Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

20 Marketing Trend Yang Wajib Anda Buat Untuk Growkan Bisnes Anda!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Dunia pemasaran bergerak seperti kelajuan cahaya oleh itu kami terpanggil untuk kongsi 20 marketing trend yang wajib anda buat untuk growkan bisnes anda!. Sebagai pendiri bisnes di mana-mana peringkat mahupun pengalaman, mengikuti perubahan ini tidak selalu mudah. Tetapi, untuk berjaya dalam dunia pemasaran yang pantas dan mengekalkan rasa relevan dengan khalayak anda adalah penting untuk terus mendahului persaing.

Untuk membantu perniagaan membina strategi pemasaran yang canggih dan berdaya saing pada tahun 2023. Jadi kami ingin kongsikan 20 marketing trend yang relevan untuk tahun 2023.

1. Influencer Marketing

Syariffudin Sahedan CEO FunnelEvo (kiri), Matlutfi (tengah) dan Fahdi Ghazali Business & Life Mentor (kanan)

Influencer Marketing kini merupakan bentuk marketing dalam talian arus perdana. Ia telah menjadi kata kunci untuk seketika sekarang, dan media arus perdana kerap merujuknya.

Namun, masih terdapat orang yang tidak benar-benar memahami apa itu pemasaran pengaruh. Sememangnya, sesetengah orang menjumpai frasa itu buat kali pertama dan serta-merta merenung, “Apakah influencer marketing?”

Klik Influencer Marketing untuk bacaan selanjutnya.

2. Search Engine Optimization (SEO)

Bagaimana untuk mencapai kedudukan enjin carian yang hebat? Terdapat tiga perkara yang mempengaruhi kedudukan laman web anda:

  • Kandungan laman web anda
  • Struktur susunan laman web anda
  • Pautan dan petikan rujukan untuk laman web anda

Bagi anda yang nak fokus pada peningkatan skor SEO laman web anda dalam ketiga-tiga kategori tersebut, dapat menaikkan keputusan kedudukan laman web anda.

Nak tahu lebih lanjut baca di sini Cara Tingkatkan Carian SEO

3. Short Video

Bermula dengan kemas kini status hingga ke perkongsian gambar, pendiri bisnes perlu sentiasa mencari perkara baharu. Trend media sosial sekarang, ia adalah video bentuk pendek.

Daripada zaman Vine pada tahun 2013, platform video pendek telah menjadi tanda aras dalam dunia dalam talian. Sama ada anda menggunakan TikTok, Instagram atau terkini YouTube mempunyai Shorts

Platform video pendek yang popular, semuanya dengan ciri dan kegunaan yang berbeza-beza.

klik short video untuk baca kenapa penting buat short video

4. Customer service

Istilah customer service tentu bukanlah suatu hal yang asing lagi didengar dalam dunia bisnes. Customer service merupakan “wajah” dari suatu brands atau syarikat dan peranannya berhubung dengan pelanggan.

Customer service mampu meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap bisnes anda dapat menjadi semakin meningkat.

Kenapa customer service penting? Klik customer service untuk baca selanjutnya.

5. Mobile 1st 

Jika anda nak search tentang sesuatu, adakah anda menggunakan PC atau handphone?

Apabila kita buat sesuatu terutamanya content, perkara pertama yang anda perlu titik berat adalah ia sesuai di lihat dan di akses melalui telefon bimbit.  Ini semua perlu dimasukkan dalam anda punya planning tahun 2023.

Baca selanjutnya di Mobile 1st

6. Corporate Social Responsibility (CSR)

Komitmen CSR diusahakan khusus bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak, terutamanya pekerja dan keluarga dalam sesebuah organisasi, komuniti mahupun manfaat terhadap persekitaran.

Tujuan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program CSR bertujuan menggalakkan supaya semua syarikat mempraktikkan perkongsian tanggungjawab sosial dengan mengutamakan kepentingan masyarakat dalam strategi perniagaan mereka.

Kenapa usahawan perlu buat CSR? Baca di sini CSR

7. Marketing + sales alignment

Engine kapal terbang kiri dan kanan perlu align! Begitu juga dalam bisnes department Marketing + Sales perlu ada alignment.

Yang ini sangat bahaya, apabila syarikat semakin besar dua department ini akan ada banyak konflik. Jika dua department penting  ini ada tidak align akan kurang efficiently.

Kenapa dua department ini perlu allign? Marketing dan sales seperti engine kapal terbang

8. Inbound Marketing

Apa itu inbound? Inbound ni adalah orang tanya, orang tanya produk kita bagus. Inbound marketing ini maksudnya orang yang cari kita. Apa strategi untuk orang cari kita?

Strategi pertama adalah cipta content yang memberi value. Content yang baik yang menyebabkan prospek berminat dan bercakap tentang kita.

Klik untuk dapatkan tips buat orang cakap tentang anda!

9. Automation 

Pernah dengar autopilot? 

Perniagaan jalan sendiri, pembayaran jalan sendiri, up status jalan sendiri, promosi jalan sendiri, urusan lain-lain yang berkaitan jalan sendiri.

Alangkan bestnya kan?

10. Native ads (Iklan berbayar)

Pernah anda jumpa iklan yang ada “Ad” atau “Sponsored” ? Ini dipanggil native ads. Jenis iklan ini kelihatan natural dan sama seperti konten-konten yang biasa kita tengok. Kadang-kadang kita tak perasaan pun yang itu adalah iklan sebab kita tengok sampai habis, jika kita sedar dari mula yang itu adalah iklan pasti kita akan skip lebih awal, betul tak?

Cuma ia boleh meningkatkan peluang pengguna akan terlibat dengan iklan dan akhirnya mengambil tindakan, seperti klik ke laman web atau membuat pembelian, jika iklan anda bagus. Jangan lupa untuk aplikasikan tips ini pada bisnes anda agar marketing trend 2023 ini berjaya growkan bisnes anda pada tahun ini. Insya Allah.

11. Content marketing

Pemasaran kandungan ialah strategi pemasaran yang digunakan untuk menarik, melibatkan diri dan mengekalkan khalayak dengan mencipta dan berkongsi artikel, video, podcast dan media lain yang berkaitan.

Pendekatan ini mewujudkan kepakaran, menggalakkan kesedaran jenama dan mengekalkan perniagaan anda sebagai tumpuan utama apabila tiba masanya untuk membeli apa yang anda jual.

12. Video marketing

Adakah anda sentiasa mengikuti aliran pemasaran video terkini?

Tahun ini, marketing trend yang baik adalah menggunakan video salah satu marketing trend 2023 yang bakal growkan bisnes anda cara membezakan perniagaan anda daripada persaingan dengan meningkatkan strategi pemasaran video anda.

Pemasaran video menggunakan video untuk mempromosikan produk anda, mendidik, memberi inspirasi, menghiburkan dan melibatkan diri dengan pengguna sasaran anda. Tidak seperti teks, video lebih mudah diingati kerana otak kita memproses visual lebih cepat daripada teks. Anda boleh menyampaikan lebih banyak maklumat dengan satu imej atau video daripada teks yang panjang.

13. Blogging 

Bagi marketer online, blogging masih penting untuk trafik, menukar prospek daripada trafik kepada prospek, kemudian kepada pembeli. Target akhir untuk menjana sales dan menambah pendapatan syarikat. 

Statistik blog pada awal tahun 2021 oleh optinmonster.com, setiap bulan dianggarkan 409 juta orang melayani lebih 20 bilion blog di internet.

Nah, nampak tak kepentingan blog? Blog juga mudah dicari dalam enjin carian di Google. Berbanding posting dari Facebook dan media sosial lain, halaman pertama Google selalunya daripada laman web atau blog berkualiti dan berautoriti.

14. Case study 

Case study adalah salah satu kaedah untuk kita memberikan bukti tentang jenama atau produk kita. Zaman sekarang orang lebih suka dengar kisah orang lain yang mungkin boleh relate dengan mereka. Kajian kes dalam bentuk yang lebih panjang menawarkan prospek pandangan yang sangat mendalam dan eksklusif tentang cara orang atau jenama anda memberi manfaat daripada produk, perkhidmatan atau strategi yang anda sediakan.

Walaupun sesetengah perniagaan meletakkannya secara terbuka di halaman web mereka untuk memujuk bakal pembeli secepat mungkin. 

Sepanjang 28 tahun saya berniaga, inilah kali pertama saya capai jualan RM175 ribu sehari!” Ini contoh bagaimana kami hasilkan study case kami di blog.

15. Info data for customer 

Jika gambar mempunyai seribu makna, info grafik boleh melukis sekurang-kurangnya dua kali ganda.

Infografik bukan sahaja mempunyai kebolehkongsian dan daya tarikan visual foto yang bagus, tetapi ia juga padat dengan data yang berguna dan maklumat bermaklumat. Ini menjadikan mereka sangat menarik perhatian prospek di media sosial.

16. Selling in social media

Jualan sosial ialah amalan menggunakan saluran media sosial jenama untuk berhubung dengan prospek, membangunkan hubungan dengan mereka dan melibatkan diri dengan bakal calon.

Taktik ini boleh membantu perniagaan mencapai sasaran jualan mereka. Fikirkan jualan sosial sebagai pembinaan perhubungan moden.

17. TikTok is the new superpower 

TikTok bukan lagi platform untuk hiburan semata-mata. Sebaliknya, ia telah menjadi alat media sosial yang berharga untuk mencapai demografi di semua peringkat. Ya, termasuk boomer. Jika anda penjual Lazada dan Shopee yang ingin tingkatkan kesedaran kedai atau produk anda melalui pemasaran TikTok, anda berada di tempat yang betul! Tips mudah untuk FYP di TikTok!

18. Three most important platform 2023

Pening! Sebab terlalu banyak platform Media Sosial betul? Kunci penggunaan platform Media Social adalah engagement yang tinggi.

Pilih 3 platform yang perlu anda fokus dengan kreteria ini : Mudah urus, mudah buat jualan dan mudah update

Contoh yang paling utama sekarang adalah Facebook (Kontent penulisan) , Instagram (Konten gambar) , Tik Tok content video. Untuk permulaan tak salah untuk upload konten sama di setiap platform kerana persembahan berbeza. Mulakan dengan satu posting sehari secara konsisten sebelum tingkatkan traffic.

Tak percaya? Anda boleh rujuk di visualcapitalist!

19. Podcast 

Pertumbuhan pesat dalam sosial media, menjadi semakin penting untuk mengikuti perkembangan terkini, trend dan perkembangan dalam dunia crypto. Podcast ialah cara yang bagus untuk terus mendapat maklumat tentang semua perkara. Kepada anda terutamanya yang ingin meningkatkan brand awareness ini platform yang anda perlu ambil kira.

20. Chatbots 

Adakah anda tahu bahawa lebih separuh daripada pengguna menjangkakan respons dalam masa 10 minit kepada sebarang pertanyaan pemasaran, jualan atau perkhidmatan pelanggan? Bagaimanakah ini boleh dilakukan oleh manusia bukan  untuk manusia, bagaimanapun. Ini mungkin sebab 40% pemasar yang menggunakan automasi memanfaatkan chatbots.

Bot dikuasakan oleh program komputer yang mengautomasikan tugasan tertentu, biasanya dengan berbual dengan pengguna. Bot dimungkinkan oleh kecerdasan buatan yang membantunya memahami permintaan yang kompleks, memepercepatkan respons dan meningkatkan interaksi dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya gunakan aliran pemasaran untuk berkembang lebih baik. Selagi anda mengikuti perkembangan aliran pemasaran dan sentiasa terbuka untuk berubah perniagaan anda tidak akan ketinggalan.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!