FunnelEvo Group of Companies merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KUASA, anak syarikat rasmi di bawah kumpulan ini, atas penganugerahan Sijil Pengiktirafan Malaysia Digital Status oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Pengiktirafan ini mengiktiraf KUASA sebagai peneraju transformasi digital dalam membantu memperkasa ekosistem keusahawanan Malaysia melalui inovasi dan teknologi berimpak tinggi.
Sebagai platform automasi pemasaran dan pengurusan jualan di bawah FunnelEvo, KUASA terus memperkukuh kedudukan sebagai penyedia solusi digital yang komprehensif termasuk sistem Telen.AI, sebuah teknologi AI-driven recruitment & performance system yang membantu perniagaan menilai, memilih dan membangunkan pasukan kerja berkualiti secara automatik dan efisien.
Melalui kombinasi KUASA CRM, automasi komunikasi pelbagai saluran (WhatsApp, emel dan SMS) serta sistem pintar seperti Telen.AI, FunnelEvo kini berada di barisan hadapan dalam mempercepatkan proses pendigitalan PKS dan meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat global.
Pengiktirafan ini bakal menjadi manifestasi kepada dedikasi dan visi FunnelEvo Group of Companies untuk membina ekosistem digital yang mampan, sekaligus memacu agenda ekonomi digital Malaysia menuju masa depan yang lebih berdaya saing dan bermanfaat.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
