TRY1

Apa Jadi Dengan Facebook, Instagram Dan WhatsApp?

Facebook, Instagram, Whatsapp malah Mesengger mengalami isu gangguan untuk sebahagian penggunanya di seluruh dunia. Belum reda dengan polisi terbaru dari Facebook, hari ini digemparkan pula dengan gangguan aplikasi tersebut. Anda mungkin boleh membuka aplikasi tersebut tapi ramai yang masih mempunyai masalah menghantar mesej menerusi Messenger, mengemaskini status di Facebook, Instagram dan juga Whatsapp! Malah salah satu dari anak syarikat facebook, Oculus VR juga mengalami isu gangguan yang sama.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula tertanya-tanya tentang apa yang berlaku namun tiada kenyataan rasmi dari Facebook tentang punca kepada isu gangguan ini.

Melalui Instagram, mereka hanya nyatakan pasukan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini.

 

 

Facebook pula terpaksa menggunakan Twitter untuk memberitahu penggunanya tentang isu gangguan yang dialami oleh mereka!

 

 

Menurut mereka, isu gangguan ini tiada kaitan dengan “DDoS attack”.

Dan AKHIRNYA, jam 12.41pm tadi Instagram memaklumkan mereka sudah kembali seperti sediakala.

 

Antara mereka yang paling terkesan dalam isu gangguan ini adalah para usahawan yang membuatkan pengiklanan mereka di platform-platform ini.

Ads tidak dapat dijalankan, maka ada usahawan yang kerugian kecil dan ada juga yang kerugian mungkin beribu-ribu malah ratusan ribu jika isu gangguan ini tidak diselesaikan cepat oleh pihak Facebook.

Pengajaran WAJIB diambil oleh para usahawan ini agar mula mengambil inisiatif lain untuk menggunakan lebih banyak saluran pemasaran selain daripada bergantung kepada aplikasi Facebook, Instagram dan Whatsapp semata-mata.

 

Apa yang boleh dibuat?

 

  1. Bina Website Anda
    • Website bagaikan rumah bagi perniagaan anda. Perniagaan anda boleh dikatakan tidak wujud di muka bumi ini jika tiada website. Website tidak semestinya cantik tapi hanya perlu memenuhi kriteria dan pengisian yang membolehkan pelanggan faham dan ‘tergoda’ dengan manfaat yang anda boleh berikan kepada mereka melalui produk atau servis anda.
  2. Simpan Database
    • Database itu apa? Database adalah data pelanggan yang membolehkan anda hubungi mereka bila-bila masa yang anda mahu. Sekadar simpan di Microsoft excel tidak membantu! Anda perlukan sistem seperti chatbot (cth : Manychat, Chatfuel, Sifuchat, dll) ataupun email autoresponder (Active Campaign, Getresponse, dll). Ada di antara applikasi dan sistem ini boleh anda dapatkan secara percuma.
  3. Guna Saluran Pemasaran Yang Pelbagai
    • Selain menggunakan FB Ads, gunakan juga pemasaran menerusi saluran Google Ads, Youtube Ads, Waze Ads dan lain-lain. Ini pasti akan membantu dan membuatkan anda tersenyum jika salah satu dari saluran ini ‘down’ kerana anda masih ada saluran yang lain.

Diharap kejadian yang berlaku hari ini dapat membantu anda mempelajari sesuatu dan membuat tindakan lanjut bagi mengelakkan kejadian murung bisnes anda tidak berlaku lagi selepas ini!

Kalau anda rasa nak tahu adakah Facebook adalah satu KONSPIRASI untuk bisnes anda dan ingin mengetahui apa rahsia seorang jutawan ONLINE, kami akan BONGKARKAN pada 6 April 2019 nanti di Seminar Konspirasi Jutawan Online. Daftar sekarang!

 

>>>   KLIK DISINI UNTUK DAFTAR   <<<

SHARE KEPADA RAKAN:

1 thought on “Apa Jadi Dengan Facebook, Instagram Dan WhatsApp?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK RM 100K PERCUMA !

Masukkan Nama & Email Untuk Download Ebook Edisi Terhad Ini.

BACA LAGI

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru