Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Tutorial Hasilkan Iklan “Click To Messenger”


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Selalunya bila kita beriklan di Facebook, kita akan minta prospek untuk tinggalkan komen atau no Whatsapp jika mereka berminat dengan produk anda. Walaupun cara ini agak berkesan, tetapi ia akan lapuk ditelan zaman, kerana semakin hari semakin orang malas untuk komen dan ianya juga akan memenatkan anda untuk membalasnya satu persatu.

Apa yang anda boleh lakukan untuk bisnes anda berkembang pantas adalah salah satu caranya anda buat iklan jenis “Click To Messenger”, yang mana anda boleh mengautomasikan segala perbualan dan proses close sales prospek di Facebook Messenger.

Jom kita baca apa kelebihan menggunakan iklan jenis “Click To Messenger” ini ;

 

1. Mulakan Perbualan dengan Prospek

Semasa anda ingin setup iklan di Facebook, anda boleh pilih objektif jenis “Messages”.. Yang mana langkah terakhir untuk iklan ini, anda akan diberi pilihan untuk buat apabila ada prospek yang klik atau respon iklan anda, mereka akan terus dibawa ke Messenger untuk memulakan perbualan. Menarik kan?

 

2. Dapat Scale Up Closing Rate

Apabila ada prospek yang klik atau komen di post anda, secara logiknya mereka sudah bersedia untuk tahu lebih lanjut atau sudah berminat untuk dapatkan produk/servis anda. Jadi kenapa perlu berlengah lagi? Semakin cepat anda respon kepada prospek anda, semakin tinggi closing rate yang anda akan dapat.. setuju?

 

3. Automasikan Proses Jualan

Untuk objektif iklan jenis “Messages” ini, anda juga boleh integrasikan nya dengan sistem Messenger Bot (contohnya Manychat), yang mana anda boleh rangka flow close sales anda berlaku secara automatik, tanpa perlu balas secara manual pun!

Antara fungsi Messenger Bot, anda boleh :

  • Set auto reply mesej kepada prospek anda berdasarkan keyword yang mereka hantar dalam mesej mereka.
  • Set sequence follow up supaya prospek anda membeli produk anda, atau pelanggan anda dah beli, akan beli, beli dan beli lagi produk anda.
  • Broadcast mesej jika anda nak buat sesuatu promosi. Broadcast ini bertujuan untuk anda memberitahu dengan lebih awal prospek atau pelanggan anda tentang promosi yang bakal anda lakukan.

 

4. Kumpul Database Dengan Mudah

Dengan menggunakan Messenger Bot, anda juga boleh mula untuk kumpul database prospek atau pelanggan anda, yang mana kita juga selalu sebut sebagai “Subscriber”. Dengan subscriber ini lah yang anda boleh follow up dan buat sale berkali-kali. Anda juga boleh dapatkan database mereka dalam bentuk email & no phone dalam perbualan anda dengan mereka. Supaya jika berlaku apa-apa kepada akaun anda, bisnes anda masih selamat dengan adanya database ini semua.

 

Tapi.. macam mana nak buat iklan jenis Click To Messenger ni?

 

Ok.. dekat bawah ni saya ada sediakan tutorial untuk anda hasilkan iklan jenis “Click To Messenger”. Anda cuma perlu ikut step by step je tau..

Untuk hasilkan iklan jenis ini, anda mempunyai dua pilihan objektif, iaitu ;

i) Traffic
ii) Messages

Perbezaan antara objektif Traffic dengan Messages ialah ;

  • Objektif Traffic akan di optimize kan iklan kepada orang yang kebiasaannya suka klik link yang ada di Facebook untuk pergi ke website. Iklan jenis Traffic juga ada dua pilihan dari segi caj bayaran, samada anda bayar per impression atau bayar per link click (CPC)
  • Jika anda menggunakan objektif jenis Messages, Facebook akan optimize kan iklan anda kepada orang yang lebih aktif menggunakan Messenger. Dari segi bayaran, anda akan dikenakan bayaran per impression.

Penggunaan objektif ini sebenarnya bergantung kepada strategi marketing anda. Anda boleh buat split test untuk mengetahui result iklan mana yang paling bagus.

Untuk tutorial kali ini, saya menggunakan objektif “Messages”.

 

1- Klik pada bahagian objektif “Messages”.

 

2- Masukkan Campaign Name anda dan klik Continue.

 

3- Di bahagian Message destination, pastikan anda memilih jenis Messenger dan Click to Messenger.

Nota :

  • Click to Messeger adalah jenis iklan yang keluar di news feed Facebook prospek anda, dan apabila mereka klik pada iklan tersebut, mereka akan dibawa ke Messenger.
  • Sponsored message pula hanya akan keluar pada mereka yang pernah PM anda sahaja. Ianya juga akan nampak seperti anda nampak hantar mesej kepada prospek anda.

 

4- Kemudian di bahagian “Audience” seperti paparan dibawah.

  • Masukkan lokasi dimana sasaran prospek anda berada.
  • Masukkan juga umur & jantina prospek anda.

 

5- Di bahagian “Detailed targeting” ini, anda boleh spesifikkan target prospek anda berdasarkan minat, status, pekerjaan atau hobi mereka.

 

6- Seterusnya, anda akan ke “Placement” seperti gambar dibawah. Anda dinasihatkan supaya pilih “Edit placements” dan pilih “Mobile”.

 

7- Di bahagian ini juga, anda dinasihatkan supaya pilih iklan anda keluar di bahagian Facebook Feeds & Messenger Inbox.

 

8- Di bahagian “Budget and Schedule” seperti dibawah, masukkan bajet iklan anda. Kemudian klik pada butang “Continue” dibawah.

 

9- Seterusnya di bahagian “Create Ad” dan dibawahnya ada bahagian “Identity”, pastikan anda memilih Facebook Page anda yang betul.

 

10- Dibahagian bawah pula, anda boleh memilih untuk hasilkan iklan anda dalam format yang bagaimana, samada Carousel, Single image, Single video atau Slideshow.

Dalam tutorial ini, saya akan menggunakan Single image.

Nota :

  • Carousel – Format ini anda boleh guna untuk upload banyak gambar. Contohnya kalau anda tengok iklan seperti Lazada atau Shopee, mereka biasanya guna iklan format ini. Jika anda mempunyai banyak pilihan produk untuk dijual, format ini sangat sesuai untuk anda gunakan.
  • Single image – Majoriti pengiklan akan menggunakan satu gambar sahaja untk iklan jenis ini. Apa yang penting adalah, pastikan format yang digunakan adalah bersesuaian dengan iklan anda.
  • Single video – Anda boleh gunakan video untuk pamerkan produk/servis anda kepada prospek.
  • Slideshow – Anda boleh mainkan iklan anda berulang kali menggunakan gambar sehingga 10 gambar pada satu masa.

 

11- Pada bahagian “Images”. Klik pada “upload images” untuk masukkan gambar iklan anda. Paling penting, pastikan saiz gambar yang digunakan mengikut saiz yang telah ditetapkan.

 

12- Seterusnya, bahagian “Ad setup”, ada beberapa bahagian yang anda perlu isikan ;

  • Text – Disini adalah tempat untuk anda masukkan copywriting iklan anda. Rujuk gambar dibawah ;

 

  • Headline – Anda boleh letakkan arahan atau killer offer untuk prospek anda bertindak apabila mereka nampak iklan anda.

 

  • News Feed link description – Disini anda boleh memilih samada nak letak ataupun tidak. Kalau tak letak tidak menjadi satu kesalahan buat anda.

 

  • Call to action – Disini anda boleh memilih untuk menggunakan butang CTA yang jenis mana. Pastikan anda menggunakan butang yang sesuai dengan bisnes anda. Anda juga boleh lakukan ‘split test’ untuk penggunaan butang manakah yang lebih memberi kesan untuk prospek tekan.

 

13- Kemudian di bahagian “Messenger Setup” inilah tempat untuk anda setup mesej pertama yang prospek anda akan terima sekiranya mereka respon atau klik pada iklan anda.

Untuk tutorial ini, saya akan tunjukkan cara untuk setup menggunakan “standard template”. Klik pada butang edit seperti di dalam gambar dibawah ;

 

  • Text greeting – Disini anda boleh masukkan satu ayat mesej untuk sambut prospek anda sebaik sahaja perbualan dimulakan di Messenger.
  • Frequently asked questions – Anda boleh sediakan beberapa butang soalan, yang mana soalan tersebut adalah soalan yang mungkin atau sering ditanya oleh prospek anda. Ini supaya memudahkan anda untuk meneruskan perbualan dengan prospek, lebih-lebih lagi jika anda sambung dengan Messenger Bot anda.. Rujuk contoh gambar dibawah ;

Selepas semuanya anda dah setup, klik pada butang “Save Changes” dibawah.

 

Selepas anda dah klik save changes, anda boleh tengok Messenger preview di bahagian sebelah kanan skrin anda. Anda juga boleh cuba untuk preview dalam Messenger anda terlebih dahulu dengan cara klik pada butang “Preview in Messenger”.

 

14- Akhir sekali, selepas anda dah berpuas hati, klik pada butang “Confirm” untuk submit iklan anda. Dan tunggu sehingga iklan anda di

 

==========

Haa… Macam mana?

Agak-agak lepas ikut tutorial ini, dah boleh buat iklan jenis “Click To Messenger” tak?

Diharapkan tutorial ini memberi manfaat untuk anda.. =)

By the way, jika anda nak belajar dengan lebih banyak lagi tentang iklan di Facebook dan cara kumpul database di Messenger, klik dan daftar Seminar Kuasa Database Marketing sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !