Hai ini kisah saya Madam Darshini founder DJ Desert. Saya tak pernah sangka satu hari nanti, saya akan ada kedai dessert sendiri. Dulu saya cuma seorang surirumah sepenuh masa, tumpu pada anak dan keluarga.
Hidup saya sederhana, cukup makan, cukup pakai. Tapi jauh di hati, saya tahu saya nak bantu suami, nak kurangkan beban dia.
Itu titik mula saya berniaga. Saya mula dengan satu produk kecil iaitu baby pancake. Comel, sedap, dan waktu tu saya cuma jual di booth dan event macam Indian Expo. Modal tak besar, tapi semangat tu luar biasa. Sebab setiap kali pelanggan datang semula dan kata,
“Sedap sangat! Saya datang lagi sebab pancake you best!”
saya rasa macam menang besar. Itulah momen pertama saya jatuh cinta dengan dunia bisnes.
Tapi bila dah melangkah jauh, saya mula sedar… bisnes bukan sekadar jual. Bisnes juga tentang strategi dan ilmu. Jujur saya cakap, masa mula-mula buka kedai pada Julai 2025, saya rasa bangga campur takut. Bangga sebab akhirnya ada kedai sendiri. Takut sebab saya tahu, bila kita buka kedai, kita bukan main-main lagi.
Bulan pertama saya capai RM20,000 sebulan. Tapi bila masuk musim Deepavali, jualan mula jatuh. Masa tu saya sedar, kalau saya tak ubah cara fikir dan strategi, bisnes saya takkan ke mana.
Itulah sebab saya pilih untuk join Mastermind di FunnelEvo. Inilah keputusan terbaik saya buat dalam perjalanan bisnes ni. Sebab sebelum ni, saya buat semua ikut rasa. Tapi sekarang saya tahu macam mana nak urus bisnes dengan betul.
Macam mana nak tarik pelanggan, macam mana nak stabilkan jualan,
dan yang paling penting macam mana nak berfikir sebagai seorang founder.
Saya belajar yang dalam dunia sekarang, ilmu digital sangat penting.
Kalau nak orang datang kedai, kena buat orang nampak dulu di media sosial. Sebab pelanggan hari ini, mereka scroll dulu, baru datang. Jadi saya mula belajar buat konten, tunjuk produk, dan tarik perhatian orang dengan cara yang betul.
Saya tahu perjalanan saya masih panjang. Target saya tahun depan capai RM50,000 sebulan. Mungkin orang lain nampak kecil, tapi bagi saya, ini permulaan untuk sesuatu yang besar.
Saya tak lahir sebagai usahawan, tapi saya belajar setiap hari untuk jadi lebih baik. Sebab saya percaya, selagi ada niat yang betul dan usaha yang jujur, Tuhan akan tunjuk jalan.
Dan itulah kisah saya daripada seorang surirumah biasa, kepada seorang wanita yang kini percaya setiap impian boleh jadi kenyataan, kalau kita berani untuk mula.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
