Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Stress Duit Marketing Banyak Keluar Tapi Sales Sikit Yang Masuk?


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Stress, Down, Bengang!

Saya faham… memang ini reaksi ramai usahawan bila duit iklan untuk mempromosi produk/servisnya banyak habis atau dalam erti kata lain ‘hangus terbakar’ tapi sales yang masuk sikit sangat!

Hari-hari dok ‘hentak’ Fb Ads! Walaupun mungkin hanya RM100 sehari. Sebulan dah capai RM3000. Sedihnya, sales yang dapat cuma dalam RM500 ke RM800 je sebulan…

Mungkin ada yang lagi berani ‘pump’ duit iklan lebih banyak, sampaikan puluhan ribu sebulan kena bayar pada Facebook. Tapi sales? Tetap hanya dapat 1 per 3 dari kos marketing yang keluar. Rugi banyak!

Ini saya cerita keadaan & situasi sebenar, based on pengalaman berjumpa dengan ramai usahawan yang majoritinya ‘taksub’ dengan Facebook Ads.. Semuanya ada masalah yang sama!

Paling parah, bila kita je yang asyik keluarkan duit iklan, tapi sales tak masuk masuk, siapa yang untung? Kita ke Facebook??? Facebook je makin kaya, kita yang si peniaga ni makin sengsara. Begitu la lebih kurang bunyinya.

Tapi bertenang dulu… Tarik nafas…..

Bukannya maksud saya Facebook ni tak berguna, atau dah tak boleh pakai..

Benda yang lebih penting adalah, anda sendiri perlu tahu, apa punca masalah tu berlaku? Antara banyak faktor yang ada, salah satunya mungkin ayat iklan anda tidak berjaya ditujukan tepat kepada sasaran yang diinginkan..

Sebagai contoh, nak jual buku kanak-kanak, tapi ayat iklannya ditujukan kepada anak-anak…

Adik-adik, bestkan kalau dapat belajar bahasa inggeris semudah macam makan ais krim?

Mustahil anak-anak yang membaca dan buat keputusan untuk membeli kan? Sepatutnya, ayat iklan tersebut ditujukan terus kepada ibu atau ayah anak tersebut…

Ibu ayah, bestkan kalau dapat bantu anak-anak belajar bahasa inggeris semudah macam makan ais krim?

Mudahkan? Yes, simple!

Dalam perkongsian kali ini, saya nak dedahkan 3 tindakan awal yang anda boleh buat untuk atasi masalah duit iklan banyak habis tapi sales sikit sangat yang masuk.

3 TINDAKAN AWAL YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK ATASI CABARAN SALES & MARKETING.

TINDAKAN 1 : Tentukan dengan jelas SIAPA yang anda ingin bantu.

Contoh 1: Nak bantu Suri Rumah.

Contoh 2: Nak bantu Usahawan.

Contoh 3: Nak bantu Wanita Bekerjaya.

TINDAKAN 2 : Tentukan dengan jelas MASALAH apa yang anda ingin bantu selesaikan.

Contoh 1: Masalah berat badan bertambah sebab selalu makan masakan sendiri dan duduk rumah sahaja.

Contoh 2: Masalah persaingan yang sengit bila berniaga di medium pemasaran online.

Contoh 3: Masalah bosan style fesyen yang sama setiap hari ke pejabat.

TINDAKAN 3 : Sediakan dengan jelas TAWARAN yang menarik untuk anda bantu hidupnya.

Contoh 1: Pinggan AJAIB yang boleh kawal makanan masuk ke perut suri rumah yang rajin masak setiap hari. Jadi boleh kawal berat badan, ‘slim’ & awet muda selalu. Nak lihat? Klik sini (info produk).

Contoh 2: Ketahui rahsia SALES ONLINE untuk mendominasi market sehingga menang No 1 di hati pelanggan! Baca info lanjut disini (info program).

Contoh 3: Suka ke kalau dapat design tudung sendiri penuh ELEGAN & EKSKLUSIF? Tak lagi bosan asyik pakai fesyen yang sama dengan orang lain bila ke pejabat setiap hari. Jom tengok. Klik disini (info produk).

Bila dah cukup info ni, barulah anda sebenarnya dalam keadaan bersedia untuk beraksi dan ‘berperang’ di media pemasaran online. Barulah iklan yang anda buat akan sampai TEPAT KEPADA SASARAN dan membantu pelanggan yang membaca untuk BUAT KEPUTUSAN MEMBELI.

Inilah antara usaha awal yang perlu dilakukan untuk pastikan duit iklan yang dikeluarkan berbaloi dengan duit jualan yang masuk.

Saya memang berpegang kepada prinsip :

Kalau nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh!
Kalau tak nak buat, tak payah buat!

FOKUS UNTUK DOMINASI MARKET & MENANG SEMUA MEDIUM PEMASARAN ONLINE YANG ADA!

Jika sekarang anda masih menggunakan Facebook sahaja untuk berniaga, inilah masanya untuk anda mula buat perubahan luar biasa untuk aktifkan pemasaran di platform lain juga seperti Google, Messenger, Youtube, Website & Email.

KESIMPULAN

Marketing ini luas. Seluas lautan. Kita sebagai peniaga hanya perlu sedikit kreativiti dan semangat juang untuk melawan arus.

Jika teknik A tak menjadi, cuba teknik B. Jika C kurang ummph, buat pula teknik D…!

Pelanggan tidak akan berfikir panjang untuk ‘beri duit’ kepada anda jika anda mampu menarik perhatian & pandai memikat emosi mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Semoga ianya juga jadi saham dunia dan akhirat. Amin!

Jangan lupa tinggalkan komen & share dengan rakan-rakan yang lain ya.. =)

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !