Pelancaran Cawangan Ketiga Raja Perfume!

Cantik tarikh 7.7.2023 dan penuh bermakna. Tuan Fahdi Ghazali Life & Business Growth Mentor sempat singgah ke Kuala Terengganu untuk pelancaran Raja Perfume cawangan yang ketiga. Ni lah Kedai dia. Cantik kan?

Ini Tuan Rahimi dan Puan Adilah, founder kepada Raja Perfume di hadapan kedai cawangan ketiga beliau yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu.

Semasa pelancaran, mereka jemput ibu dan bapa mereka untuk minta restu dan merasmikan pelancaran. Alhamdulillah semua lancar.

Hasil dari sesi one on one coaching sebelum ni, kami bincangkan strategi launching cawangan mereka yang terbaru. Ramai founder nak buat launching, tapi tak tahu step yang betul yang sebenarnya boleh buat jualan dalam satu hari saja LUAR BIASA.

Selesai dari solat jumaat, lebih 400 orang dah beratur panjang. Inilah lah impak dari strategi launching yang saya kongsikan dalam sesi coaching sebelum ni.

Ketika hari pelancaran ada sesuatu yang saya nampak rata-rata orang berjaya mereka memuliakan kedudukan Ibu bapa mereka. Seperti Al Ikhsan, Haji Ali menjemput ibunya sebagai tetamu VIP di hari pembukaan cawangan Al-Ikhsan.

Salah seorang student FunnelEvo Puan Junny Erfisyahry juga jadikan ibunya tetamu VIP dan orang yang melancarkan majlis pelanjaran firma guaaman beliau LPJE.

Kali ini di depan mata sekali lagi, Tuan Rahimi dan Puan Adilah menjemput ibu dan bapa beliau sebagai tetamu VIP sekali gus menjadi orang yang melancarkan cawangan Raja Perfume beliau yang ketiga. Alhamdulillah.

Sebelum hari pelancaran Tuan Fahdi Ghazali sempat singgah di kilang Raja Perfume untuk sesi coaching, kebetulan ketika itu Tuan Fahdi berada di Kelantan.

Hebat anak mudo ni. Sebelum berjaya ke tahap sekarang, beliau pernah lalui keadaan satu ketika dulu, beliau berniaga tanpa ilmu sehingga pernah mengalami kerugian hampir RM30,000.

Dulu hanya berniaga ikut-ikut orang.

Bila tahu ada orang berniaga komestik ambil barang dari China. Beliau pun terbang ke China sendiri untuk ambil stock dan impiannya nak buat bisnes yang laku keras. Sebaliknya yang berlaku, produk banyak! Tapi akhirnya produk tidak terjual.

Tuan Rahimie dan Puan Adilah teruskan juga berniaga sehinggalah jumpa bisnes sekarang iaitu jual perfume. Susah tapi tekad dan kehendak Tuan Rahimie untuk terus belajar membuahkan hasil walaupun melalui jalan yang lebih panjang berbanding orang lain.

Walaupun perniagaan mereka sudah berada di tahap yang baik, tapi mereka tekad untuk belajar di FunnelEvo untuk kembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi.

Kalau mereka yang dah buat jualan super luar biasa ni pun terus belajar untuk kembangkan bisnes, yang lain? Takkan tengok saja?

Tapi ramai takut buat strategi launching bukan sebab apa..

1. Takut orang marah sebab beratur lama.

2. Takut ada yang tak dapat

3. Paling ditakuti, takut tak ada orang datang!

Tapi ada caranya yang terbukti berkesan seperti apa yang telah di aplikasi kan oleh Tuan Khairuddin pemilik Khairol Fiber Boat yang berjaya capai sales RM175,000 pada hari pelancaran beliau!

Ilmu itu juga yang kami duplicate kepada pasangan Raja Perfume Tuan Rahimi dan Puan Adila kerana orang yang berjaya itu meninggalkan clue. Kerja kita follow saja!

Tahniah Tuan Rahimi dan Puan Adilah di atas pembukaan cawangan baru, semoga terus maju dunia & akhirat!

Ada yang nak capai kejayaan seperti Tuan Rahimi dan Puan Adilah? Sertai kami di Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !