TikTok Down!

Video Pengguna Tidak Muncul di FYP dan Penjual Tidak Dapat Membuat Sebarang Jualan!

Hari ini 10 September 2024 TikTok mengalami sedikit gangguan. Pastinya ada usahawan yang menggunakan platform TikTok sebagai ‘kedai online’ tidak terlepas dengan isu ini.

Rata-rata yang mengalami isu ini sejak pagi tadi. Ada pelbagai situasi, antarnya adalah;

“Tadi upload video, tapi video tu tak masuk dekat profile. Cari-cari juga. Tapi sebab auto save, check dekat phone ada.”- Mira

“Post je hilang, Ingatkan dah langgar pantang-larang TikTok ke apa sampai kena take down” – Rozie

“Dah edit video bila uplod lah hilang..Tapi video ada cuma tak terpapar dekat profile.”- Hakim

Kami di FunnelEvo juga mengalami situasi yang sama seperti anda. Akaun kami tidak boleh publish content seperti kebiasaanya.

TikTok juga mengeluarkan statement yang mereka sedang mengalami gangguan luar biasa bermula 5 jam yang lalu. Gangguan terakhir yang dikesan untuk TikTok ialah pada hari Selasa, 10 September 2024 (Pada hari ini) Sumber TikTok Down

Pihak TikTok juga telah menghantar email kepada creator dan TikTok seller mereka tentang isu yang mereka hadapi bagi mengelakkan pengguna panik.

Apa yang terjejas?

Melalui pencarian saya setiap account menghadapi isu yang berbeza, ini antara isu yang telah saya kumpul melalui isu yang kami di FunnelEvo hadapi dan anak didik FunnelEvo sendiri.

1) Ads Manager tak boleh loading, tapi ads masih berjalan.

2) Ads Manager ok je, tapi pagi 7am, ad spend sehari terus.

3) Tak boleh upload/ post video content.

4) Boleh live, tapi tak boleh buat sales, beg kuning sold out (hilang).

5) Tak boleh live, system live console kosong.

6) Tak boleh print order.

7) Tak boleh manage produk.

8) Affiliate center tak berfungsi.

9) Tak boleh withdraw duit dari akaun.

10) Bag kuning sekejap ada, sekejap tak ada!

Ada yang mengalami isu lain selain dari di senaraikan?

Apa sebenarnya yang berlaku?

Menurut tweet tular oleh @wolfipali, pelayan utama TikTok di Singapura yang meliputi Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik. Menurut maklumat yang beliau perolehi daripada pekerja TikTok di Malaysia, bekalan elektrik terputus disebabkan isu bateri yang menyebabkan kebakaran di unit sistem utama.

Walaupun anda masih boleh menyemak imbas video, pengguna TikTok tidak dapat membeli-belah di kedai TikTok, yang menjejaskan penjual secara langsung dari segi jualan dan engagement.

Anda juga mungkin mengalami ralat sistem dalam inventori, beg kuning, dan akses kepada seller center.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk semuanya pulih?

Malangnya, pekerja TikTok tidak dapat memberikan garis masa khusus untuk pemulihan kerana pasukan masih bekerja keras untuk menyelesaikan isu tersebut.

Saya pasti hal ini akan menjejaskan ramai founder, content creator dan pengguna TikTok yang menjadikan platform ini sebagai sumber utama. Kami harap akan baik pulih seperti biasa.

Sebagai usahawan anda jangan panic. Bila platform perniagaan down, memang boleh buat kita rasa stress, tapi jangan risau! Ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk pastikan bisnes terus berjalan lancar. Jom tengok 5 langkah mudah yang usahawan perlu buat bila platform down;

1. Maklumkan Pelanggan.

Komunikasi adalah kunci. Cuba maklumkan mereka pasal masalah ni melalui media sosial, WhatsApp, atau e-mel. Beri tahu yang anda sedang usahakan untuk betulkan dan berikan anggaran bila platform akan balik online. Ini penting untuk kekalkan kepercayaan pelanggan.

2. Hubungi Sokongan Teknikal Segera.

Cepat-cepat hubungi support team atau penyedia platform untuk selesaikan masalah. Lagi cepat anda contact mereka, lagi cepat masalah boleh diselesaikan. Jangan lupa minta update secara berkala, supaya anda tahu perkembangan terkini

3. Guna Pelan Backup atau Platform Alternatif.

Sentiasa sediakan plan B. Kalau platform utama tak boleh guna, alihkan pelanggan ke WhatsApp, Instagram, atau platform e-dagang sementara. Ini penting supaya bisnes tetap berjalan dan pelanggan boleh terus berhubung dengan anda.

4. Buat Analisis & Kemas Kini Data.

Manfaatkan masa platform down untuk analisis bisnes. Semak data jualan, strategi marketing, dan prestasi produk. Mungkin ada peluang untuk penambahbaikan yang boleh anda ambil. Anda juga boleh guna masa ni untuk upgrade sistem sokongan pelanggan atau plan untuk masa depan

5. Pantau dan Sediakan Langkah Pencegahan untuk Masa Depan.

Lepas platform pulih, pastikan anda buat post-mortem. Tengok punca masalah dan cari jalan untuk elakkan perkara sama berlaku lagi. Mungkin boleh upgrade server, tambah sistem pemulihan automatik, atau pilih penyedia platform yang lebih stabil.

Dengan mengambil langkah proaktif ini, anda dapat mengawal keadaan dengan baik, mengurangkan kerugian, dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan semasa berdepan masalah teknikal.

Nak belajar ilmu bisnes? Pastikan anda hadir ke Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 2&3 Oktober 2024. Persediaan untuk dirikan bisnes luar biasa 2025 dengan pengenalan modul yang baru!

Dapatkan slot sekarang di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !