkan gambar, beserta penerangan berkenaan ciri-ciri atau manfaat yang prospek akan dapat sekiranya mereka dapatkan umpan anda.

Contohnya seperti dibawah ini ;

STEP 3 : SALES PAGE

Selepas prospek anda dah pun masuk ke Opt-in Page anda, sekarang tiba masanya untuk anda paparkan kepada mereka apakah produk atau servis utama yang ingin anda tawarkan kepada mereka.

Mungkin anda tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘produk atau servis utama’ ini?

Ianya tak lain dan tak bukan adalah produk atau servis sebenar yang ingin anda jual kepada prospek anda.

Dengan kata lain, umpan percuma yang anda tawarkan pada step kedua sebentar tadi hanyalah untuk buatkan prospek datang kepada anda, dan kemudian barulah anda tawarkan kepada mereka dengan produk atau servis sebenarnya yang ingin anda jual.

Contonya seperti dibawah ini ;

STEP 4 : THANK YOU PAGE

Bagi pelanggan yang dah melalui funnel anda (Opt-in Page >> Sales Page), mereka akhirnya akan sampai ke Thank You Page.

Di Thank You Page ini, anda boleh link kan mereka untuk ke platform sosial media anda yang lain seperti Facebook Page, Instagram, Twitter, Telegram dan sebagainya..

Contoh Thank You Page dibawah ;

Kenapa anda perlu ada Thank You Page ini?

Ada 2 sebab utama ;

  1. Pelanggan senang untuk kembali berhubung dengan sekiranya ada sebarang update atau promosi terkini
  2. Lifetime Value pelanggan anda akan meningkat

STEP 5 : RETARGET

Berkemungkinan sekarang ini, ada soalan dalam fikiran anda…

“Macam mana kalau ada prospek yang masuk ke Opt-in Page saya, tapi tak sampai ke Sales Page?”

Atau ;

“Macam mana prospek dah sampai ke Sales Page, tapi mereka tak beli atau ambil produk/servis yang saya tawarkan di Sales Page dan mereka tak sampai ke Thank You Page?”

Untuk menjawab kepada persoalan itu, rujuk gambar rajah dibawah ;

Anak panah berwarna biru merujuk kepada tempat dimana berkemungkinan prospek anda akan keluar dalam proses melalui funnel anda sepertimana persoalan anda diatas.

Berita baiknya, anda boleh target mereka kembali! Itulah yang disebut sebagai “RETARGET”..

Proses retarget ini adalah satu proses yang membolehkan anda untuk melakukan proses follow-up secara automatik.

Dan berdasarkan banyak case study sebenar, anda boleh tingkatkan jualan dan dapatkan lebih ramai pelanggan sehingga 30% – 40% melalui kaedah retarget ini!

Ada dua kaedah yang anda boleh lakukan untuk kerja-kerja retaget ini, antaranya ;

  1. Facebook Ads menggunakan Pixels
  2. Email Marketing

Kesimpulan

Saya faham, mungkin agak terlalu teknikal untuk anda hadam dengan formula ini.

Tapi percayalah, inilah juga formula yang digunapakai oleh ramai usahawan atau peniaga yang terbukti berjaya dalam bisnes secara online di seluruh dunia.

Oh ya, saya juga suka nak cadangkan kepada anda untuk sertai kelas Rahsia Sales Online Reloaded yang bakal kami adakan 100% secara online pada 25 Julai 2020 nanti.

Dalam kelas online ini, anda akan didedahkan 5 rahsia mahal iaitu ;

  • #RAHSIA 1 : KONSEP SALES FUNNEL ONLINE
  • #RAHSIA 2 : CARA DAPATKAN ‘PELANGGAN BERKUALITI’ DI ONLINE
  • #RAHSIA 3 : STRATEGI JUALAN PRODUK HARGA “PREMIUM” DI ONLINE
  • #RAHSIA 4 : STRATEGI ‘SAKA’ FOLLOW UP
  • #RAHSIA 5 : KUNCI JUALAN AUTOMATIK

Nak lebih info berkenaan kelas ini? KLIK DISINI SEKARANG!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!