Selamat Hari Wanita Wahai Wanita Hebat!

Wanita insan yang lemah…

Betul ke wanita ini lemah?
Yelah, angkat barang berat tak larat.
Marah sikit, menangis.
Nak buat keputusan, lambat, overthinking!

Jadi betul lah wanita lemah?
Sebelum anda terus bersangka kepada golongan wanita jom kita tengok balik betul ke lemah? Atau hanya lemah lembut.

Hari ini merupakan hari wanita sedunia. Kami kongsikan wanita hari ini bukan calang-calang! Majoriti anak didik FunnelEvo adalah dari golongan usahawan wanita yang berjaya dalam bisnes, berjaya di rumah sebagai isteri serta ibu dan jadi anak juga anak yang berbakti kepada ibu bapa.

Ini antara usahawan wanita di bawah bimbingan FunnelEvo.

Puan Sabihah, pemilik Sabihah Gold. Beliau mula berniaga hanya dari rumah, kini miliki cawangan bisnes kedai emas dan jualan mencecah 7 angka! Beliau juga antara pemilik kedai emas wanita yang pertama di Malaysia tau!

Puan Aisya Rahman pula pemilik Aisya Rahman Advisory yang menjalankan bisnes sebagai perancang kewangan. Beliau merupakan seorang pemegang license islamic financial planner dan memiliki semua syarikat takaful, insurances dan unit trust yang hanya 1500 orang sahaja yang memiliki lesen tersebut di Malaysia.

Ini pula antara usahawan wanita yang menjalankan bisnes legasi dari ibu bapa mereka.

Cik Hafizzatul, yang mewarisi bisnes Sahabat Global Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan Cili Boh di Terengganu. Dulu ayahnya ragu-ragu juga nak lepaskan bisnes pada beliau, alhamdulillah sekarang beliau berjaya yakinkan ayahnya. Kini keputusan bisnes 100% diuruskan beliau sendiri.

Ini pula kisah Cik Puan Aimie pemilik IME Servis & Tyre Sdn Bhd, yang menjalankan perniagaan bengkel kereta di Sabah. Beliau menjalankan bisnes kerana ini adalah impian bapanya sendiri.

Mereka ini antara usahawan wanita yang menyahut cabaran menjalankan bisnes yang luar biasa dan mereka berjaya buat jualan puluhan serta ratusan ribu ringgit setiap bulan walaupun disaat ramai orang kata wanita ini lemah.

Tanggungjawab mereka berganda-ganda dan saya amat respek kemampuan wanita yang kini juga mampu leading dalam pelbagai industri dan bisnes.

Ketika mitos wanita insan lemah disebarkan, mereka tetap kuat dan cekal menggalas amanah dan melakar sejarah.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!