Bisnes Hampir Di Tutup Kini Bangkit Hit Sales 6 Angka!

“Ramai usahawan yang pakar buat duit tapi gagal dalam menguruskan duit dan syarikat”- Aisya Rahman.

Ini yang terjadi pada Puan Aisya Rahman yang merupakan pemilik Aisya Rahman advisory yang baru sahaja bangkit daripada bisnes yang hampir ditutup. Bagi beliau seorang usahawan tiada masalah untuk buat sales namun beliau tidak tahu bagaimana nak uruskan syarikat.

Bisnes beliau baru sahaja berusia 2 tahun setengah tetapi perubahan sangat drastik. Beliau merupakan seorang pemegang license islamic financial planner dan memiliki semua syarikat takaful, insurances dan unit trust di Malaysia. Beliau mempunyai lesen yang hanya 1500 orang sahaja yang berada di Malaysia.

Beliau sebelum ini merupakan seoarang perunding kewangan tetapi apa yang membuatkan beliau menjalankan perniagaan sendiri adalah apabila beliau menyedari sumber pendapatan beliau selama ini merupakan 70% mempunyai riba. Pendapatan itu juga beliau guna untuk membesarkan anak-anak dan berikan kepada ibu bapa.

Mulai hari itu beliau mula rasa down, depression dan anxiety dengan apa yang berlaku. Ini menjadi turning point beliau apabila beliau berdoa ” Ya Allah, aku nak keluar dari riba. Tunjukkanlah aku jalan”.

Dari situ beliau memulakan bisnes Celik Kewangan Islam. Dari situ beliau mula jalankan bisnes sendiri.

Sebelum ke FunnelEvo beliau dah hampir tutup bisnesnya. Cabaran yang beliau hadapi adalah tak tahu nak bawa orang yang bagus, tak tahu bagaimana nak urus operasi syarikat dan stuck untuk grow kan bisnes beliau.

Kalau ikutkan beliau memang tak nak ke kelas sebab beliau mempunyai pengalaman ke kelas yang lain tetapi hasilnya tetap sama, ia tidak dapat membantu beliau capai target beliau. Katanya datang ke FunnelEvo asbab suami yang suruh.

Oleh kerana beliau mempunyai masalah operasi, cashflow mula kucar kacir sehingga beliau ‘kekeringan duit’ untuk jalankan operasi bisnes. Alhamdulillah selepas 4 bulan beliau menyertai FunnelEvo perniagaan beliau mula berubah. Kini beliau sudah menjana ratusan ribu hanya dalam masa beberapa jam sahaja di Aisya Rahman advisory.

Terkini juga beliau baru sahaja pindah ke pejabat beliau sendiri yang sebelum ini beliau hanya menyewa coworking space. Alhamdulillah terkini beliau baru sahaja aktif menjalankan podcast beliau.

Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat anak didiknya berjaya. Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat anak didiknya dimercu kejayaan. Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat anak didiknya dilimpahi rezeki dan kebahagiaan. Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat orang di sekeliling anak didiknya turut mendapat manfaat dan kebaikan dari kejayaan yang dikecapi.

Tahniah Puan Aisya Rahman di atas pencapaian Puan dan team Aisya Rahman advisory.

Menghadapai cabaran yang sama seperti Puan Aisya Rahman? Nak kami bantu anda grow bisnes lebih laju?

Daftar sekarang ke Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!