Sales & Service Tax (SST) Malaysia mengalami perubahan besar sejak 1 Julai 2025 skop diperluaskan secara ketara, dan kini banyak bisnes yang sebelum ni tak terlibat, tiba-tiba layak daftar. Artikel ni breakdown apa yang founder bisnes di Malaysia perlu tahu untuk 2026.
Apa Itu SST?
SST ialah cukai tidak langsung utama di Malaysia, terdiri daripada dua bahagian
- Cukai Jualan (Sales Tax) dikenakan ke atas barangan bercukai yang dikilang atau diimport di Malaysia (5% atau 10%)
- Cukai Perkhidmatan (Service Tax) dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu (kebanyakannya 8%, sesetengah kategori seperti F&B dan telekomunikasi kekal 6%)
Apa Yang Berubah Sejak Julai 2025?
Skop SST diperluaskan secara ketara untuk merangkumi kategori baru, termasuk:
- Perkhidmatan sewaan/pajakan (rental & leasing) komersial sahaja, bukan kediaman
- Perkhidmatan kewangan
- Hospital swasta (untuk pesakit bukan warganegara sahaja warganegara Malaysia dikecualikan)
- Pendidikan antarabangsa berbayaran tinggi
- Perkhidmatan pembinaan
Nota penting: Mulai 1 Januari 2026, kadar cukai perkhidmatan untuk sewaan/pajakan (leasing) diturunkan dari 8% kepada 6%.
Bila Bisnes Anda Wajib Daftar?
| Kategori | Ambang Pendaftaran |
| Kebanyakan perkhidmatan bercukai | RM500,000 setahun |
| Sewaan & pajakan (rental/leasing) | RM1,000,000 setahun |
| F&B | RM1,500,000 setahun |
Penting: Ambang ni dikira berdasarkan pendapatan kasar (gross revenue), bukan untung. Jadi agensi kecil dengan margin nipis pun boleh terlepas pandang dan tercecah ambang ni tanpa sedar.
Sebaik sahaja anda melepasi ambang ini, anda wajib daftar dalam 30 hari. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penilaian SST bertarikh kebelakang (backdated) serta penalti.
Apa Yang Dikecualikan?
Beberapa perkara dikecualikan daripada SST, termasuk:
- Perkhidmatan B2B dalam kumpulan syarikat sama (dengan kelulusan)
- Perkhidmatan kewangan asas (perbankan, insurans bukan advisory)
- Perkhidmatan kerajaan
- Pendidikan & kesihatan awam
- Perkhidmatan yang dieksport kepada penerima asing
- Mulai Julai 2025, penyewa/pemajak MSME dikecualikan daripada cukai perkhidmatan ke atas kos sewaan/pajakan
Penalti Jika Tidak Patuh
Penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2026. Antara penalti yang boleh dikenakan:
- Lewat daftar: denda sehingga RM50,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun, serta liabiliti SST bertarikh kebelakang
- Gagal failkan SST-02: denda sehingga RM50,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun
- Mengeluarkan invois cukai palsu/salah: denda sehingga RM50,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun
Cara Daftar & Failkan
- Semak kategori perkhidmatan/barangan anda di portal MySST (mysst.customs.gov.my)
- Kira pendapatan kasar 12 bulan lepas kalau dah lepas ambang, daftar dalam 30 hari
- Selepas berdaftar, anda wajib caj SST, dan failkan pulangan SST-02 setiap 2 bulan (bi-monthly) termasuk pulangan NIL kalau tiada aktiviti
- Bayar melalui FPX atau di kaunter Kastam
Kalau bisnes anda menyediakan perkhidmatan profesional, consulting, sewaan komersial, atau apa-apa kategori bercukai dan pendapatan kasar dah hampir atau melepasi RM500,000 setahun semak status pendaftaran SST anda sekarang. Grace period dah tamat; risiko denda dan audit dah jadi nyata mulai 2026.
Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (mysst.customs.gov.my), kemaskini Januari–April 2026.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
