Nak Gunakan Digital Marketing Dalam Bisnes? Ini 5 Cara Untuk Anda…
Walaupun kaedah Digital Marketing ni memang ramai yang dah tahu, tapi ada juga segelintir yang masih belum betul-betul faham apakah itu yang dimaksudkan dengan Digital Marketing? Lebih-lebih bagi mereka yang dah lama berniaga secara offline.
Jadi, macam mana nak mula apply teknik digital marketing ni dalam bisnes anda? Disini saya nak kongsikan 5 langkah yang anda patut tahu.
Teruskan membaca okay..?
1. Belajar sambil praktis (ACTION!)
Sebenarnya, ada banyak platform digital marketing yang anda boleh cuba. Antaranya ;
- Website
- dan macam-macam lagi.
Cumanya, jika anda baru nak bermula, perkara pertama yang anda perlu buat adalah anda sendiri perlu explore platform ini semua! Buka akaun sosial media anda, dan biasanya diri dengan kesemua platform ini terlebih dahulu..
Paling penting, anda juga kena biasakan dengan perkataan-perkataan jargon seperti reach, conversion, traffic, engagement, funnel dan sebagainya.
Macam mana nak faham dengan perkataan ni? Banyakkan membaca, mendengar, menonton video dan yang paling anda perlu buat adalah ACTION!
2. Content yang berkualiti!
Salah satu elemen yang penting dalam pemasaran digital adalah CONTENT. Content yang bagus akan banyak membantu dalam menaikkan perniagaan atau brand anda di platform digital.
Content berfungsi untuk menarik prospek untuk membaca, mendengar bahkan mampu menarik perhatian mereka untuk membeli dengan anda.
Rata-rata netizen sekarang pun dah tahu bezakan antara posting menjual dan posting berbentuk content. Jangan lupa, sebarang posting anda WAJIB masukkan elemen “EMOSI” terutamanya di bahagian headline.
Contoh niche pakej pelancongan ;
“Bestnya kalau boleh gembirakan keluarga tersayang dengan pergi bercuti ke destinasi impian mereka…”
3. Mempunyai website
Jika anda dah lama berniaga, tak ada lagi alasan untuk anda tidak mempunyai website walaupun anda dah pun menggunakan platform media sosial yang lain.
Kenapa wajib ada website?
Banyak kepentingannya! Cuma antara yang saya boleh kongsikan disini adalah seperti mampu memberikan informasi perniagaan dan produk anda kepada pelanggan dengan meluas, serta boleh memudahkan sistem pengurusan order dan pembayaran.
4. Maksimumkan penggunaan Sosial Media
Sosial media adalah platform yang paling mudah & cepat untuk menyampaikan maklumat tanpa sebarang kos.
Tapi, jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda juga boleh menggunakan kaedah pengiklanan berbayar untuk mempercepatkan proses jualan.
5. Rajinkan diri ikuti kelas Digital Marketing untuk belajar.
Untuk anda lebih cepat faham dan mahir menggunakan digital marketing dalam bisnes, mahu atau tidak, memang saya sarankan anda untuk mengikuti mana-mana kelas yang berkongsi ilmu dalam topik digital marketing ini.
Belajar dari mereka yang berpengalaman! Dari situ anda boleh elak dari membazir masa & duit dengan lakukan perkara yang salah.
Tambahan diwaktu sekarang, dah ada banyak kelas untuk anda sertai dianjurkan 100% secara online! Ada yang gunakan zoom, skype, webinar dan sebagainya…
Anda boleh jimat masa & duit! Tak perlu dah nak keluarkan sebarang kos tambahan untuk travel, minyak kereta & sebagainya.. Jadi apa lagi alasan anda untuk tak belajar?
Dan paling penting, bila anda sertai kelas begini, anda juga dapat kenalan @ circle yang bagus! Bila berada dalam circle yang bagus, insyaAllah apa yang anda buat pasti juga akan bagus!
Kesimpualannya..
Untuk anda apply digital marketing, ataupun bahasa lainnya anda nak berniaga secara online, ianya bukanlah satu perkara yang susah.
Kalau anda rajin untuk bertindak dapatkan MENTOR, ILMU & CIRCLE yang bagus, insyaAllah perjalanan anda akan lebih mudah. Bisnes pun senang nak grow!
Boleh faham ke?