Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan dalam perniagaan.
Tidak pernah terlambat jika anda ingin memulakan langkah walaupun umur anda telah meningkat ke 70 tahun ataupun baru menginjak 20 tahun.
“Age is an issue of mind over matter. If you don’t mind, it doesn’t matter,”
Baru-baru ini CEO FunnelEvo Tuan Shariffudin Sahedan sempat bersua muka dengan Auntie Purple di Istana Budaya.
Jadi kami sempat rakam sesi interview bersama @AutiePurple DISINI.
Saya kongsikan sedikit kisah bagaimana Auntie Purple mulakan kerjaya beliau sebagai content creator di usia yang agak lewat berbanding content creator yang lain.
Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalani kehidupan Percintaan Jarak Jauh (PJJ) dengan suaminya kerana tanggungjawab bekerja.
Manakala anak-anak beliau juga sudah dewasa. Akibat kebosanan beliau di rumah beliau mulakan dengan hobi menghasilkan video memasak di rumah.
Kemudian pada tahun 2020 Malaysia telah umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada ketika itu, beliau ada banyak baju raya tetapi pergerakan terhad. Maka dari situlah bermula beliau menerokai video transition tukar-tukar baju.
Tidak menyangka video itu tular dan mendapat sambutan yang luar biasa.
Dulu beliau juga berfikir yang usia tua tak boleh keluar TikTok, ada rasa takut nanti ada yang ketawakan tetapi beliau letak semua tu kat tepi sebab usia bukan penghalang untuk kita capai apa yang kita nak.
Semua orang boleh berjaya. Kuncinya adalah konsisten, dan jangan malu.
Itu lah kisah Auntie Purple yang menjadi bidang terjun Content Creator.
Kali ini kami nak kongsikan satu lagi kisah usahawan yang anda boleh jadikan contoh jika anda mungkin rasa dah terlambat tetapi masih boleh berjaya.
Siapakah beliau?
Kami kongsikan kisah atok KFC iaitu Colonel Sanders iaitu pemilik KFC. Ini kisah Colonel Sanders.
Pada usia 16 tahun, dia berhenti sekolah dan mula bekerja. kemudian pada usia 17 tahun pula, dia sudah hilang 4 pekerjaan. Pada usia 18 tahun, dia berkahwin.
Daripada usia 18 hingga 22, dia adalah seorang railroad yang banyak kali gagal.
Dia jua pernah menyertai tentera namun sering di buli.
Pernah juga mulakan bisnes insurance, malangnya satu polisi pun tak terjual.
Di usia 19 tahun, beliau menjadi bapa muda. Tapi tulah… Hidup sukar dan sering gagal. Lalu pada usianya 20 tahun, isterinya lari tinggalkan dia. Bawa anak perempuan mereka lari bersama.
Dia pilih untuk jadi tukang masak dan pencuci pinggan mangkuk di sebuah cafe kecil. Kerana masih sayangkan isterinya, dia cuba pujuk isterinya untuk kembali. Tak berjaya. Dia cuba pula culik anak mereka. Pon tak berjaya.
Di usianya 65 tahun, dia bersara. Pada hari pertama persaraannya, dia terima cek daripada kerajaan berjumlah $105.
Dia rasa loser. Pada fikirannya, kerajaan seolah-olah cuba memberitahu dirinya bahawa dia tak boleh menanggung diri sendiri.
Dia pilih untuk bunuh diri. Baginya takde guna lagi dia hidup jika yang menjadi miliknya hanya kegagalan.
Dia duduk di bawah sebatang pokok dan mula menulis ‘wasiat’ yang sebenarnya lebih kepada apa yang sepatutnya dia miliki dalam hidupnya.
Kemudian dia tersedar bahawa masih ada banyak perkara yang dia belum buat dalam hidupnya. Ada satu perkara yang menjadi kepandaiannya dan tiada pada ramai orang.
Dia pandai memasak dan tahu macam mana nak jadikan masakan itu terhasil sempurna!
Lalu dia gunakan $87 daripada wang yang diperolehi melalui cek tu dan beli ayam. Dia hasilkan resepi rahsia dan mula menggoreng ayam itu. Setelah siap, dia jual ayam goreng itu dari pintu ke pintu kejiranan di Kentucky.
Daripada menulis wasiat kerana ingin bunuh diri di usia 65 tahun, dia akhirnya jadi billionaire melalui Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire. Itulah KFC yang kita makan hari ini.
Dia ialah Colonel Sanders, pengasas KFC yang kita semua suka makan.
Apa iktibar daripada kisah ini?
Tiada istilah terlambat untuk bermula! Kejayaan bukan bergantung pada usia.
Semuanya bergantung kepada sikap kita sendiri. Jangan pernah putus asa walau berapa hebat sekalipun ujian hebat yang mendatang.
Serius nak grow bisnes lebih laju? Kami nak jemput anda ke Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih laju, klik pautan untuk daftar sekarang!