Tak Pernah Hadir Seminar Lain, Tapi Mastermind Ubah Hidup Saya

Saya masih ingat lagi…
Tahun 2023 adalah antara tahun paling sukar dalam hidup saya.
Klinik saya Anuar Medicare, tempat saya tuang segala tenaga dan impian, habis musnah dilanda banjir. Total loss hampir RM50,000.

Tiga bulan saya tak dapat buka klinik.
Bayangkan… pesakit tak datang, alatan rosak, ubat semua musnah.
Rasa macam dunia saya pun tenggelam bersama arus air waktu tu.

Tapi saya tak berhenti.
Saya tahu kalau saya nak teruskan perjuangan dalam bidang Homeopati, saya kena bangkit. Sebab ni bukan sekadar bisnes. Ini perjuangan untuk menaikkan nama Homeopati di Malaysia. Ubatnya lembut, rawatannya berkesan… tapi ramai tak tahu. Dan saya mahu ubah itu.

Saya mula bina semula langkah. Masuk ke dalam syarikat secara serius pada tahun 2021, selepas kelahiran anak ketiga. Waktu tu saya baru lepas belajar dalam bidang BHMS (Bachelor of Homeopathic Medicine & Surgery). Saya buat keputusan besar untuk betul-betul uruskan bisnes sendiri. Saya tak ada pengalaman besar dalam dunia bisnes. Tapi saya ada satu perkara niat dan semangat.

Produk pertama saya ialah ubat minda Anacardium, yang kini kami rebrand sebagai Neuro+. Dan orang pertama yang bantu saya?
Ayah saya sendiri.

Masa tu saya cuma nak belajar. Tapi Allah atur lebih dari itu.
Dari pakej Silver, saya naik ke Mastermind walaupun nilainya bukan mudah untuk syarikat kecil macam kami. Tapi saya tahu kalau nak ubah hidup, kena berani ambil risiko. Dan itulah antara keputusan terbaik yang saya pernah buat.

Sales saya naik dua kali ganda. Dari RM93,000 pada 2024, kini RM180,000 setakat Oktober 2025. Target saya tahun ni nak capai RM260,000.
Dan impian saya tahun depan berjaya touch RM1 juta pertama saya, insya-Allah.

Walaupun perjalanan ini belum sempurna saya masih mencari “dream team” yang betul tapi saya yakin, setiap jatuh, setiap cabaran, semuanya bukan kebetulan.

Allah sedang mendidik saya untuk jadi lebih kuat dan lebih matang dalam berniaga. Kalau anda tanya saya apa rahsia saya sekarang?
Satu je, buat saja.

Jangan simpan masalah lama-lama, jangan takut gagal. Cari ilmu, perbaiki strategi, dan teruskan melangkah.

Sebab kalau kita buat sungguh-sungguh kerana Allah, Dia takkan pernah biar kita sendirian.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !