“Dulu Saya Jual Frozen Je… Tahun Ini Saya Nekad, Dan Hidup Saya Terus Berubah.”
Nama saya Nurhafiza, pengasas Cekodok Warisan Mak Tok. Kalau ikutkan, tahun lepas saya hanya berani jual frozen batter sahaja. Saya takut… takut tak laku, takut tak mampu handle order, takut tak cukup tenaga.
Saya fikir, biar selamat.
Tapi masuk tahun ini, saya buat satu keputusan yang bagi saya sangat besar saya buka tempahan cekodok siap goreng.
Jujur saya cakap, masa mula tu memang berdebar.
Sebab bila jual siap goreng, dia bukan sekadar jual produk…
Dia melibatkan masa, tenaga, consistency, dan kepercayaan pelanggan.
Tapi saya nekad. Dan apa yang jadi… memang luar jangkaan saya.
Ramadan kali ini, order jadi jauh lebih meriah.
Bukan sekadar ada tempahan, tapi setiap hari dapur saya hidup. Ribuan cekodok keluar dari dapur… Dan dihantar ke pejabat-pejabat sekitar Kuala Lumpur secara rotation.
Bayangkan, dari satu produk kampung…
Sekarang sampai ke pejabat-pejabat di bandar.
Selain itu, saya juga mula keluarkan produk baru. Tepung instant cekodok pisang, pes instant ready-to-cook…
Saya nak bagi lebih pilihan kepada pelanggan.
Yang nak cepat, ada.
Yang nak masak sendiri, pun ada.
Dan dari situ, peluang semakin terbuka.
Tempahan untuk event, open house…
Malah wedding pun mula masuk.
Kadang-kadang saya sendiri tak sangka,
Cekodok yang dulu orang anggap biasa-biasa…
Boleh jadi punca rezeki yang luar biasa.
Saya belajar satu benda besar dalam perjalanan ini…
Kadang bukan market yang kecil.
Tapi kita yang takut untuk pergi lebih besar.
Bila kita berani ubah cara kita berniaga,
Allah buka jalan yang kita sendiri tak pernah bayangkan.
Hari ini saya tak lagi hanya jual produk.
Saya sedang bina satu jenama.
Cekodok Warisan Mak Tok.
Dari dapur kecil…
Menuju ke pasaran yang lebih besar.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
