Ada 10 Juta Followers Tapi Views Sendu. Ada 10 Ribu Followers Tapi Views Juta-Juta. Aik, Kenapa Pulak?
Followers juta-juta, tapi views tak sampai ribu. Followers ciput, views sampai juta-juta. Kenapa boleh jadi macam ni?
1. Zaman Follower Ramai = Views Tinggi Dah Berakhir.
Dulu, siapa ada ramai follower, dialah raja. Post sikit, confirm viral. Tapi sekarang, algoritma media sosial dah berubah. Dia tak tengok sangat berapa ramai follower anda — dia tengok berapa menarik dan relevan content anda.
Kalau content anda menarik, orang akan tengok, share dan engage. Kalau bosan, terus skip, walaupun anda ada 1 juta followers.
2. Platform Mahu “Discoverability” — Semua Ada Peluang.
Ni sebenarnya berita baik. Maksudnya, semua orang ada peluang untuk naik, tak kisah baru mula atau dah lama. Yang penting — content mesti power.
Akaun kecil boleh pergi jauh kalau content dia buat orang rasa:
- “Eh, ni aku kena share kat kawan aku.”
- “Aku tak tahu pun benda ni!”
- “Lawaknya! Aku nak tengok lagi video dia.”
Kalau content anda boleh bagi perasaan-perasaan ni, anda tak perlukan 1 juta followers untuk viral.
3. Content Sekarang = Oksigen Untuk Bisnes.
Kalau anda ada bisnes, tolong ingat benda ni:
“Manusia perlukan oksigen untuk hidup. Bisnes pula perlukan content untuk terus berjalan.”
Content ialah nyawa kepada:
- Jualan produk
- Pengenalan jenama
- Tarik pelanggan baru
- Bina kepercayaan dengan followers
Kalau bisnes anda tak ada content, anda ibarat kedai cantik tapi tutup. Orang tak tahu kewujudan anda.
4. Jadi, Apa Anda Kena Buat Sekarang?
✅ Faham siapa target audience anda.
✅ Buat content yang mereka suka dan cari.
✅ Guna format yang sesuai – Video pendek, carousel, live, tips.
✅ Konsisten – Jangan post sebulan sekali je.
✅ Review data – Tengok mana yang perform, mana yang tak.
5. Rajin Buat, Rajin Belajar, Baru Nampak Hasil
Nak views tinggi, kena konsisten dan sentiasa improve. Cuba pelbagai jenis content, belajar dari data (mana yang orang suka), dan sesuaikan dengan bisnes anda. Jangan tunggu “perfect“, baru nak post.
Followers Tak Penting Kalau Content Tak Function
Zaman sekarang, followers bukan segala-galanya.
Kalau anda boleh hasilkan content yang orang suka dan engage, anda boleh grow walaupun mula dari kosong.
So jangan down kalau views rendah — mungkin anda cuma perlu tukar cara buat content.
Nak saya bantu bagi idea content ikut bisnes anda? Jom kita sembang.
Nak tahu cara naikkan follower TikTok? Baca di sini
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!