Yang Berusaha Pasti Berhasil!

Alhamdulillah malam tadi 27 Ogos 2023 (Ahad) Live & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali, CEO FunnelEvo dan team FunnelEvo berkesempatan untuk penuhi jemputan @tiktok_malaysia untuk ke Tiktok Awards Malaysia yang pertama kali dianjurkan di Malaysia.

Anugerah ini diadakan bagi menghargai bakat-bakat influencer popular di Malaysia yang memanfaatkan platform Tiktok dengan sebaiknya.

Ingat lagi 3 tahun lepas, ramai yang skeptikal tentang platform TikTok ini dengan menganggap terlalu ‘susah’ berbanding platform Media Sosial yang sedia ada kerana berbentuk video secara total. Tapi sekarang rata-rata ramai yang dah beralih kepada TikTok atau ‘short’ video.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang anugerah TikTok Malaysia. Di bawah ini adalah @sir_asai yang telah berjaya memenangi award kategori Best Of Education pilihan juri.

Heyyy Wasapppp Guysss

Usaha berkongsi 30 resipi pada bulan Ramadan membuahkan hasil apabila Khairul Aming berjaya memenangi Anugerah “Creator Of The Year” di TikTok Awards Malaysia.

Ucapan Creator Of The Year malam tadi iaitu saudara Khairul Aming iaitu

“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualit. Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.

8 tahun usaha keras. Itu kata Khairul Aming. Kita baru mula sebulan, merungut tak ada reach, tak ada engagement, algorithm bagai. Content betul, adab betul, belajar betul, impak betul, beri kebaikan cara betul, betullah semua. Trust the process.

Pendiri bisnes, ingat pesanan saya. Platform hanya sebuah platform. Tak kisahlah Facebook, TikTok atau Instagram. Buatlah bisnes anda, binalah personal branding anda. Tapi apa yang paling penting ILMU yang kita ada bukan hanya 100% pada TikTok, strategi pemasaran masih sama, hanya platform pemasaran sahaja yang berubah.

Nak bertahan lama dalam perniagaan, belajar ilmu untuk tingkatkan branding dan jangan harapkan viral bermusim sahaja. Followers tinggi tak menjanjikan sales yang tinggi. Setuju? Nak belajar grow jualan bisnes melalui branding TikTok?

Insya-Allah jumaat ni saya nak buat kelas untuk pendiri bisnes, founder yang nak belajar grow bisnes lebih laju. Daftar sekarang di Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !