“Baru pukul 6 petang, dah angkat beg nak balik.”
Situasi ini mungkin biasa berlaku jika anda menguruskan staf Gen Z. Ramai majikan mengadu perkara sama — mereka tak suka kerja lebih masa dan cepat penat. Tapi, adakah ini petanda mereka malas? Sebenarnya tidak.
Generasi ini dibesarkan dengan nilai kerja yang berbeza. Mereka lebih menghargai work-life balance dan kesihatan mental berbanding gaji semata-mata. Jadi, sebagai pemilik syarikat, anda perlu ada strategi khusus untuk uruskan mereka dengan lebih efektif.
Berikut beberapa cara yang boleh anda praktikkan:
1. Imbangi Polisi Kerja dan Kehidupan Peribadi.
Gen Z lebih memilih keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Jika jadual kerja terlalu padat dan tak fleksibel, mereka mudah rasa tertekan dan akan mencari tempat kerja lain yang lebih “manusiawi”.
✅ Tip: Sediakan jadual kerja yang adil, dan elakkan minta mereka kerja lebih masa tanpa sebab kukuh.
2. Beri Insentif Yang Relevan Dengan Gaya Hidup Mereka.
Selain gaji, mereka menghargai perkara seperti elaun makan, elaun kesihatan mental, waktu kerja anjal atau peluang bekerja secara jarak jauh.
✅ Tip: Anda boleh perkenalkan sistem “flexi hour” atau hari kerja dari rumah sekali seminggu jika sesuai dengan operasi.
3. Tetapkan Polisi Kerja Yang Jelas Sejak Awal.
Pastikan semua staf Gen Z faham waktu kerja sebenar, tugas utama dan situasi di mana kerja lebih masa mungkin diperlukan.
✅ Tip: Masukkan semua ini dalam surat tawaran kerja atau onboarding kit supaya tiada isu “saya tak tahu” kemudian hari.
4. Tawarkan Laluan Kerjaya Yang Jelas.
Gen Z mahu tahu ke mana arah mereka dalam syarikat. Tanpa peluang naik pangkat atau kenaikan gaji berdasarkan prestasi, mereka cepat hilang motivasi.
✅ Tip: Tunjukkan struktur organisasi dan bagaimana mereka boleh capai jawatan lebih tinggi atau tangga gaji seterusnya.
Menguruskan Gen Z bukan bermaksud anda perlu mengalah. Tapi ia tentang memahami keperluan mereka, dan menggabungkan keperluan itu dengan objektif syarikat. Bila staf rasa dihargai dan difahami, mereka akan lebih setia dan produktif.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!