Tiga Pengorbanan Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang ‘Majikan’ Bisnes Yang Ramai Staf Tak Tahu!

1. BEKERJA 24 JAM 7 HARI SEMINGGU!

Otak Tak Pernah Rehat Ramai tak tahu, jadi pengurus bisnes ni otak sentiasa bekerja, 24/7. Tengah malam pun boleh terjaga sebab teringat pasal kerja. Kalau staf enjoy weekend, pengurus masih fikir strategi bisnes dan masalah yang perlu diselesaikan. Jadi, hormat sikit bos korang yang sentiasa berfikir untuk masa depan syarikat dan pastikan staf-staf ada karier growth!

2. TAK ADA GAJI!

Korbankan Gaji Sendiri Kadang-kadang, untuk pastikan bisnes berjalan lancar dan semua staf dapat gaji, pengurus sanggup tak ambil gaji sendiri. Staf mungkin nampak gaji mereka masuk tiap bulan, tapi tak tahu yang pengurus ada masanya ikat perut untuk pastikan kewangan syarikat stabil.

3. ASYIK JAGA HATI ORANG SAMPAI HATI SENDIRI TERABAI!

Jaga Hati Semua Orang Menjadi majikan bermaksud kena jaga hati ramai pihak – staf, pelanggan, pembekal, dan banyak lagi. Kadang-kadang kena korbankan perasaan sendiri, tahan marah, dan sentiasa senyum walaupun stress. Semua ni untuk pastikan semua orang happy dan bisnes terus maju!

Inilah realiti sisi gelap seorang yang bergelar MAJIKAN.. Bukan seperti terlihat di layar TV. Memanjang di cafe mewah bertie dan berkot litup. Balik ke rumah besar dan terus menghempaskan diri ke sofa empuk.

Bukan semua majikan tak baik, ramai je yang baik dan tinggi pengorbanannya dan kita tak perasan dan tak tahu. Dan mereka pun tak bagitahu. Pendamkan seorang diri senyap-senyap jer..

Memang betul ini tanggungjawab kami. Namun sekadar ingin berkongsi kepada umum pengalaman suka duka kami bergelar sebagai seorang majikan.

Adakalanya seorang pekerja hanya akan benar-benar faham akan pengorbanan seorang majikan bila tiba giliran dia menjadi MAJIKAN pula.

Jadi, next time bila tengok bos korang, ingatlah pengorbanan yang mereka buat demi kejayaan semua. Teruskan berusaha dan saling memahami! 

Nak belajar lebih banyak ilmu grow bisnes? Khas untuk pendiri bisnes! Himpunan Usahawan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju 31 Julai & 1 Ogos 2024 di SACC Shah Alam. Dapatkan tawaran tiket serendah RM29 di AmazingFounder.com atau hubungi team FunnelEvo, Captain Azlan disini —> https://www.wasap.my/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !