Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Cara Naikkan Jualan Bisnes Dengan Database !


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Ramai orang beranggapan, apabila buat je marketing, pasti akan boleh buat sales. Tapi betul ke tanggapan itu?

Apa yang berlaku sekarang, ramai yang berebut-rebut untuk belajar ilmu marketing, terutama sekali Facebook Ads (FB Ads). Tetapi masalahnya, masih ramai juga yang berhadapan dengan masalah, dah buat marketing giler-giler, tapi sales masih ‘krik kirkkk’.. Sales susah nak dapat! Hmm.. sebab apa ye?

Inilah sebenarnya kesilapan yang WAJIB majoriti pemilik bisnes fikirkan!

Untuk pengetahuan anda, antara marketing dan juga sales, wujudnya satu elemen yang cukup besar dan sangat penting, iaitu DATABASE!

KENAPA PERLU BINA DATABASE HARI INI?

Ramai orang tersalah anggap, database ini adalah LIKERS Fanpage di Facebook ataupun Followers Instagram yang beratus ribu itu. 

Malah ada juga yang mengatakan ;

“Saya ada simpan banyak nombor phone pelanggan/prospek kat Whatsapp. Banyak giler!”.

“Saya juga ada email. Semua pelanggan yang pernah beli dengan saya, saya akan collect email”.

Haa.. anda pun mesti ada fikir & cakap benda yang sama kan?

Bila bercakap tentang database, it’s not about how big your database? It’s not about what types your database! Database yang anda ada, ianya bukanlah soal berapa banyak email atau nombor phone yang anda ada. Salah tu!

Jadi, apa maksud sebenar database ini?

Sebenarnya ianya adalah berkenaan “bagaimana cara anda berhubung dan bina hubungan (build relationship)” dengan database yang anda ada itu.

Ramai orang, mereka tak build connection, tak build relationship dengan database mereka.

Itulah silapnya, database tidak akan bermakna melainkan anda BINA HUBUNGAN!

JADI… MACAM MANA NAK BINA HUBUNGAN DENGAN DATABASE SECARA AUTOMATIK?

Berikut adalah cara dan juga 2 sistem yang boleh saya cadangkan kepada anda untuk gunakan ;

1. AUTORESPONDER – EMAIL MARKETING

Apabila bicara soal email marketing, adakah database yang anda ada disimpan di dalam sistem yang boleh membantu pengurusan database tersebut?

Sistem email marketing atau autoresponder inilah yang akan memudahkan anda untuk mengurus database, membina hubungan, follow up dan menghasilkan jualan secara automatik!

Apa dan macam mana nak gunakan sistem email autoresponder ini? Bagi memudahkan anda, saya cadangkan beberapa email autoresponder seperti di bawah ini ;

Anda boleh mencuba antara dua sistem diatas ini untuk membantu anda dari segi blasting email dan juga untuk menghantar emel secara automatik kepada senarai database anda.

Perlu ingat, perkara paling penting anda perlu buat adalah untuk menghantar emel berbentuk content dalam masa 5 hari pertama untuk engage dan membina trust dengan database anda.

2. MESSENGER BOT – MANYCHAT

Kaedah (method) yang sama, iaitu menghantar mesej content untuk 5 hari yang pertama juga anda boleh apply juga jika anda menggunakan messenger marketing. Ini adalah untuk pastikan usaha membina relationship dengan database.

Saya cadangkan anda gunakan sistem Manychat.

Sebab apa? Sebab sistem ini free of charge. Tidak berbayar. Namun sekiranya anda hendak guna dan upgrade fungsi yang mereka dah sediakan, anda boleh gunakan pro version.

Tetapi untuk permulaan (beginner), anda boleh jer gunakan yang basic dan free terlebih dahulu.

Antara kelebihan bila anda gunakan Manychat ini adalah, anda boleh integrated kan dengan autoresponder.

Macam mana caranya? Mudah sahaja. Apabila pelanggan/prospek PM (Personal Messenger) anda, anda boleh setkan untuk bertanya secara automatik kepada mereka, contoh;

“Hai, tq sebab PM kami. Kami ada hadiah special nak berikan kepada anda. Untuk tebus hadiah ini, boleh kami dapatkan EMAIL anda terlebih dahulu?”

Bila mereka respon dengan menulis email address mereka, secara automatik data tersebut akan terus dibawa masuk ke dalam sistem autoresponder, kemudian autoresponder secara automatik akan hantar email kepada customer kita.

Mudahkan?

KESIMPULAN

Dalam dunia bisnes, betul jika anda katakan marketing itu adalah ‘nyawa’ kepada bisnes. Tapi anda juga harus ingat, marketing bukanlah segalanya!

Setiap kempen marketing yang dijalankan, perlu dibawa & ditukar masuk menjadi database dahulu. Kemudian uruslah database yang anda ada sebaik mungkin untuk tingkatkan jualan anda dengan kos yang sangat minimum!

P/s : Nak belajar bagaimana salah seorang student FunnelEvo buat jualan RM200,000 dalam masa 2 hari dengan database? KLIK SINI UNTUK TAHU RAHSIANYA!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!