Apa Kesan Selalu Ambil Emergency Leave?

Hujung tahun, majikan pening fikir apa nak buat dengan pekerja yang selalu amil Emergency Leave! Kalau boleh tak nak simpan pekerja yang selalu ambil EL ni ke tahun 2024!

Sana sini rancak membincangkan tentang baik atau buruk EL. Heboh di media sosial, semua orang nak memberi pendapat masing- masing.

Jadi hari ini saya nak rungkai tentang pengambilan Emergency Leave ni. Sebenarnya bila perlu ambil EL ni? Ambil EL bila betul- betul emergency. Jika nak penerangan yang dalam bentuk video anda boleh tonton di TikTok CEO Urus Orang Tuan Shariffudin Sahedan yang merupakan CEO FunnelEvo.

Ramai orang beranggapan EL ni adalah cuti khas tetapi EL sebenarnya bukan cuti khas. Betul namanya Emergency Leave sebab untuk perkara kecemasan sahaja yang tak boleh dielakkan. Namun EL tetap tolak cuti tahunan.

Bila nak ambil EL? Ambil apabila ada perkara-perkara yang tak boleh di elakkan seperti anak kemalangan, ibu bapa masuk hospital dan perkara-perkara kecemasan. Perlu notice majikan, HR atau HOD message amik EL, masuk sahaja kerja hari seterusnya terus apply cuti dan tolak dari cuti tahuna (Annual Leave) yang berbaki.

Pada pendapat saya, jika anda nak maintain prestasi kena elakkan ambil emergency dan satu lagi MC, walau macam mana malasnya nak bangun untuk pergi kerja jangan guna alasan untuk ambil MC ataupun EL. Memang wujud kes malas bangun pagi atau lambat bangun pagi terus cipta minta untuk EL. Walaupun tiada perkara yang emergency pun.

Malah ada juga yang malas datang kerja tetapi ambil MC. Dah lulus dapat MC pergi jenjalan, tengok wayang shopping, update plak kat Facebook, WhatsAap Status dan macam-macam. Pening majikan tengok sikap epekerja-pekerja mereka.

Nasihat saya zaman kerja susah nak dapat ni, sebaiknya jaga prestasi, jangan sabotaj diri sendiri. Di kemudian hari jika anda di buang, anda salahkan orang lain tutup periuk nasi anda, sebenarnya anda yang tutup periuk nasi sendiri.

Ingat, sementara banyak syarikat sedang buang pekerja, kurangkan kos overhead ni, cubalah jaga prestasi kerja. Bayangkan tak ada kerja.

EL bukan tak boleh ambil tapi perlu jujur. Biar betul- betul emergency dan bukan emergency yang di buat- buat.

Sebagai seorang majikan jika anda sedang berdepan dengan pekerja yang mohon Emergency Leave, anda mungkin perlu menerapkan polisi yang jelas untuk memudahkan pekerja. Perlu diingatkan polisi yang diterapkan adalah untuk kebaikan syarikat juga jadi ia perlu adil. 

Nak belajar strategi urus bisnes? Sertai kami di Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!