Pada tahun-tahun sebelum ini orang ramai mempunyai sterotype yang TikTok ini hanya tempat hiburan semata-mata kini tidak lagi. Pada tahun 2021 usahawan Malaysia mula agresif menggunakan TikTok sebagai platform untuk menjana sales.
Kali ini saya ingin kongsikan 5 cara mudah video FYP di TikTok setiap hari. Seorang student FunnelEvo iaitu Puan Nurul Saiedah berjaya capai sales RM500,00 hingga RM600,00 dengan hanya live di TikTok tanpa kedai!
Jom saya bantu anda untuk growkan bisnes anda menggunakan TikTok.
Sebelum kita masuk ke part menjana income dengan platform TikTok, kita perlu tahu apa itu FYP.
Jadi apa itu FYP?
FYP merupakan singkatan dari For Your Page, iaitu halaman rekomen dari TikTok yang langsung terlihat saat pengguna membuka aplikasi TikTok. Dalam bahasa mudah, FYP merupakan susunan video-video yang popular di TikTok. Video yang direkomen ini bukanlah dipilih secara rawak. Hanya video-video tertentu yang dapat masuk FYI. Salah satu indikatornya utama adalah jumlah penonton.
Apa berlaku jika Video masuk FYP? Jika video berjaya masuk ke dalam list FYP, potensi untuk menjadi viral akan semakin tinggi dan sudah tentu potensi untuk menjana income lebih mudah. Maka dari itu, banyak pengguna TikTok yang berlumba-lumba membuat video terbaik agar masuk FYP.
1. Kenalpasti trend
Bagaimana cara kenal pasti trend? Anda boleh kaji dari segi bunyi, tarian, transition atau hashtag. Salah satu cara paling mudah adalah scroll TikTok anda sendiri melalui cara ini anda dapat lihat apa yang sedang trending.
Sama ada anda baru menggunakan TikTok atau pengguna yang lama, sudah pasti anda menghabiskan sebahagian besar masa TikTok anda di FYP, kerana ia merupakan salah satu ciri App TikTok. Apabila anda kenal pasti jenis video dan bunyi yang orang lain gunakan, tibalah waktu untuk anda aplikasikan ke dalam content TikTok anda pula!
2. Menggunakan Feature yang Trending
Features yang trending boleh digunakan pada apa-apa sahaja yang menjadi trend terkini, tetapi untuk tujuan artikel ini, saya akan memfokuskan pada bunyi. Jika anda kenalpasti lagu atau audio yang popular, tambahkannya pada FAVORITES anda untuk mudah dicari kemudian. Jangan risau tentang penggunaan secara berulang kerana ia adalah perkara biasa bagi content creator untuk menggunakan bunyi beberapa kali.
Setelah anda mengenal pasti bunyi itu, buat video menggunakan apa sahaja yang sepadan dengan audio itu. Selalunya, ia adalah tarian atau lip-sync.
Kunci untuk berjaya menggunakan sound trending kini untuk mendapatkan lebih banyak tontonan. Algorithm TikTok direka untuk menyesuaikan FYP anda dengan content-content yang anda suka.
3. Masukkan Hook, Subtitle & Headline Content
Orang akan tengok video sampai habis jika mereka lihat dan dengar hook 3 second menarik dan headline yang anda letak membuatkan mereka rasa itu content untuk mereka maka mereka akan tonton sampai habis.
Subtitle juga penting, kerana dalam video terutamanya yang bercakap kadang-kadang kita bercakap terlalu laju, atau masalah audio dan kadang-kadang kita bercakap dalam bahasa loghat negeri yang tidak difahami oleh semua audience. Jika video anda tidak difahami, untuk apa audience tonton sehingga habis?
4. Interaksi dengan Pengguna Lain
Interaksi ini bukan sahaja perlu berlaku ketika live di TikTok sahaja. Interaksi juga boleh berlaku pada ruangan komen, di inbox atau melalui QnA. Anda buat satu video khas untuk menjawab QnA daripada audience atau follower anda.
5. Menyambut Challenge Trending
Apabila anda perhatikan, aplikasi TikTok berbeza dengan aplikasi sosial media yang lain langkah seterusnya untuk anda mudah FYP adalah dengan menyambut challenge yang trending .
Aplikasi TikTok sentiasa mempunyai Challenge untuk di ikuti oleh TikTokers. Anda boleh menggunakan peluang ini yang dipanggil ‘tumpang ombak’ untuk menaikkan branding TikTok anda.
Kesimpulanya trend adalah cara terbaik untuk meningkatkan followers dan penonton tetapi perlu diingat bahawa trend itu kerap berubah dan sukar untuk diikuti. Pada asasnya, TikTok ialah platform media sosial, dan perkara yang membuatkan media sosial menyeronokkan ialah mengambil bahagian dalam trend ini.
Anda juga boleh baca di wordstream cara untuk FYP!
Demikian cara untuk FYP di TikTok. Semoga langkah-langkah ini berhasil untuk content anda trending di TikTok seterusnya dapat menjana income!