Terima Kasih 400K Folowers Fahdi Ghazali di Facebook!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Mengatur, Maha Memberi Rezeki Dan Maha Penyayang.
Kalau bukan kerana rahmat, kasih sayang, dan kehebatan Allah yang tiada tandingan, mustahil perjalanan ini mampu bertahan selama 9 tahun.
Adakah 9 tahun itu lama? Jujurnya, saya rasa macam baru semalam saya bermula di Kota Bharu. Bermula dengan satu laptop, satu impian, dan tekad nak ubah nasib.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun…9 tahun ini penuh dengan jatuh bangun, penuh dengan luka, penuh dengan peluh dan doa.
Banyak kali rasa nak putus asa.
Banyak kali diuji dengan kegagalan, salah langkah, salah percaturan. Tapi setiap kali jatuh, saya pilih untuk bangkit semula. Sebab saya percaya , perjuangan ini bukan untuk diri saya saja.

Funnelevo bermula dengan satu niat:
Nak bantu usahawan kecil dan sederhana untuk berkembang dengan strategi digital marketing dan bisnes yang betul.
Masa tu, tiada siapa pun percaya. Tapi dengan sedikit demi sedikit usaha, keyakinan, dan sokongan… akhirnya kami berdiri di sini.
Hari ini, dengan izin Allah, platform ini berjaya kumpulkan lebih 400,000 followers dan anggapan saya 400 ribu jiwa yang serius nak ubah diri, hidup & perniagaan. Bukan sekadar nombor.
Setiap seorang daripada anda adalah saksi, penyokong, dan sebahagian daripada perjuangan ini.

9 tahun ini saya belajar…
1. Bisnes bukan hanya tentang jualan, tapi tentang memberi manfaat.
2. Marketing bukan sekadar iklan, tapi tentang sentuh hati manusia.
3. Growth bukan sekadar angka, tapi tentang bina sistem dan legasi yang kekal.
4. Tapi perjuangan Funnelevo lebih besar daripada sekadar angka followers.
Kami komited untuk:
- Membimbing lebih ramai usahawan supaya mereka tak lagi jadi “founder yang tersakiti.”
- Menguatkan ekonomi ummah melalui bisnes yang sistematik dan berkesan.
- Membina Malaysia yang lebih kukuh, supaya kita bukan sekadar hero kampung, tapi mampu bersaing sebagai jaguh Asia, malah dunia.
Saya ingin ucapkan terima kasih dari hati saya yang paling dalam. Tanpa anda semua yang follow, like, komen, share, dan percaya pada Funnelevo perjalanan ini mungkin sudah lama terhenti.
400,000 followers ini bukan penamat. Ini hanyalah tanda aras baru. Kerana perjuangan masih panjang. Mari kita terus melangkah bersama.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kisah 9 tahun Funnelevo.
Perjuangan di teruskan. LAWAN TETAP LAWAN.
FunnelEvo nak taja 10,000 syarikat untuk manjadi yang pertama menggunakan Sistem Hiring Pertama Di Malaysia dengan peruntukkan RM1 juta untuk akses Telen Ai secara PERCUMA. Bila anda boleh dapatkan akses ini?
Tarikh: 30 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi
Khas untuk 100 pendaftar terawal:
1) Baju eksklusif Telen Ai
2) Peluang memenangi Motor EV keluaran terbaru
3) Akses Workshop HR Online bernilai RM4,997 secara PERCUMA
Pastikan anda rebut akses percuma ini pada 30 Ogos nanti. Hanya 10,000 syarikat sahaja akan menerima tawaran ini.
Klik untuk join Waiting List sekarang: Bisnesmerdeka.com