Emosi Punca Utama Bisnes Boleh Maju!

2021

Cuba kita perhatikan 2 perbualan telefon ini…

SITUASI 1

“Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?”, Satu call masuk ke dalam telefon Samsung Note 5 En Ali, betul-betul sewaktu dia ‘fokus’ tengah suapkan nasi makan tengah hari.

“Ya, saya Ali. Siapa ni?”, “Saya Faizal En Ali, saya nak perkenalkan satu pakej insurans untuk En Ali & keluarga”, “Owh… takpe, takpe, saya buzy. Call lain kali. Assalamualaikum”

SITUASI 2

“Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?”, “Ya, saya Ali. Siapa ni?” ,”Saya Faizal En Ali, saya nak bantu en Ali selamatkan keluarga En Ali dari ditimpa masalah pada masa akan datang!”

“Hah! Masalah?”, ‘Ya, masalah. Masalah bila terjadi En Ali demam, atau sakit, En Ali tak boleh pergi kerja, saya akan beri duit untuk En Ali dan keluarga. So, tak kerja pun saya nak bagi duit”

“Eh, biar betul, macam mana?’, “Sebelum tu, saya nak tanya, En Ali sayang keluarga tak? Dan En Ali nak tak suatu hari nanti kalau En Ali tak sihat saya tolong bayarkan duit tiap-tiap bulan tanpa perlu En Ali kerja?”

“Eh nak la… Gila tak nak kan! Hehe”, dan perbualan itu bersambung dengan panjang lebar. Si Ali mendengar, si Faizal mempromosi ‘segila- gilanya’ kepada Ali.

Apa beza 2 contoh perbualan diatas? Bezanya simple, perbualan pertama, si Faizal menjual dengan kapasiti apa yang dia tahu bukan apa yang En Ali mahu.

Situasi ke dua, si Faizal menjual dengan menggunakan kelemahan En Ali. Faizal menjual bukan apa yang dia tahu, tapi apa yang En Ali MAHU!

Bagaimana Faizal tahu kelemahan En Ali? Sedangkan dia tidak pernah berjumpa malah bercakap dengan En Ali? Sebenarnya, kelemahan En Ali juga adalah kelemahan SEMUA orang.

Kelemahannya adalah EMOSI!

Apabila kita nak menjual, jual lah EMOSI dahulu. Selami emosi terdalam, sedalam-dalamnya terlebih dahulu barulah menjual.

Kerana, manusia bukan membeli disebabkan brand, bukan disebabkan harga, bukan juga disebabkan siapa yang menjual, tetapi manusia membeli disebabkan EMOSI.

Dan setiap marketing dan bisnes tujuannya satu. la hadir untuk selesaikan masalah orang! Jika anda boleh menyentuh hati, emosi dan selesaikan masalah pelanggan, mereka akan secara sukarela memberi anda duit. Setuju?

Jika anda setuju, jom dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan? Jom join Channel Telegram FunnelEvo sekarang!

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Scroll to Top