“Payment Error” Masa Run Iklan Facebook? Ini 4 Langkah Mudah Selesaikannya!

Tengah semangat nak run iklan Facebook, tiba-tiba keluar notifikasi “Payment Error”? Jangan panik. Ini antara masalah biasa yang ramai pengiklan hadapi — dan ia sebenarnya boleh diselesaikan dengan cepat kalau tahu caranya.

Berikut 4 langkah penting yang anda boleh buat bila berdepan dengan isu ini:

1. Semak Kad Debit/Kredit Anda

Pastikan kad yang digunakan untuk pembayaran:

  • Belum tamat tempoh (check expiry date).
  • Ada baki yang mencukupi.
  • Dibenarkan untuk transaksi online/international (boleh semak dalam apps bank atau call bank terus).
    Kad yang bermasalah akan menyebabkan Facebook tolak transaksi secara automatik.

2. Hubungi Support Facebook (atau Agen Anda)

Kalau anda run iklan sendiri, boleh terus contact Facebook Support melalui Business Help Center.
Tapi kalau anda gunakan khidmat agen pemasaran atau media buyer, terus maklumkan mereka untuk semakan segera. Mereka ada akses dan lebih cepat troubleshoot.

3. Tukar Payment Method

Kad masih bermasalah? Cuba tukar kepada:

  • Kad lain (debit/kredit).
  • Akaun PayPal (jika ada).
  • Topup manual akaun prepaid FB Ads.

Facebook benarkan anda simpan beberapa kaedah bayaran dalam Ads Manager. Ini boleh jadi backup bila satu method gagal.

4. Ambil Snapshot Error & Hantar Kepada Team Teknikal

Jika anda ada team teknikal, ambil screenshot mesej error yang keluar dan terus hantar kepada mereka.
Maklumat ini penting untuk mereka kenal pasti punca dengan lebih tepat dan cepat.

Jangan biarkan “payment error” ganggu momentum pemasaran anda. Bertindak cepat ikut langkah di atas supaya iklan anda boleh jalan semula tanpa gangguan. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat ROI masuk balik.

Nak pastikan iklan jalan lancar setiap masa? Simpan backup kad & pantau payment setting dari semasa ke semasa.

Jom jadi pengiklan yang bijak dan bersedia!

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !