‘Tahun berniaga paling teruk’ – Peniaga Jalan TAR

Lama tak dengar “Window Shopping”. Terbaca perkongsian dari Astro Awani, Jalan TAR meriah! Tapi ramai yang tidak membeli hanya cuci mata dan berjalan-jalan.

Rasa kasihan memikirkan nasib peniaga-peniaga di sana…

Hakikatnya ya, salah satu memang faktor ekonomi yang tak menentu membuatkan pelanggan berfikir-fikir sebelum mengeluarkan duit…

tapi bukan saja jalan TAR terima impaknya, malah peniaga-peniaga yang lain tak kira bazar ataupun pasar-pasar malam. Nasibnya tetap sama…

Disebalik itu ‘kefahaman’ orang begitu, masih ada yang berjaya buat jualan yang tinggi.

Ini antara situasi yang sedang berlaku sekarang.

1. Gelombang menjual di TikTok tanpa kedai fizikal.

Usahawan atau peniaga perlu berubah. Hakikatnya duit masih ada di pasaran, cuma pelanggan memilih dengan siapa mereka membeli dan apa mereka dapat selepas membeli.

Siapa yang beri tawaran paling menarik, pasti mampu menawan hati pelanggan.

2. Personal branding mengalahkan nama-nama brand besar.

Influencer memainkan peranan penting dalam era dunia bisnes online. Cuba anda skroll TikTok atau platfom media Sosial yang lain. Lepas ‘dia’, ‘dia’, siapa yang berjaya buat orang nampak akan menang.

3. Orang memilih untuk belanja makanan berbanding barangan.

Ini antara survey yang team Funnelevo berjaya lakukan. Dalam keadaan kos melonjak naik, pola pembelian berubah kearah makanan dan minuman. Ini terbukti dengan jumlah pengunjung ke bazar di beberapa kawasan jumlah pengunjung melonjak naik secara mendadak.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana pola pembelian dan pola pemikiran orang ramai mula berubah.

Berdasarkan pemerhatian, ramai juga pelanggan yang menunggu saat akhir kerana biasanya ada diskaun yang jauh lebih tinggi.

Apa pendapat you guys? Betul ke orang tak membeli sebab tak ada duit? Atau…

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!