Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

7 Rahsia Topik Confirm FYP!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Pada awalnya rahsia, tetapi selepas saya buat keputusan untuk dedahkan kepada anda, ia tidak lagi rahsia. Kenapa saya nak dedahkan kepada anda? Kerana kami punya purpose memang nak anda berjaya. Kami nak bantu anda capai impian anda.

Haa macam mana dengan kongsikan topik confirm FYP ini mampu mencapai impian anda? Saya yakin dan pasti anda yang membaca ini pastinya daripada golongan usahawan. Jadi jika video Tik Tok anda FYP saya pasti sales anda juga akan meningkat atau personal branding anda lebih dikenali.

Jom kita mulakan dengan topik yang pertama.

1. Rahsia topik FYP Tik Tok Pertama adalah Kesihatan & Kesejahteraan (Health And Wellness)

Tahukah anda content tentang kesihatan antara yang paling banyak carian di TikTok? Apa contoh content ini?

  • Cara untuk turunkan berat badan, 
  • Bahaya pengambilan gula yang terlalu banyak,  
  • Cara untuk dapatkan badan yang ‘cantik’. 

Dan banyak lagi!

Jadi jika anda usahawan pastikan anda rebut peluang untuk gunakan NICHE ini. Paling penting pastikan persembahan anda menarik. Tak perlu cipta sesuatu yang baru, tiruvasi sahaja video-video lain yang dah berjaya sebelum ini, cuma tukarkan kepada citarasa dan cara anda.
Saya sertakan link TikTok student kami Dr. Mimi Junit di bawah bimbingan President.

2. Perniagaan & Tips Kewangan (Business & Finance)

Ini juga antara yang paling banyak carian di Tik Tok. Perniagaan dan Tips kewangan.

Ini termasuk content seperti tips perniagaan, saham, bisnes takaful, pinjaman Bank dan banyak lagi.

Jika dahulu ramai orang mencari maklumat-maklumat ini di YouTube, tapi kini mereka lebih aktif di TikTok dan algorithm pencarian Tik Tok juga telah dikemaskini untuk memudahkan anda carian mengikut topik yang anda cari.

Antara topik perniagaan dan kewangan yang popular di Tik Tok Malaysia.

1. Tips Pengurusan Kewangan

Video yang memberikan tips pengurusan kewangan, seperti bagaimana menggunakan wang dengan cara berhemah, memperbaiki kredit, atau membuat anggaran belanja yang berkesan.

2. Idea Perniagaan

Video yang memberikan idea perniagaan yang kreatif dan inovatif, termasuk cara memulakan perniagaan kecil atau syarikat baru.

3. Pengiklanan Produk

Pengguna TikTok boleh memanfaatkan platform ini untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dengan cara yang kreatif dan menarik.

4. Strategi Pemasaran

Video yang membincangkan strategi pemasaran dalam talian, termasuk cara meningkatkan jangkauan media sosial dan membuat kempen pemasaran yang berkesan.

5. Strategi Pelaburan

Video yang memberikan tips dan strategi pelaburan, termasuk jenis-jenis pelaburan dan cara memilih pelaburan yang sesuai.

6. Analisis Pasaran dan Saham

Video yang membincangkan analisis pasaran dan saham, termasuk ulasan mengenai pergerakan pasaran dan strategi dagangan.

7. Nilai Keusahawanan

Video yang memberikan tips dan motivasi untuk keusahawanan, termasuk bagaimana memulakan perniagaan dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Kami juga mempunyai case study sebenar tentang TikTok kewangan iaitu Mama Zakat

3. Do it Yourself

Mesti ramai yang ingat Mr. DIY kan? Kategori ini berada di tangga yang ketiga.

DIY merupakan singkatan bagi “Do It Yourself”, yang bermaksud “Buat Sendiri”. Penerangan DIY merujuk kepada cara untuk membuat atau membaiki sesuatu secara sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain atau pihak profesional. 

Ia melibatkan kreativiti, kemahiran dan kebolehan untuk membuat atau membaiki barang atau perkara dengan menggunakan alat dan bahan yang sedia ada. 

Pernah tak anda tengok video orang memasak contohnya macam Khairul Aming, pasti anda fokus dan tengok video tu sampai habis kan?

Ada emosi nak rasa, ada emosi rasa nak cuba buat.

Paling popular adalah makanan, selain dari tu DIY boleh dilakukan dalam pelbagai bidang termasuk rekaan, dekorasi, perkakasan, perabot, pakaian, dan banyak lagi. 

Kebiasaan DIY ini mengurangkan kos dan DIY juga dapat meningkatkan kreativiti dan memberikan kepuasan apabila dapat menyelesaikan projek dengan berjaya.

Berikut adalah 3 contoh DIY yang boleh dilakukan:

Menghasilkan Kabinet Dapur Sendiri: 

Anda boleh membuat kabinet dapur sendiri dengan menggunakan papan kayu, pemutar skru, dan alat-alat yang diperlukan. Ini bukan hanya jimat kos, tetapi juga membolehkan anda menyesuaikan kabinet dengan keperluan dan gaya dapur anda.

Membuat Tempat Penyimpanan dari Kotak Kadbod: 

Anda boleh mengambil kotak kadbod yang tidak digunakan dan menukarnya menjadi tempat penyimpanan yang berguna. Dengan menambahkan beberapa rak, cat dan aksesori, anda boleh mempunyai tempat penyimpanan yang unik dan fungsional.

Membuat Bunga Kertas: 

Anda boleh membuat bunga kertas sendiri dengan kertas warna-warni, jarum, dan benang. Bunga kertas ini boleh digunakan untuk hiasan dinding, hiasan meja, atau hadiah yang dibungkus dengan indah. Anda boleh mencari tutorial dalam talian untuk menghasilkan bunga kertas yang pelbagai bentuk dan saiz.

Apa yang anda perlu buat dengan segala aktiviti ini?

Rekod dengan cara yang menarik dan kongsikan di dalam TikTok! Pasti anda mendapat perhatian dan engagement yang tinggi.

Dan paling penting jika anda usahawan, jangan lah lupa pula letak link product atau CTA bagaimana orang boleh membeli dengan anda.

4. Seni Grafik 

Tahukah anda seni grafik juga dapat permintaan yang tinggi di TikTok?

Nak dapatkan engagement yang tinggi dan followers dengan cepat di TikTok anda oleh rujuk topik seni grafik dibawah.

Ini antara 10 bahan grafik yang boleh dicari di TikTok!

1. Tutorial Reka Bentuk Grafik: Tutorial tentang cara membuat reka bentuk grafik menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop atau Illustrator.

2. Animasi Grafik: Video animasi yang menunjukkan proses pembuatan grafik animasi, baik 2D atau 3D.

3. Rekaan Tipografi: Tutorial tentang bagaimana untuk membuat rekaan tipografi yang menarik dan kreatif.

4. Rekaan Logo: Video tutorial tentang cara membuat logo dan bagaimana untuk menghasilkan rekaan logo yang kreatif.

5. Lukisan Digital: Video yang menunjukkan proses membuat lukisan digital menggunakan perisian seperti Procreate atau Adobe Photoshop.

6. Grafik Bergerak: Video yang menunjukkan bagaimana untuk membuat rekaan grafik yang bergerak dan animasi dalam video.

7. Tip Rekaan Grafik: Tip dan panduan untuk membantu meningkatkan kemahiran dalam reka bentuk grafik.

8. Rekaan Poster: Video tutorial tentang cara membuat rekaan poster yang menarik untuk mengiklankan acara atau promosi.

9. Rekaan Kartun: Video yang menunjukkan bagaimana untuk membuat rekaan kartun dan karakter menggunakan perisian atau cara tradisional.

10. Rekaan Grafik Sosial Media: Tutorial tentang cara membuat rekaan grafik yang menarik untuk media sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter.

Dan banyak lagi!

5. Informasi Teknologi Terkini

Berikut adalah 3 contoh carian tentang teknologi terkini di TikTok:

Gadget terkini – 

Ini antara yang paling top di Tik Tok. Carian ni akan membawa anda pencarian seperti Iphone yang terbaru, handphone gaming yang akan keluar tak lama lagi, dan teknologi yang membuatkan orang rasa teruja.

“Augmented Reality di TikTok” – 

Carian ini akan membawa hasil tentang bagaimana Teknologi Realiti Peningkatan (AR) digunakan di TikTok untuk menambahkan efek visual dan filter wajah pada video. Memberi pengalaman yang lebih realistik kepada mereka yang melihat melalui alam maya.

“Artificial Intelligence di TikTok” – 

Carian ini akan menghasilkan kandungan tentang bagaimana Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) digunakan di Tik Tok untuk menapis dan menunjukkan kandungan yang sesuai dengan minat dan kegemaran pengguna.

“Live Streaming di TikTok” – 

Carian ini akan membawa hasil tentang bagaimana Teknologi Penyiaran Langsung digunakan di Tik Tok, memberikan pengguna peluang untuk menyiarkan secara langsung dan berinteraksi dengan pengikut mereka dalam masa sebenar.

Gaming-

Carian ini rata-rata dari anak muda. Apa permainan video yang terkini? Contohnya mobile legend atau PUBG mobile. Trick dan juga tips.

Macam mana? Dah boleh bayangkan apa yang anda boleh mula buat dengan topik ni?

6. Kemanusiaan

Rahsia topik FYP TikTok yang keenam adalah kandungan kemanusian juga antara yang hit di Tik Tok. Dibawah adalah beberapa jenis contoh kandungan kemanusian di Tik Tok:

Pengumpulan Dana: 

Terdapat kandungan di Tik Tok yang mempromosikan pengumpulan dana untuk membantu mereka yang memerlukan, seperti mangsa bencana alam atau yang memerlukan bantuan perubatan.

Kepedulian Sosial: 

Ada juga kandungan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada pengguna Tik Tok mengenai isu-isu sosial seperti pembuangan sampah, kesihatan mental dan kemiskinan.

Cerita Inspirasi: 

Siapa saja yang tak suka tengok content begini kan?

Kandungan ini mengenai cerita kejayaan atau inspirasi yang memberi motivasi kepada pengguna Tik Tok.

Aktiviti Kebajikan: 

Kandungan ini mengenai aktiviti kebajikan yang boleh dilakukan oleh pengguna Tik Tok seperti memberi sumbangan darah, membantu komuniti setempat dan mempromosikan amalan sihat.

Penghasilan Kandungan Berkaitan Sosial: 

Terdapat pengguna Tik Tok yang menghasilkan kandungan yang memberi fokus kepada isu-isu sosial seperti kesedaran LGBT dan hak asasi manusia.

Kandungan Pendidikan: 

Terdapat kandungan di Tik Tok yang bertujuan untuk membantu pengguna meningkatkan pengetahuan dan memahami isu-isu penting seperti kesehatan dan keselamatan, kitar semula dan banyak lagi.

Kandungan Pemulihan: 

Terdapat kandungan di Tik Tok yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada mereka yang sedang berjuang untuk memulihkan diri dari cabaran kehidupan seperti penyakit kronik atau kehilangan seorang yang tersayang.

Kandungan Kesedaran: 

Terdapat kandungan di Tik Tok yang memberi kesedaran kepada pengguna mengenai isu-isu yang berlaku di sekitar mereka seperti keselamatan jalan raya dan isu-isu kesihatan.

Kandungan Motivasi: 

Terdapat kandungan di Tik Tok yang memberikan motivasi kepada pengguna untuk mencapai matlamat dan cita-cita mereka.

Kandungan Kreatif: 

Terdapat kandungan di Tik Tok yang menggunakan elemen kreativiti seperti seni dan muzik untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pengguna.

7. Rahsia topik FYP TikTok adalah Personal Growth & Development

Rahsia topik FYP Tik Tok yang seterusnya adalah Personal growth and development adalah topik yang popular di kalangan pengguna Tik Tok. Berikut adalah beberapa jenis kandungan personal growth and development yang biasa ditemui di Tik Tok :

Motivasi: 

Video motivasi merupakan salah satu jenis kandungan personal growth and development yang biasa ditemui di Tik Tok. Video ini mengandungi kata-kata yang memberi semangat dan inspirasi kepada pengguna untuk mencapai matlamat mereka.

Produktiviti: 

Kandungan ini bertujuan untuk membantu pengguna meningkatkan produktiviti mereka dalam kehidupan seharian. Contohnya, tips untuk menguruskan masa atau cara untuk memaksimumkan kebolehan otak.

Kesihatan Mental: 

Pengguna Tik Tok juga memperbincangkan topik kesihatan mental dalam kandungan personal growth and development. Video ini memberi nasihat dan tips untuk meningkatkan kesihatan mental dan mengatasi tekanan dalam hidup.

Kepimpinan: Video berkaitan kepimpinan di Tik Tok memberi nasihat dan tips tentang bagaimana menjadi seorang pemimpin yang baik dan berkesan.

Kreativiti: Pengguna Tik Tok turut berkongsi kandungan tentang kreativiti yang memberi inspirasi kepada pengguna untuk mencipta dan menghasilkan karya kreatif mereka sendiri.

Pembangunan Kerjaya: Kandungan ini memberi nasihat dan tips tentang bagaimana membangunkan kerjaya dan mencapai matlamat kerjaya.

Kesihatan Fizikal: Video tentang kesihatan fizikal di Tik Tok memberi nasihat dan tips tentang bagaimana menjaga kesihatan tubuh dan mencapai kecergasan fizikal yang optimum.

Pembelajaran: Pengguna Tik Tok juga berkongsi kandungan yang berkaitan dengan pembelajaran dan peningkatan pengetahuan seperti membaca buku atau menonton video pendidikan.

Kemandirian: Video ini memberi nasihat dan tips tentang bagaimana menjadi lebih mandiri dan menguruskan hidup sendiri.

Perniagaan: Pengguna Tik Tok juga berkongsi kandungan tentang bagaimana membangunkan perniagaan dan menjana pendapatan dari rumah.

Kami di FunnelEvo juga mempunyai Case study sendiri di Tik Tok Life & Business Growth Mentor , Ceo Urus Orang dan Pakar Sistem Ejen ini antara CEO kami yang berjaya naikkan followers dan capai FYP dengan strategi ini.

Anda juga boleh membaca bagaimana student Puan Nurul Saiedah kami berjaya hit 6 angka dengan berniaga menggunakan Tik Tok!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !