Fokus Jaga Kualiti Bukan Fokus Jual Murah!

Sebagai seorang peniaga makanan dan minuman, sepatutnya fokus utama anda adalah peningkatan mutu dan nilai produk anda. Perbaiki kualiti, perbaiki rasa, perbaiki cara hidangan dan sebagainya. Bukan anda fokus kepada harga jualan murah semata-mata, sehingga anda sanggup jual pada harga yang terlampau murah dan tidak relevan kerana pada anda. Jadi pelanggan lebih tertarik kepada barangan yang murah.

Bila harga jualan anda murah dan tidak releven, anda akan cuba untuk kurangkan kos pembuatan, anda kurangkan bahan itu, kurangkan bahan ini. Kemudian skip step itu, skip step ini hanya kerana anda cuba untuk dapatkan penjimatan sebanyak mungkin untuk offset harga jualan yang murah. Anda terpaksa buat begitu kerana anda belum mampu untuk menjana keuntungan melalui volume.

Manakala makanan, pada tahap proses penyediaannya, jika ada kekurangan bahan dan kekurangan step yang sepatutnya, rasanya akan berubah. Tidak sama seperti yang sepatutnya, tidak sedap, tidak presentable, tidak enjoyable. Mungkin akan ada pelanggan yang teruja dan suka pada harga yang murah tapi percayalah, lebih ramai pelanggan yang lebih suka pada nilai pulangan duit yang mereka belanjakan.

Bagi saya, sifirnya mudah “Jika mahukan kualiti, jangan fikirkan harga Jika mahukan murah, jangan fikirkan kualiti”. Dukacitanya, makin lama barang bisnes anda makin tidak laku. Pelanggan yang dulunya teruja dan suka pada harga jualan anda pun, tidak membeli untuk kali kedua, apatah lagi untuk kali ketiga dan seterusnya. Alasannya anda sendiri pun tahu.

Jadi anda peniaga makanan? Pastikan anda amalkan perkongsian ini dan kongsikan pada kenalan anda.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!