Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

7 Masalah Besar Marketing Yang Anda Hadapi Sebagai Pemilik Bisnes


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Cabaran Dalam Memasarkan Produk Dan Bisnes Semakin Sengit Di Dunia Online!

Saingan dalam dunia perniagaan semakin lama semakin mencabar tatkala ramai pelanggan pandai memilih untuk membeli produk yang mereka lihat di online. Boleh kata setiap hari di media sosial kita lihat macam-macam produk ada. Ini menyebabkan terlalu sukar untuk mendapat pelanggan.

Sekarang sudah banyak bisnes mula menggunakan kempen online marketing kerana mudah untuk mendapat pelanggan di sana.

Anda sebagai pemilik bisnes juga yang sebelum ini menggunakan offline marketing mula berjinak-jinak ke online marketing menghadapai cabaran untuk menghasilkan jualan dan keuntungan.

Pemilik bisnes stress dengan kurang pelanggan yang dapat, untung pun takde dan akhir sekali tenggelam dalam bisnes sendiri.

Sebenarnya ini masalah besar pemilik bisnes hadapi dalam online marketing.

7 MASALAH Besar Dalam Marketing Yang Anda Hadapi Sebagai Pemilik Bisnes!

1) Branding Yang Lemah

Apabila banyak persaingan, jenama anda mula tenggelam jika tidak membuat perubahan segera. Antara kesilapannya adalah tidak buat branding marketing.

Kenalkan brand dan bisnes kita pada orang ramai. Jika pelanggan selalu nampak brand anda, mereka akan cari produk anda.

2) Fahaman Yang Salah

Anda faham jika buat online marketing, pasti menjadi dan jualan melonjak naik. Sebenarnya anda perlu banyak berkorban terutama dari segi masa dan kewangan.

Strategi yang betul adalah kunci kepada kejayaan marketing anda. Dari strategi anda akan tahu kempen marketing yang mana sesuai untuk bisnes anda. 80% strategi, 20% teknikal.

3) Tak Fokus

Anda sebagai pemilik syarikat tak mampu nak fokus sepenuhnya kepada pemasaran dan jualan. Semua kerja dalam bisnes anda nak buat. Kurang percaya pada pasukan (team).

Ini menyebabkan anda hilang fokus dalam bisnes. Berikan kepercayaan kepada team anda. Apa yang anda perlu buat just monitor sahaja apa yang team buat. Bagi strategi jika mereka stuck dan serahkan kepada mereka untuk melaksanakannya.

4) Stress Marketing Tak Menjadi

Ada pemilik bisnes tiada pengalaman dan ilmu marketing menggunakan platform digital. Pemilik bisnes bijak menjalankan bisnes tetapi tak semestinya dia pakar dalam bidang pengurusan manusia, jualan atau pemasaran terutama online marketing.

Apa perlu anda buat? Anda perlu berkorban masa dan duit untuk pergi belajar atau anda dapatkan marketing agency untuk guide (consult) anda dalam marketing.

Mereka boleh bantu susun strategi untuk bisnes anda dan semestinya team anda akan laksanakan strategi tersebut. Ringan dah beban anda.

5) Pasukan Tiada Pengalaman Yang Mencukupi

Bukan mudah untuk mendapatkan pasukan (team) yang pakar dalam pemasaran online dan jualan. Selalunya mereka yang pakar bekerja sendiri. Jika ada pun, gaji mereka terlalu tinggi untuk dibayar.

Ini menyebabkan ada pemilik bisnes buat semua kerja terutama bahagian operasi.

Apa yang pemilik bisnes boleh buat adalah hantar team anda training ke funnelevo.com/korporat untuk naikkan skill mereka.

Atau lantik marketing agency laksanakan marketing bisnes anda.

6) Nak Dapatkan Keputusan Yang Cepat

Marketing adalah proses. Ia sangat memerlukan try & error terutama bila buat online marketing. Split test adalah perkara wajib pemilik bisnes perlu tahu.

Marketing perlukan masa untuk mendapatkan hasil. Anda jelas strategi marketing apa yang sesuai untuk bisnes anda, anda akan jelas untuk sediakan bahan-bahan marketing.

Are you Segmenting Your A/B Test Results? | by Rajat Harlalka | Product  Coalition

7) Faham Marketing Buat Duit

Kesalahan terbesar yang dilakukan oleh pemilik syarikat ialah dengan melihat pemasaran sebagai operasi yang membuat duit. Jelas sekali ini fahaman yang salah kerana tugas utama pemasaran adalah buat orang NAMPAK tentang bisnes atau produk kita. Bila mereka selalu lihat dan ingat produk anda, pasti mereka akan membeli produk anda.

Kesimpulan

Pemilik bisnes perlu tentukan yang terbaik untuk bisnes mereka. Jika nak buat online marketing bukan sesuatu yang susah tetapi perlukan ilmu dan bantuan dari yang pakar.

Jangan stress dengan perkara yang anda tak boleh selesaikan, carilah penyelesaian dengan cepat untuk bisnes anda.

Jika anda nak FunnelEvo bantu anda lakukan marketing untuk produk anda, bagi training untuk team anda atau consult step-by-step strategi marketing bisnes anda, anda boleh ke Business Performance Review untuk kami bantu apa yang perlu anda lakukan. Komitmen anda kunci kejayaan bisnes anda.

Klik Sini untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !