Tahniah FunnelEvo!

7 Tahun Komited Memperkasa Usahawan Kuasai Strategi Pemasaran Digital – FunnelEvo dianugerahkan Superbrands In Recognition Of Your Branding Excellence.

17 November 2023, Element Kuala Lumpur : FunnelEvo telah dianugerahkan Superbrand In Recognition Of Your Branding Excellence. Semenjak tahun 2016, FunnelEvo telah berjaya membimbing lebih 330 ribu pendiri bisnes, majikan serta pelajar dalam pelbagai program yang disediakan secara online dan offline.

Anugerah ini membuktikan komitmen FunnelEvo dalam membantu serta membimbing usahawan untuk capai ke tahap yang lebih tinggi. Turut hadir ke majlis malam penerimaan anugerah ini adalah Tuan Shariffudin Sahedan, merangkap Ketua pegawai eksekutif FunnelEvo, sertai Tuan Shafiq Supenah, Pengasas EjenPro yang merupakan salah sebuah anak syarikat dibawah bumbung FunnelEvo.

FunnelEvo bermula dengan aspirasi Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali yang memulakan perniagaan sendiri secara atas talian pada awalnya. Melihat semakin hari, semakin ramai orang datang bertanya tentang strategi pemasaran dan kembangkan perniagaan.

Dari sini ia membuka ruang untuk FunnelEvo ditubuhkan sebagai satu One Stop Centre untuk usahawan merangkumi ilmu pemasaran dan jualan, ilmu pengurusan perniagaan, khidmat pengurusan cukai dan akaun, ilmu pembinaan sistem ejen dan pasukan jualan, penyediaan sistem KUASA untuk bantu usahawan lancarkan jualan melalui penggunaan sistem database pelanggan serta Kolej FunnelEvo yang merupakan TVET pertama menyediakan kursus digital marketing (SKM) di Malaysia yang bakal dibuka tak lama lagi.

Lebih manis kejayaan ini diraih sekali gus dengan sempena FunnelEvo meraikan 7 years of excellence since 2016!

”Kejayaan ini tak mungkin dicapai tanpa kerja kuat Team FunnelEvo yang telah bersama-sama berjuang sejak tahun 2016 serta sokongan peminat dan anak didik FunnelEvo dan paling penting Pengasas FunnelEvo Tuan Fahdi Ghazali juga merupakan seorang Mentor Perniagaan yang mempunyai visi dan misi untuk melihat Malaysia itu sendiri gah dimata dunia!

Beliau terkenal dengan kata-kata beliau, Kalau nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh! Tak nak buat , tak payah buat!

Sepanjang saya berjuang bersama-sama beliau, beliau sangat komited dan ingin melihat lebih ramai usahawan berjaya dalam perniagaan, insya-Allah tahun 2024 FunnelEvo akan berikan lebih padu, lebih ilmu untuk lebih banyak bisnes berkembang lebih laju! Terima kasih atas doa kalian, lawan tetap lawan!” Shariffudin Sahedan, Ketua pegawai eksekutif FunnelEvo.

Jemputan khas untuk majikan serta pendiri bisnes, FunnelEvo bakal mengadakan Himpunan Mega Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 29 & 30 November 2023 yang bakal berlangsung di Shafsbury Asteria Cyberjaya.

Anda akan belajar bersama tiga orang Mentor Perniagaan iaitu Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali, Pakar Pengurusan Bisnes Tuan Shariffudin Sahedan serta Pakar Bina Team Perniagaan, Tuan Shafiq Supenah.

Hari ini adalah perjuangan, esok adalah pengharapan & lusa adalah kemenangan kita semua, insya-Allah.

Jumpa anda di angkasa kejayaan!

#FunnelEvo #FunnelEvo7YearsOfExcellent #MemperkasaUsahawanDigital

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!