Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Case Study : 7 Langkah Bagaimana Meningkatkan Jualan 2 Kali Ganda Untuk Produk Mahal


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Ramai peniaga amat takut untuk menaikkan harga barang yang mereka jual. Mereka takut produk yang mereka jual itu tidak akan mendapat perhatian dan orang tidak mahu membeli. Natijahnya, jualan merudum, malah perlukan ‘lebih masa’ yang lama untuk berwhatsapp dan yakinkan pelanggan untuk membeli produk. Malah kos iklan pun akan melambung tinggi tanpa hasil yang memberangsangkan.

Ada beberapa persoalan yang majoriti usahawan tertanya-tanya, antaranya adalah ;

1- Adakah benar, faktor harga memainkan peranan penting?

2- Adakah hanya produk bernilai 2 angka yang mudah untuk dijual berbanding produk nilainya lebih RM100?

3- Harga produk atau ‘relationship’/hubungan dengan pelanggan lebih penting?

4- Jika gunakan sistem ‘sales funnel’, adakah ia mampu untuk membuat jualan yang lebih banyak terutamanya dengan menjual produk melebihi RM100?

5- Adakah dengan kos marketing yang minimum, boleh hasilkan jualan 5 angka hanya dengan naikkan keuntungan per unit produk?

Di FunnelEvo, kami juga menggunakan proses ‘monitize’ konsep sales funnel dengan content marketing untuk menaikkan keuntungan syarikat 2 hingga 3 kali ganda..

Berikut adalah langkah yang kami buat ;

Langkah 1 : Website Jualan (funnelevo.com/kdm)

Kami menyediakan website sebagai jurujual.  Website ini dapat mengurangkan permbaziran masa untuk menjawab setiap PM/Whatsapp yang masuk, kerana setiap kali soalan yang kami terima, merupakan soalan yang hampir sama sahaja. Jadi lebih baik website yang tolong jawabkan untuk kami. Kami juga suka menggunakan konsep ini kerana ia akan mengurangkan kebergantungan kepada staff. Jika staff perform, Alhamdulillah.. Jika tidak, susah. Itu belum masuk jika mereka berhenti.

Langkah 2 : Blog Perkongsian – Content Marketing (https://funnelevo.com/blog/)

Kami juga ada sediakan ruangan blog di website untuk kami sampaikan ‘content’ berbentuk perkongsian dalam niche bisnes dan marketing. Pada part ini, kami menubuhkan satu team untuk mencari sesiapa sahaja yang berminat menulis artikel dalam niche bisnes dan marketing untuk kami fokus dalam proses penghasilan content yang bermanfaat kepada semua.

Langkah 3 : Email List

Mereka yang mahu belajar lebih lanjut tentang ilmu bisnes dan marketing, akan masukkan database mereka, seperti nama dan email untuk kami emailkan setiap ‘content’ atau blog baru yang dihasilkan.

Setiap hari, saya boleh anggarkan mereka yang opt-in masuk ke dalam email list dalam lingkungan 50-80 orang.

Bermaksud, kami mendapat penambahan 50-80 ‘new leads’ atau database baru setiap hari.

Langkah 4 : Autoresponder Email

Setiap ‘new leads’ atau database yang masuk ke dalam email list kami, mereka akan dimasukkan mereka ke dalam ‘automation’ untuk menerima email dari kami secara automatik setiap hari.

Setiap email yang kami berikan, kami tidak hanya menjual, tetapi kami juga berkongsi tips secara percuma. Ini bertujuan untuk ‘membina hubungan’ yang baik, serta meningkatkan ‘trust’ antara kami dengan database tersebut. Sebaik contoh, rujuk gambar dibawah.. Dan untuk tujuan ini, kami gunakan sistem ActiveCampaign.

Langkah 5 : Letakkan Banner Jualan di Blog funnelevo.com

Email yang dihantar bertujuan untuk mengekalkan relationship antara kami dengan pelanggan dan bakal pelanggan. Tetapi ‘open rate’ email biasanya hanya 10-20% sahaja. Bermaksud jika email dihantar kepada 1000 orang, hanya 100 – 200 sahaja yang buka dan baca email tersebut.

Jadi untuk tidak membazirkan traffic, kami meletakkan banner di setiap blog yang ditulis. Contoh banner adalah seperti dibawah ;

Langkah 6 : Artikel Yang Viral – Mengurangkan kos iklan, dapatkan lebih ramai prospek

Kami juga akan berusaha untuk hasilkan artikel atau content yang berkualiti supaya dapat menarik lebih ramai audience membaca & share artikel tersebut.

Contohnya seperti posting dibawah yang mendapat lebih 200,000 reach, dan 1700+ shares. The best part is, ianya 100% genuine dan ZERO KOS MARKETING!

Langkah 7 : Naikkan Harga !

Ini part yang kami perlu akui.. Agak berpeluh! Berpeluh takut orang tak nak beli. Berpeluh sebab takut menjatuhkan jualan syarikat. Tetapi selepas mengambil kira 2 faktor ini, kami teruskan niat menaikkan harga..

Hasilnya? – Jualan meningkat hampir 2 KALI GANDA dan TIDAK TIMBUL ISU HARGA LANGSUNG!

Pelanggan kami majoriti berpuas hati dan ada antara mereka yang ‘repeat order’ dengan hadir ke program kami berkali-kali.

Ada juga antara mereka yang langsung tidak ada masalah untuk join ke kelas kami yang lebih ‘advance & mahal’ seperti Funnel Hacker, Sales Samurai, Elite Circle dan sebagainya..

KESIMPULAN…

Marketing ini luas. Seluas lautan. Kita sebagai peniaga hanya perlu sedikit kreativiti dan semangat juang untuk melawan arus.

Jika teknik A tak menjadi, cuba teknik B. Jika C kurang ummph, buat pula teknik D…

Melalui pengalaman kami, untuk produk yang mempunyai ramai pesaing, seperti produk kesihatan dan kecantikan, hubungan/relationship dengan pelanggan atau bakal pelanggan adalah lebih penting. Harga produk kemudian..

Masukkan & kumpulkan mereka ke dalam senarai Database anda untuk membina hubungan/relationship yang baik dengan mereka.

Pelanggan tidak akan berfikir panjang untuk ‘beri duit’ kepada penjual yang banyak memberi nilai kepada mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Semoga ianya juga jadi saham dunia dan akhirat. Amin!

Jangan lupa tinggalkan komen & share dengan rakan-rakan yang lain ya.. =)

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !