Pendaftaran Rahsia Sales Online Dibuka Untuk Zon Timur Tengah Utara Selatan Timur Sabah Sarawak

Apa Itu “Sales Funnel” Dalam Bisnes?

Apakah-Itu-Sales-Funnel

Sales Funnel atau dalam bahasa Melayunya dinamakan Corong Jualan. Sales Funnel merupakan satu proses pergerakan seseorang daripada Suspek kepada Prospek, dan akhir sekali kepada Pembeli.

Dan untuk pergerakan ini juga, mereka akan melalui beberapa peringkat dalam proses mereka membuat pembelian, iaitu Awarenes >> Interest >> Decision >> Action.

Bagaimana sales funnel boleh membantu bisnes anda

Ok, jom kita dapatkan penerangan satu persatu dengan lebih jelas apakah itu Sales Funnel dalam bisnes anda..

1) Siapa Suspek?

Suspek dalam Sales Funnel merujuk kepada audience baru yang belum lagi kenal tentang produk/servis anda. Itulah golongan audience yang majoriti dari kita akan sasarkan dengan iklan di media sosial.

Pada peringkat ini, anda seeloknya menghasilkan iklan bukan untuk terus menjual, tetapi untuk buatkan mereka kenal & sedar akan kewujudan produk/servis anda. Inilah fasa yang mana kita sebut sebagai “awareness”, iaitu peringkat pertama dalam Sales Funnel.

Jadi, macam mana nak hasilkan iklan untuk berikan awareness kepada suspek anda dalam Sales Funnel?

Antara cara atau iklan yang anda boleh buat adalah ;

  • Hasilkan content marketing untuk berkongsi tips dalam bentuk blog untuk tarik mereka ke webiste anda.
  • Tawarkan Ebook percuma untuk mereka download. Dengan cara ini, anda boleh kumpul database mereka seperti nama, emel & no phone
  • Ataupun anda juga boleh hasilkan video panduan/tutorial secara percuma untuk menarik lebih ramai minat suspek diluar sana.

2) Prospek

Prospek dalam sistem Sales Funnel ini pula merujuk kepada audience yang sudah pun kenal siapa anda, apakah produk/servis yang anda tawarkan.

Mereka inilah yang sudah pun menunjukkan minat, ataupun kita boleh sebut sebagai interest dengan membaca blog anda di website, dah download ebook percuma yang anda tawarkan, ataupun dah menonton video tutorial yang anda hasilkan dalam kempen awareness di peringkat pertama Sales Funnel di atas, cuma mereka masih lagi belum membuat pembelian.

Mereka ini lah kumpulan yang seharusnya anda target pada fasa yang seterusnya untuk iklan anda dalam proses menukarkan mereka menjadi pelanggan.

Biasanya, proses untuk menjual kepada prospek akan lebih mudah, dengan syarat anda mestilah hasilkan offer yang sangat menarik untuk mereka bertindak.

3) Pembeli

Akhir sekali, pembeli inilah golongan yang anda akan dapat dalam peringkat terakhir Sales Funnel anda. Yang mana mereka ini adalah golongan yang dah membeli produk atau servis anda.

Mereka ini pastinya dah suka ataupun percaya dengan produk/servis yang anda tawarkan, sebab itu mereka sedia untuk keluarkan duit dan berikan kepada anda.

Jadi sebagai peniaga, tugas anda pada peringkat Sales Funnel ini adalah menjaga para pembeli ini sebaik mungkin supaya mereka lebih senang untuk melakukan repeat order, ataupun anda juga boleh melakukan upsell dengan cara menawarkan produk/servis yang lebih mahal kepada mereka.

Kesimpulan

Secara asas nya, sistem Sales Funnel ini dah pun lama di apply oleh ramai usahawan dalam proses mereka mendapatkan jualan dengan mudah. Sales Funnel ini ibarat sebagai sales person yang akan bertindak untuk mempengaruhi prospek anda di dunia digital untuk mereka membeli.

Anda nak belajar lebih details tentang konsep & sistem Sales Funnel ini? Dan lebih best lagi, anda nak tahu rahsia bagaimana Sales Funnel ini boleh hasilkan jualan berganda secara automatik untuk bisnes anda?

Sebenarnya, inilah modul utama yang kami akan sampaikan dalam program terbaru, iaitu Seminar Rahsia Sales Online.

Nak tahu lebih info? KLIK DISINI SEKARANG.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Scroll to Top