Kenapa Mobile 1st Itu Penting?

Jika anda nak search tentang sesuatu, adakah anda menggunakan PC atau handphone?

Apabila kita buat sesuatu terutamanya content, perkara pertama yang anda perlu titik berat adalah ia sesuai di lihat dan di akses melalui telefon bimbit.  Ini semua perlu dimasukkan dalam anda punya planning tahun 2023.

Saya ambil satu contoh, jika anda membuat satu video adakah video itu sesuai untuk di tonton melalui telefon bimbit? Apabila saya bercakap tentang mobile first, ada orang buat content di TikTok tetapi tidak sesuai untuk di lihat di telefon bimbit. Apa akan jadi? Pastinya ia tidak memenuhi syarat.

Kesilapan ramai orang yang publish video di TikTok adalah subtitle mereka bertindih dengan caption, apabila caption bertindih ia tidak mengurangkan impact atau feel kepada penonton. Lebih teruk jika penonton mula rasa bosan dan mereka akan skip video anda tanpa melihat sehingga habis. Rugi bukan?

Contoh mobile first, untuk content yang nak di publishkan di TikTok anda kena faham TikTok punya rules and regulations. Apa yang tak boleh di publish di TikTok, contohnya tengah drive kereta, merokok, senjata tajam dan sebagainya yang akan menyebabkan video anda di ban atau tidak dapat view yang tinggi. 

Saya kongsikan satu pengalaman saya pernah buat live, view saya drop disebabkan AI TikTok dapat kesan asap dalam live saya. Selain itu untuk live di TikTok juga ada beberapa perkataan yang tidak boleh disebut.

Shopping experience pula, apabila anda buat website adakah website anda friendly user? TikTok shopping hampir sama dengan Shopee, TikTok ads pula sama seperti Facebook. Kenapa? Kerana mereka telah mengkaji apa pesaing buat, dan jika pesaing buat bagus kerja kita improve lagi daripada benchmark asal.

Belajar sesuatu daripada perkongsian ini? Ada sebarang soalan, ajukan di ruangan komen!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!