Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Zakat Perniagaan: Sucikan Harta, Bersihkan Jiwa, Majukan Perniagaan

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Setiap orang yang melakukan perniagaan wajib untuk membayar zakat perniagaan. Zakat perniagaan merupakan zakat yang wajib dikeluarkan melalui hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Ia merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Perkara ini ada disebut di dalam firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu ”

Allah telah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ wajib dizakatkan. Walaubagaimanapun, terdapat syarat-syarat wajib untuk zakat perniagaan ini, antaranya :

1) Muslim – Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam. Untuk syarikat yang mempunyai pemilikan bercampur antara orang Islam dan bukan Islam, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang Islam sahaja yang dikenakan zakat.

2) Sempurna Milik – Harta yang dikenakan zakat mestilah sempurna dari segi pemilikan (hak milik asset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.

3) Cukup Nisab – Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.

4) Cukup Haul – Genap setahun perniagaan.

5) Harta Berkembang

6) Niat Berniaga – Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan yang mana perlu dibuktikan dengan amalan.

7) Barang perniagaan dan perkhidmatan yang halal sahaja.

8) Harta tersebut bukan kegunaan sendiri

Zakat perniagaan mempunyai asas yang digunakan dalam kiraan atau taksiran. Asas kiraan bagi syarikat-syarikat perniagaan terbahagi kepada tiga (3) kaedah iaitu ;

1) Kaedah Modal Kerja

Kaedah ini sesuai digunakan bagi syarikat sperti Syarikat Berhad, Sendirian Berhad, Koperasi, Trading, Enterprise dan sebagainya yang mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] X [% Pemilikan Saham Muslim X 2.5 %]

2) Kaedah Model Berkembang

Kaedah ini sesuai bagi Institusi Kewangan atau Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang mna tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] X [% Pemilikan Saham Muslim X 2.5%]

3) Kaedah Untung Rugi

Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti perniagaan runcit atau kecil. Contohnya, pasar tani, pasar malam, kedai makan atau restoran, gerai-gerai makanan dan minuman dan perniagaan lain yang berkaitan.

[Hasil / Jualan/ Perolehan – Belanja / Kos yang Ditanggung] X 2.5%

4) Kaedah TicTac

Aset Semasa – Liabiliti Semasa

Zakat perniagaan wajib dibayar jika anda berkemampuan tambahan pula dengan keadaan sekarang yang dibelenggu dengan situasi wabak COVID-19. Jadi, jika anda berkemampuan, anda boleh tunaikan zakat bagi membantu ramai orang yang berada di dalam kesusahan. Di era globalisasi ini, anda boleh tunaikan kewajipan anda dengan hanya pergi ke laman sesawang pejabat zakat di negeri anda dan anda boleh tunaikan zakat dengan mudah.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut lagi tentang zakat perniagaan, anda boleh tengok FB Live tentang Zakat Perniagaan di Facebook Fahdi Ghazali atau FunnelEvo,

Nak “Certified Trainer” dari FunnelEvo untuk bedah siasat masalah bisnes anda secara one on one? KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!