Tahniah Tuan Fahdi Ghazali!

FunnelEvo Group of Companies merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Fahdi Ghazali atas kejayaan menamatkan pengajian Master of Business Administration (MBA) dari UNITAR International University.

Kejayaan ini bukan hanya sebuah kegembiraan baharu,
tetapi satu simbol disiplin, komitmen, dan keteguhan hati seorang pemimpin yang sentiasa memilih untuk memimpin dengan teladan, bukan sekadar kata-kata.

Sewaktu ramai memilih keselesaan,
beliau memilih cabaran.
Sewaktu ramai berkata “tak sempat”,
beliau membuktikan bahawa masa sentiasa ada untuk orang yang benar-benar mahu berkembang.

Beliau mengangkat standard diri dahulu,
sebelum mengangkat standard organisasi dan ribuan pendiri bisnes di Malaysia.
Inilah makna sebenar walk the talk dan Tuan Fahdi telah menunjukkan kepada kami bahawa pembelajaran tidak pernah berhenti,
walau sesibuk mana pun seseorang pemimpin itu.

Pencapaian MBA ini bukan penamat,
tetapi permulaan kepada perjalanan ilmu yang lebih jauh.
Kami mendoakan agar langkah Tuan Fahdi menuju Doctor of Business Administration (DBA) dipermudahkan, diberi kekuatan, dan membawa lebih banyak manfaat kepada bangsa usahawan.

Tuan Fahdi,
Tuan bukan sekadar mengetuai organisasi ini
Tuan menghidupkan setiap prinsip, nilai, dan ilmu yang anda ajarkan.
Tuan juga membuktikan bahawa seorang pemimpin sebenar bukan hanya membina syarikat,
tetapi membina manusia.

Bagi kami di FunnelEvo…
You are not just our leader you are our inspiration. ❤️

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan,
Seluruh Wargakerja FunnelEvo Group of Companies

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !