Tak Disangka! Mastermind Global Sumud Flotilla Rupanya Gadis Autisme 22 Tahun Dari Sweden

Tahukah anda, mastermind yang mengatur strategi besar di sebalik Global Sumud Flotilla bukanlah seorang pemimpin negara, bukan juga tokoh politik berpengaruh dunia… tetapi seorang gadis berusia 22 tahun dari Sweden.

Beliau ialah Greta Thunberg seorang aktivis muda yang menghidap Asperger (autisme). Meskipun bukan seorang Muslim, beliau menggalas tanggungjawab yang amat besar: menyatukan 46 buah negara dalam sebuah pelayaran kemanusiaan kali ini.

Greta Thunberg membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk memimpin sesuatu yang luar biasa. Otaknya “berlapis-lapis” dengan strategi yang begitu teliti, sehinggakan dunia hanya menyedari pelan sebenar ini apabila ia benar-benar dilaksanakan.

Siapa sangka, gadis yang selama ini dikenali sebagai aktivis iklim, kini menjadi dalang strategi kemanusiaan terbesar dunia.

Strategi Dua Gelombang Yang Bijak Sungguh

Pasukan Sumud di bawah pimpinan Greta menyusun strategi kemanusiaan yang sangat licik dan penuh taktikal.

Mereka dihantar terlebih dahulu walaupun risiko ditangkap sangat tinggi. Tujuannya jelas apabila mereka ditahan, dunia akan bising, “all eyes on G” akan tercetus, dan isu ini akan mendapat perhatian global.

Inilah rahsia besar di sebalik misi ini. Gelombang kedua membawa pakar, doktor perubatan, malah ada yang bergelar profesor emeritus. Mereka inilah yang wajib sampai ke destinasi, kerana misi mereka adalah memberi rawatan serta bantuan kemanusiaan secara langsung kepada mangsa di sana. Tidak hairanlah sejak awal lagi kapal yang mereka naiki dirahsiakan.

Ramai di sosial media mungkin masih tidak begitu alert tentang misi Global Sumud Flotilla. Ada yang menyangka ia hanya misi umat Islam. Hakikatnya, Flotilla ini menyatukan aktivis dari 46 buah negara, dan ramai dalam kalangan mereka adalah non-Muslim.

Ini bukti nyata bahawa perjuangan kemanusiaan tidak mengenal agama atau bangsa. Ia adalah perjuangan hati nurani, yang lahir daripada rasa perikemanusiaan sejagat.

Walaupun beliau bukan Muslim, Greta Thunberg membuktikan bahawa kemanusiaan itu lebih besar daripada batas agama dan bangsa. Beliau memikul amanah besar yang gagal digalas oleh kebanyakan pemimpin dunia menyatukan puluhan negara demi satu misi membawa bantuan ini.

Greta hanyalah seorang gadis autisme berusia 22 tahun, namun kebijaksanaannya dicemburui dunia. Strategi Sumud Flotilla yang beliau pimpin membuka mata ramai bahawa perjuangan kemanusiaan masih hidup, meski dunia cuba menutup mata.

Allahuakbar! Hasbunallahu wa ni‘mal wakil.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !