Ramai orang sering keliru antara dua istilah ini usahawan dan peniaga. Sekilas pandang, kedua-duanya kelihatan melakukan perkara yang sama: jual produk, cari pelanggan, jana keuntungan. Tetapi hakikatnya, cara mereka berfikir dan bertindak sangat berbeza.
Satu ilustrasi menarik menunjukkan dua orang peniaga buah kelapa.
Seorang menjual kelapa bulat dengan harga RM5 sebiji. Seorang lagi pula memproses kelapa itu dijadikan minuman kelapa sejuk, kelapa kisar dan pelbagai variasi juga dijual dengan harga RM5 secawan.
Kedua-dua mereka menjual kelapa, tetapi hasil dan nilainya sangat berbeza.
1. Cara Fikir: Ikut vs Cipta
Seorang ahli perniagaan biasanya mengikut model yang sedia ada. Mereka melihat apa yang sudah berjaya di pasaran dan cuba meniru.
Sebaliknya, usahawan lebih suka mencipta kelainan. Mereka melihat masalah dan peluang, lalu merancang sesuatu yang belum dibuat orang atau setidaknya memberi nilai yang lebih baik dari pesaing.
Contoh:
Ahli perniagaan jual kelapa kerana ada permintaan.
Usahawan jual air kelapa dalam bentuk ‘ready-to-go’, dalam botol berjenama, lengkap dengan servis penghantaran.
2. Fokus: Produk vs Penyelesaian
Ahli perniagaan fokus pada menjual produk.
Usahawan fokus pada menyelesaikan masalah pelanggan.
Itulah sebabnya usahawan sering lebih dekat dengan pelanggan mereka faham kehendak, keselesaan dan tabiat pembelian.
Contoh:
Pelanggan mahukan kesegaran dan kemudahan.
Ahli perniagaan beri kelapa mentah pelanggan perlu buka dan minum sendiri.
Usahawan sediakan terus dalam bentuk minuman sejuk sedia diminum bila-bila masa.
3. Risiko: Elak vs Cipta Peluang
Ahli perniagaan biasanya lebih berhati-hati dan mengelak risiko.
Usahawan pula tahu bahawa risiko adalah sebahagian daripada proses mencipta peluang dan pertumbuhan.
Contoh:
Ahli perniagaan kekal dengan kaedah jualan kedai fizikal.
Usahawan sanggup cuba live di TikTok, hantar sampel percuma, atau bekerjasama dengan influencer untuk naikkan jenama.
4. Matlamat: Untung Harian vs Nilai Jangka Panjang
Ahli perniagaan mahu pulangan segera.
Usahawan sanggup rugi sementara demi bina brand, sistem dan kepercayaan pelanggan yang kukuh.
Contoh:
Ahli perniagaan kira berapa banyak kelapa terjual hari ini.
Usahawan ukur berapa ramai pelanggan yang datang semula minggu depan.
5. Pengurusan: Sibuk vs Strategik
Ahli perniagaan sering terperangkap dalam operasi buka kedai, layan pelanggan, urus stok.
Usahawan bina sistem dan team, supaya mereka boleh fokus pada strategi dan pengembangan.
Contoh:
Ahli perniagaan sibuk kira duit setiap malam.
Usahawan pantau laporan dari sistem POS, dan guna data untuk buat keputusan pemasaran yang lebih tepat.
Gambar dua orang peniaga kelapa ini memberi satu mesej jelas:
“Bukan apa yang kita jual yang menentukan kejayaan, tetapi bagaimana kita menguruskannya.”
Kedua-duanya jual kelapa. Tapi usahawan cipta lebih nilai, lebih variasi, dan lebih pengalaman kepada pelanggan. Itulah sebab kenapa mereka lebih cepat berkembang.
Jadi, tanya diri anda hari ini:
- Adakah saya cuma menjual produk?
- Atau saya sedang mencipta penyelesaian?
- Adakah saya ikut trend lama?
- Atau saya sedang cipta nilai baru untuk pasaran?
Jika anda mahu bisnes yang tahan lama, berkembang dan memberi impak besar maka berfikirlah seperti usahawan, bukan sekadar ahli perniagaan.
Nak mula bertukar daripada peniaga biasa kepada usahawan luar biasa? Mulakan dengan satu soalan:
“Apa lagi yang pelanggan saya perlukan yang saya belum beri?”
Jawapan kepada soalan itu mungkin akan mengubah seluruh masa depan bisnes anda.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!