2023 : Hampir 73.67 tan sisa makanan dan makanan yang tak terjual di bazar Ramadan dibuang ke tong sampah di Kuala Lumpur.. (Sumber rujukan Kosmo 31 Mac 2023)
Hari ini 1 Ramadan. Pasti semua orang dah tak sabar nak pergi ke bazar kan? Cuma ini sikit renungan. Renungan ni untuk saya sendiri juga, tapi saya kongsikan semoga sedikit sebanyak memberi manafaat.
Bila kita kata kita susah, kita masih boleh makan 3-4 kali sehari… Bayangkan kesusahan saudara seagama kita di sana?
Bila kita kata kita susah, kita masih pejamkan mata dan tidur di atas tilam yang selesa… Bayangkan tidur dalam penuh perasaan takut saudara seagama kita di sana?
Bila kita kata kita susah. Kita masih ada penghawa dingin atau kipas… Bagaimana dengan mereka?
Bila kita kata kita susah. Kita masih ada pakaian dan beli pakaian baru! Bayangkan mereka di sana tuan puan…
Bila kita rasa berat nak solat. Masjid-masjid di Malaysia majoriti sekarang dah berhawa dingin. Air sejuk dan tak putus.. Selepas solat ada makanan dan ada minuman.
Ya Allah, bersyukurkah aku?
Sayu rasa hati. Semakin hari semakin banyak kisah demi kisah kesusahan… tapi derita di sana, jauh beza berbanding kita..
Yang tak terbayang, yang kita tak tahu di luar sana tapi berlaku. Anak-anak yang terbiar, ada yang sedang kelaparan, ada yang tak ada tempat tinggal, ada yang hilang ibu bapa dan tinggal sebatang kara…
Kita sendiri kadang-kadang mengeluh dan lupa rasa syukur, mengeluh itu ini, sedangkan di luar sana, ada beribu lagi yang dambakan tempat kita, apa yang kita ada.
Syukurlah, Syukurlah, syukurlah…
Alhamdulillah, syukur 1 Ramadan tahun 2024, kita masih boleh menjalankan ibadah puasa seperti biasa bersama keluarga tersayang. Selamat menyambut bulan Ramadan al Mubarak kepada seluruh Umat Islam, ingat bersederhana dalam berbelanja.