Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi di dunia begitu juga ekonomi di negara kita, Malaysia. Oleh kerana itu, semakin banyak syarikat besar telah membuang pekerja kerana ingin mengurangkan kos dan dalam masa yang sama kadar pengangguran juga semakin meningkat. Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat banyak juga syarikat yang ingin mencari pekerja baru disebalik gelombang fenomena COVID-19 ini? Adakah anda pernah dengar tentang PENJANA KERJAYA?
Penjana Kerjaya merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangn pencari kerja tempatan. Program ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakannya melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Terdapat pelbagai insentif yang disediakan dibawah Penjana Kerjaya ini. Antara insentifnya adalah:
A. MyApprentice
Insentif Perantis khas untuk majikan yang mengambil pekerja dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
Syarat Kelayakan :
Hanya golongan lepasan sekolah atau graduan yang layak mendaftar dan akan diberi insentif kewangan RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan
B. HireMalaysia
Terdapat 3 kategori :
i) Insentif yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun
ii) Insentif yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas.
iii) Insentif yang mennggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya.
Syarat kelayakan
i) Majikan boleh memohon insentif selama tempoh maksimum 6 bulan
ii) Pekerja berumur dibawah 40 tahun dan berhaji bulanan RM1,200 ke bawah akan diberi insentif RM800 sebulan
iii) Pekerja berumur 40 tahun dan ke atas akan diberi insentif RM1,000 sebulan
iv) Pekerja OKU yang akan diberi insentif RM1,000 sebulan
C. Bantuan Mobiliti
Bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin
Syarat Kelayakan :
i) Pekerja yang diambil oleh majikan di bawah program ini yang perlu berpindah melebihi 100km satu hala dari lokasi tempat permastautin, layak menuntu bantuan RM600
ii) Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya, layak menuntut RM1,000.
iii) Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program yang akan dibayar melalui majikan.
D. Program Latihan
Menyediakan latihan semula termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah Penjana Kerjaya.
Syarat Kelayakan:
i) Majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah Penjana Kerjaya layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industry berkenaan
ii) Senarai kursus latihan yang diperakukan oleh PERKESO akan disenaraikan secara terperinci di laman web www.penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa
iii) Kadar yuran latihan maksimum RM4,000 bagi seorang pekerja yang diambil di bawah Penjana Kerjaya.
Bagaimanakah cara untuk memohon insentif Penjana Kerjaya?
i) Bagi pencari kerja, anda boleh daftarkan profil anda di MyFutureJob melalui laman web www.myfuturejobs.gov.my
ii) Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh menggunakan laman web MyFutureJobs untuk menawarkan jawatan kosong dengan mendaftarkan profil dan mengumumkan jawatan kosong melalui laman web www.penjanakerjaya.perkeso.gov.my
iii) Majikan boleh membuat permohonan untuk Program Insentif Pengambilan Pekerja bagi pekerja yang diambil di bawah insentif ini mulai 1 Julai 2020.
iv) Sekiranya majikan mengambil pekerja baru, majikan perlu mendaftar pekerja tersebut di bawah sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri.
Nak “Certified Trainer” dari FunnelEvo untuk bedah siasat masalah bisnes anda secara one on one? Layari KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.