Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Staff Mengular Dirumah? 8 Steps Work From Home Untuk Peniaga Control Staff Bekerja Dirumah.


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita ‘Work From Home’ kan? Biasanya kalau terlalu lama bekerja dirumah ni, macam-macam hal boleh terjadi dekat kita mahupun dekat staff dirumah kalau tak dipantau dengan betul.

Jadi, dekat bawah ni saya nak kongsikan “8 Step Work From Home Untuk Peniaga Control Staff Bekerja Dirumah”.

1. LEADERSHIP

Majoriti bisnes perform atau tidak adalah disebabkan leadership. Macam mana nak pastikan syarikat sentiasa berkembang & team tak mengular semasa bekerja di rumah semuanya berdasarkan leadership. Jadi, macam mana nak pastikan leadership tu berkesan ketika semua berada di rumah?

Tanamkan ‘mind setting’ yang betul kepada team supaya mereka dapat menjadi team yang sentiasa efektif & produktif walaupun bekerja dari rumah. Majoriti pemilik bisnes akan tekankan ‘HOW’ untuk buat kerja. Tetapi, jarang pemilik bisnes cerita tentang ‘HEART’. Tekankan bahawa kerja perlu dibuat dengan amanah, jujur, dan pentingnya keberkatan kerja. Dengan tekankan perkara-perkara ini, team anda akan rasa anda ambil berat tentang mereka dan mereka akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap kerja mereka.

Salah satu cara nak lihat team anda amanah ialah apabila diberi ‘target’ mereka dapat capai dengan tepat & setiap perancangan dalam syarikat berjalan dengan lancar. Bagaimana pula nak tahu mereka tidak amanah? Senang sahaja caranya ialah apabila diberi ‘target’ mereka selalu tidak capai dan setiap perancangan syarikat pastinya tidak dapat capai sasaran yang diinginkan.

Seronok kan bila team semua kerja secara produktif dan amanah walaupun mereka bekerja dari rumah? Hehe.. in shaa Allah bila kita ada leadership yang hebat, semuanya akan berjalan dengan lancar.

2. WUJUDKAN SUSANA YANG POSITIF & MENYERONOKKAN

Asyik serius bekerja pun lama-lama akan jadi stress, betul? Jadi tak salah kalau kita sebagai pengurusan tertinggi ambil langkah sedikit berbeza dari kebiasaan di pejabat. Wujudkan suasana “FUN” dan gembira sepanjang anda dan juga team bekerja dari rumah.

Macam mana nak wujudkan suasana tu? Sebagai contoh di Funnel Evo ketika team kami “Work From Home” kami sentiasa ceriakan group telegram syarikat dengan adakan kuiz, pertandingan, teka teki dan sebagainya. Dan apa yang berlaku? Dalam tak sedar tiba-tiba group telegram itu meriah & penuh dengan gelak tawa. Mungkin anda pun boleh cuba yang ni..

Seterusnya dapat wujudkan suasana seperti di pejabat anda. Dan yang paling seronok ialah team anda juga rasa mereka disayangi dan syarikat sentiasa mengambil berat dan tumpukan perhatian kepada kebajikan mereka. Seterusnya, dapat wujudkan team yang sangat produktif & efektif secara tidak langsung.

3. WUJUDKAN MESYUARAT SETIAP PAGI

Pagi ialah pembuka hari untuk setiap manusia, betul? Jadi.. kan bagus jika hari kita dan team dimulakan dengan sedikit mesyuarat pendek selama 30 minit. Tujuan mesyuarat ini berlangsung adalah untuk setiap individu dalam team beritahu apa target dan ‘to do list’ mereka setiap hari. Seronok kan bila kita nampak team kita sentiasa alert dengan kerja mereka? Dalam masa yang sama kita pun secara tak langsung jadi bersemangat untuk bekerja.. hehe.

Cara untuk pastikan setiap team anda bekerja ialah apabila adakan mesyuarat pendek selama 30 minit ni pastikan tiada seorang pun yang hilang tidak dapat dikesan. Dalam bahasa pasarnya ialah “Missing In Action (MIA)”. Jadi, setiap orang WAJIB serta untuk syarikat ambil kira kehadiran.

Dan adakan ritual setiap pagi sebelum mulakan mesyuarat. ontohnya mulakan dengan Asmaul Husna & Doa Dhuha. Lepas je selesai ritual itu, setiap team anda WAJIB kongsikan ‘To Do List’ mereka semalam & harini supaya mereka tahu kerja mereka & kita juga tahu kerja mereka. Jika team anda ramai, pecahkan ikut jabatan (department). Contoh, marketing akan mesyuarat marketing sahaja, jabatan akaun akan mesyuarat sesama mereka sahaja. Tetapi anda sebagai pemilik bisnes bebas untuk sertai mana-mana mesyuarat.

Mini mesyuarat ini anda boleh lakukan melalui aplikasi ‘Zoom’. Ianya ialah sebuah aplikasi seperti Skype tetapi lebih canggih & yang lagi seronok ianya PERCUMA! (cuma perlu berhati-hati sekarang ni memandangkan banyak scammer)

4. KEMASKINI SETIAP HARI

Setiap hari sebelum habis kerja, setiap team WAJIB kemaskini ‘To Do List’ mereka supaya kita dapat kenal pasti individu mana yang prestasi nya makin bagus atau pun makin menjunam. Jadi dari situ kita dapat tahu siapakah kita patut diberikan perhatian lebih supaya mereka ‘on track’ semula.

Dua Jabatan penting dalam syarikat anda yang wajib anda ikut rapat ialah jabatan Marketing dan Sales kerana dua ini ialah jantung syarikat anda. Mereka yang bertanggungjawab untuk menarik pelanggan dan memerah duit pelanggan anda. Jika mereka tidak buat kerja-kerja yang diberikan syarikat anda umpama mati & tidak bergerak.

5. BAHAGIKAN SKOP KERJA

Penting untuk setiap pemilik bisnes atau ketua jabatan bahagikan kerja-kerja yang perlu dilakukan dan penting juga untuk anda terangkan setiap kerja supaya mereka boleh jalankan setiap kerja dengan baik. Antara cara yang kami gunakan di Funnel Evo untuk bahagikan & pantau setiap kerja team kami ialah dengan gunakan aplikasi “Trello”.

Trello ialah sebuah aplikasi yang sering digunakan oleh kebanyakkan syarikat di US dan syarikat-syarikat Eropah. Anda boleh semak setiap kerja mereka secara online dan tak perlu tanya satu-persatu sama ada mereka dah jalankan kerja mereka tau belum.

6. CARA UNTUK URUSKAN TEAM MARKETING

Dalam marketing ada 3 mini jabatan penting yang anda wajib tahu. Yang pertama ialah ‘Content Creator’. Individu ini ditugaskan khas untuk buat content sahaja & menguruskan platform sosial media bisnes anda dengan efektif.

Yang kedua ialah ‘Lead Generation’. Individu ini pula dikhaskan untuk kumpulkan database sebanyak mungkin supaya boleh ditukarkan kepada duit. Kebiasaannya, kerja-kerja lead generation ini melibatkan kos & ZERO pulangan tetapi anda perlu sentiasa ingat mereka ini akan jadi database anda. 

“DATABASE IS KING”

Apabila mereka ini menjadi database anda. Dengan mudah anda ingin perah duit mereka 3 kali ganda kerana mereka dah percaya kepada anda.

Yang ketiga pula ialah ‘Monetization’. individu ini ialah yang paling penting dalam jabatan marketing. Kerana mereka ini ditugaskan untuk setiap prospek yang masuk menjadi database anda, mereka WAJIB untuk membelanjakan duit mereka untuk membeli produk/servis anda. Jadi, individu ini antara orang yang berperanan tinggi dalam membantu masukkan duit ke dalam syarikat anda setiap hari & setiap masa. 

Jika anda mempunyai pekerja yang tidak ramai anda juga boleh pecahkan ikut projek yang dilakukan. Contoh projek puasa, projek 11/11, projek tahun baru dan lain-lain. Barulah setiap kerja tu berjalan lancar dan teratur betul?

7. CARA URUSKAN TEAM SALES

Untuk team sales pula agak berbeza daripada team marketing kerana mereka lebih kepada melibatkan jualan. Jadi macam mana cara nak pantau jualan mereka setiap seorang? Kami cadangkan anda gunakan aplikasi yang ada fungsi “Customer Relationship Management (CRM)”. Dengan adanya aplikasi fungsi ‘CRM’ ini anda boleh pantau secara terus. Di Funnel Evo dan kebanyakkan usahawan di bawah Funnel Evo kami gunakan SaleSkip

SaleSkip ialah software yang dibina oleh anak muda Malaysia sendiri di bawah Funnel Evo. Kenapa anda harus gunakan SaleSkip? Sebab ianya lebih murah & lebih sesuai dengan pasaran Malaysia. Boleh klik disini terus SaleSkip.com

Antara pilihan lain yang anda boleh gunakan ialah Zoho, Hubspot, Salesforce tetapi semua ini dijual dengan harga USD & mengikut pasaran antarabangsa.

8. ALAT BANTU “WORK FROM HOME” 

Sama seperti saya bagitahu diatas tadi. Untuk anda adakan sesi meeting pula anda boleh gunakan aplikasi ZOOM. Aplikasi zoom ni percuma untuk 40 minit. Jadi lebih mudah untuk anda berjumpa dengan team anda setiap hari secara online sahaja kan? Hehe. Jadi, senang la anda untuk rapatkan silaturrahim bersama team anda setiap hari. Orang kata

“JAUH DI MATA, TAPI DEKAT DI HATI”

Seterusnya, ialah TRELLO. Aplikasi Trello ialah satu aplikasi untuk anda kemaskini & semak secara online semua kerja-kerja team anda dari jauh. Walaupun team anda bekerja dari luar negara dengan adanya aplikasi Trello ni amat mudah untuk anda semak & lihat prestasi pekerja anda dengan cara yang lebih praktikal. Lepasni, kalau kena kerja dari rumah lagi pun senang la kan takde masalah dah hehe.

Yang terakhir ialah SALESKIP. Saleskip ialah satu software yang anda boleh gunakan sebagai CRM anda & yang lagi menyeronokkan ialah jika anda tiada website. Anda juga boleh gunakan saleskip untuk bina landing page anda dengan cara lebih mudah. Dah alang-alang tempoh PKP ni lama lagi jadi boleh lah anda cuba gunakan dulu Saleskip ini. Untuk pengetahuan anda mereka ada buat tawaran ‘trial’ 14 hari secara percuma. KLIK SINI untuk lihat software saleskip ini. 

Inilah 8 cara efektif untuk anda bekerja dari rumah. Dah faham kan? Jadi apa lagi buat saja. Jangan tunggu lagi okay!

LAWAN TETAP LAWAN!

P/s: Nak jana pendapatan dengan mudah ketika MCO? Jom join Channel Telegram Khas DISINI SEKARANG!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!