Usahawan Borneo Luar Biasa!

Alhamdulillah, baru-baru ini pada 12 Disember & 13 Disember 2023 Team FunnelEvo bersama-sama Tuan Fahdi Ghazali dan Tuan Shariffudin Sahedan telah terbang ke Sarawak dan Sabah untuk menjalankan Amazing Founder- Mudahnya Menjadi Majikan edisi Rise Of Borneo.

Pada 12 Disember kami berada di Sheraton Hotel, Sarawak bersama hampir 400 orang usahawan di Sarawak. Sesi berlangsung selama 3 hingga 4 jam sahaja. Mereka yang hadir terdiri dari pelbagai industri.

Alhamdulillah dalam waktu yang singkat ini kami sempat juga menjamah makanan tradisi Sarawak iaitu Mee Kolok dan sempat ke Matang Mall, Kuching.

Selesai sahaja program Amazing Founder- Mudahnya Menjadi Majikan di Sheraton, Kuching kami terus bergegas ke lapangan terbang Kuching untuk ke Kota Kinabalu, Sabah.

Setibanya di Sabah kami di sambut oleh salah seorang anak didik bimbingan FunnelEvo di Circle Mastermind iaitu Puan Dg Permawati yang merupakan pemilik Mania Cafe yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam waktu yang singgkat kami berada di Sabah, kami sempat ke Pasar Filipina untuk makan malam team FunnelEvo bersama Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali & CEO FunnelEvo Tuan Shariffudin Sahedan.

Di Sabah kami jalankan Program Amazing Founder- Mudahnya Menjadi Majikan di Raia Hotel, Kota Kinabalu. Di sini kami bersama hampir 300 usahawan Sabah dari pelbagai industri.

Dalam masa yang sama, kami mengambil kesempatan ini untuk kumpulkan anak didik bimbingan FunnelEvo dari President Circle dan Mastermind Circle untuk menjalinkan silatulrahim secara lebih dekat.

Alhamdulillah jelajah kami ke Borneo selama 2 hari disambut baik oleh usahawan-usahawan borneo yang komited untuk ubah dan grow bisnes mereka.

Kami doakan semoga usahawan-usahawan yang hadir dapat manfaat daripada perkongsian kami dan panjangkan manfaat dengan berkongsi dengan lebih ramai orang.

Ada yang nak kami ke tempat anda juga? Atau anda nak hadir ke Amazing Founder? Daftra sekarang ke Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!