Sukan Menyatukan Kita Semua Bukan Pingat Emas!

Kita perlu diingatkan tentang tujuan sebenar Olimpik dan sukan diwujudkan – untuk menyatukan manusia melalui semangat persaingan yang sihat dan penuh kesukanan. Meskipun kita bertanding, semangat kesukanan atau sportmanship harus kekal.

Kalau lihat pada dahulu kala kita pernah bersorak ketika era Dato Lee Chong Wei yang berjaya menyatukan kita dengan pingat perak dan gangsa. Namun, kali ini Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula menyatukan kita semua dengan pingat gangsa.

Jangan pula kita lupa, Pearly Tan, Thinaah dan hero-hero kita yang lain pun menyatukan kita walaupun tanpa sebarang pingat. Baru-baru ini Datuk Azizul Hasni Awang dan Shah Firdaus juga menyatukan kita sehingga kita sanggup menunggu 3-4 pagi.

Emas bagi kita adalah keharmonian dan semangat yang tidak pernah menyerah kalah serta semangat juang yang tinggi dipertonjolkan.

Kita selalu hanya lihat sisi seronok mereka, terutama atlet-atlet. Kita kagum melihat populariti dan berita-berita anugerah serta segala kebendaan yang berada di sekeliling mereka.

‘They deserved to be paid for their effort’

Tetapi di sisi lain kita tidak nampak segala susah payah dan perit yang mereka harungi untuk capai apa yang diharapkan. Belum cakap bab emosi lagi, setiap kali melangkah masuk ke dalam gelanggang semua harapan berjuta rakyat Malaysia dipikul atas bahu mereka.

Jadi, terima kasih kepada semua atlet yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024. Ayuh 4 tahun lagi, kita cuba lagi di Los Angeles 2028.

Malaysia Boleh!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !