Dulu Saya Hampir Putus Asa, Kini Saya Jual 11KG Emas Sebulan. Inilah Kisah Sebenar Di Sebalik Sri Kayangan Jewels

Kalau saya nak jujur…
saya tak pernah sangka hidup saya akan sampai ke tahap ini.
Saya bukan lahir dalam keluarga senang.
Saya bukan juga orang yang pandai sangat.
Saya cuma ada satu benda keinginan untuk ubah hidup.

Dan satu ayat yang selalu saya pegang dari dulu sampai sekarang ialah:

“Buat mati, tak buat pun mati.”

Ayat tu kedengaran kasar, tapi masa hidup saya betul-betul susah,
itulah yang bagi saya kekuatan untuk terus buat.

Saya anak bongsu daripada tujuh beradik.
Lahir di Kluang, Johor keluarga saya sederhana, kadang-kadang lebih kepada susah.
Saya belajar dalam bidang Islamic Banking and Finance di Unirazak, tapi tak sempat habis sebab masalah kewangan.

Waktu tu saya sedih, rasa macam masa depan saya dah gelap.
Tapi saya tahu, saya tak boleh terus mengeluh. Saya pindah ke Shah Alam dan mula bekerja dengan seorang kawan… yang akhirnya jadi suami saya.

Dari situ, saya mula faham erti kehidupan sebenar.
Kalau nak rezeki, kena cari. Kalau nak ubah nasib, tak boleh tunggu orang tolong.

Sebenarnya minat berniaga dah ada dalam diri saya sejak kecil.
Masa sekolah asrama, saya jual roti bakar, kacang, asam jeruk.
Lepas STPM, saya jadi ejen produk JDT secara online.
Masa di universiti, saya jual tudung pula.

Saya suka perasaan bila tengok orang beli hasil usaha sendiri.
Walaupun untung tak besar, tapi rasa puas.
Rasa macam, “aku boleh buat sesuatu dalam hidup ni.”

Saya mula serius jual emas secara dalam talian pada tahun 2016.
Masa tu saya dan suami buat semua benda berdua.
Tak ada sistem, tak ada team, tak ada mentor.

Tapi saya percaya dengan satu benda, rezeki tak datang kalau tak diusahakan.

Lama-kelamaan, pelanggan makin bertambah, dan pada tahun 2020, saya nekad tubuhkan Sri Kayangan Jewels.

Tapi waktu tu juga, ujian datang bertubi-tubi.

Bila pandemik melanda, bisnes terpaksa tutup dua kali.
Bayangkan, masa tu saya cuma ada empat orang staf.
Kami buat semua dari susun barang kemas, photoshoot, urus data, marketing, sampai close sale.

Jualan jatuh, semangat pun jatuh. Dan paling pedih, saya pernah dihina dan difitnah sampai hampir murung dua minggu. Media sosial jadi tempat orang kecam saya tanpa tahu apa-apa.

Tapi saya cakap pada diri,
“Kalau aku berhenti sekarang, siapa yang nak tolong aku nanti?”

Saya kuatkan hati. Saya ajak team saya teruskan walau hati koyak.

“Tak apa, biarkan,” saya cakap. “Kita buat je kerja kita.”

Dan dari situlah tagline “Emas Bling Bling dari Kayangan” mula lahir.
Kami terus jual, terus buat konten, terus cari pelanggan baru.

Dalam fasa yang paling sukar tu, saya cari tempat untuk belajar. Saya jumpa Program Mastermind FunnelEvo.

Masa tu saya tak banyak cakap pun. Saya bukan pelajar yang menonjol. Tapi setiap kali belajar, saya catat, saya hadam, dan saya buat.

Saya ingat lagi, saya buka semula nota marketing dan sales yang saya belajar dari Tuan Fahdi dan Tuan Pudin. Saya semak semula nota pengurusan staf, saya betulkan sistem satu-satu.
Perlahan-lahan, perubahan mula nampak.

Dulu:

  • Tak ada struktur organisasi.
  • Semua kerja saya buat sendiri.
  • Marketing tak fokus.
  • Tekanan tinggi setiap hari.

Sekarang:

  • Team saya lebih tersusun ikut kekuatan masing-masing.
  • Marketing lebih strategik.
  • Saya berani ambil risiko jualan besar.
  • Branding makin kuat sebab kami aktif engage pelanggan secara live.

Dan hasilnya dari RM7.6 juta (2023) naik ke RM13.8 juta (2024).
Bulan lepas sahaja September), kami jual 11 kilogram emas bernilai RM1.7 juta.

Saya tengok angka tu sambil senyum… sebab saya tahu, setiap gram emas tu datang dari air mata, penat, dan doa yang tak pernah putus.

Pesanan Saya Buat Semua Usahawan

Kalau anda sedang rasa stuck, percayalah saya pernah di tempat tu.

Zaman sekarang, bisnes makin mencabar. Tapi jangan sekali-kali jadikan alasan sebagai selimut.

“Gali ilmu, cari ilmu! Ini zaman digital. Jangan malas! Kalau nak berjaya, fikir macam mana nak jadi lebih baik dari semalam.”

Jangan takut gagal. Sebab dari kegagalan tu lah, kita belajar siapa diri kita yang sebenar.

Hari ni, bila saya tengok Sri Kayangan Jewels berdiri sebagai jenama yang dipercayai,
saya tahu… semua ni tak datang dari magik. Ia datang dari usaha, kesabaran, dan keyakinan pada rezeki Allah.

Saya bukan orang luar biasa. Saya cuma wanita biasa yang nekad keluar dari zon selesa dan saya percaya, setiap orang pun boleh lakukan benda yang sama.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !