Ramai founder kecewa bila team sales tak perform walaupun leads masuk non-stop. Masalah utama? Bukan tak cukup leads – tapi staff tak tahu cara close.
Kalau anda nak staff anda jadi ‘mesin closing’ yang tak bagi peluang leads lari, ini 5 ilmu penting yang mereka wajib kuasai:
1. Skill WhatsApp dengan YAKIN, bukan copy-paste kosong
Customer boleh bau ayat copy-paste dari jauh. Bila skrip tu tak natural, terus nampak tak genuine.
Latih staff untuk faham struktur skrip, bukan hafal bulat-bulat. Bagi mereka tone yang sesuai dengan jenama dan ajar cara respond ikut situasi sebenar.
2. Faham EMOSI & PSIKOLOGI pelanggan
Kenapa orang beli?
→ Sebab mereka ada takut dan harap.
Apa yang mereka takut?
→ Takut rugi, takut kena tipu, takut produk tak sesuai.
Apa yang mereka harap?
→ Nak hidup lebih mudah, nak selesaikan masalah, nak rasa yakin.
Staff kena belajar baca emosi pelanggan dan tahu bila masa sesuai untuk push atau slow down.
3. Ilmu COUNTER OBJECTION
“Tak cukup bajet…”
“Nak tanya suami dulu…”
“Belum ready…”
Objection macam ni normal. Tapi kalau staff tak tahu cara jawab dengan tenang dan yakin, terus leads ‘ghosting’.
Latih mereka dengan skrip counter objection yang smart – bukan tekan pelanggan, tapi bantu mereka buat keputusan yang betul.
4. PRAKTIK SETIAP HARI untuk bina CONFIDENCE
Skill closing takkan datang dengan hanya baca skrip 1-2 kali.
Macam naik basikal – kena praktis, ulang, dan belajar dari kesilapan.
Buat roleplay, review chat lama, dan sentiasa cari cara untuk improve.
5. Dapatkan FEEDBACK dari SETIAP REJECTION
Setiap “tak jadi beli” ada sebab.
Ajar staff untuk ambil rejection sebagai pengajaran, bukan beban.
Tanya diri: “Apa yang aku boleh buat lebih baik tadi?”
Dari situ mereka akan jadi lebih tajam, lebih faham pelanggan, dan lebih bersedia untuk deal seterusnya.
Kalau anda nak team closing yang perform, jangan fokus pada jumlah leads dulu.
Fokus pada skill staff anda.
Ajarkan ilmu yang betul, beri mereka latihan, dan bantu mereka jadi sales closer yang bukan setakat menjual, tapi buat pelanggan rasa DIBANTU.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!