SSM DAN MEDIA SOSIAL: LEKA SATU MINIT, MELAYANG PULUHAN RIBU!

Dalam dunia bisnes hari ini, media sosial adalah medan perang utama. Dari Instagram ke TikTok, dari Facebook ke Telegram, semuanya menjadi platform usahawan untuk berinteraksi dengan pelanggan dan menjana jualan. Namun, apa yang ramai tidak sedar, di sebalik gempita bisnes online ini, ada mata yang sedang memerhati. Kalau dulu ramai takut dengan LHDN, KWSP, atau SOCSO, kini ada “pemain baru” yang tidak boleh dipandang ringan – SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Bayangkan situasi ini. Anda sedang sibuk menguruskan perniagaan; pelanggan tanya sana sini, order masuk tak berhenti, dan dalam keadaan serba kelam-kabut itu, satu notis tiba di tangan anda. Anda buka mata luas-luas, hampir tak percaya angka yang terpampang: denda puluhan ribu ringgit. Sebabnya? Tiada nombor pendaftaran SSM dipaparkan di platform media sosial.

Mungkin ramai akan berkata,
“Ala, benda kecil je tu. Nombor SSM tak letak pun kena saman?”
Ya, itulah hakikatnya sekarang.

APA YANG BERLAKU SEBENARNYA?

SSM mewajibkan semua platform media sosial yang digunakan untuk bisnes memaparkan nombor pendaftaran syarikat. Contohnya:

📌 Nama Bisnes Sdn. Bhd. (1234567-A)

Tak kira sama ada anda guna website, TikTok, Shopee, Instagram, Facebook atau walaupun sekadar Telegram untuk berkongsi pautan Shopee, peraturan ini tetap terpakai. Bahkan, akaun peribadi sekalipun yang mempromosikan produk atau menggunakan nama bisnes, juga tertakluk kepada syarat ini.

“Kalau stokis, ejen atau affiliate yang guna nama bisnes kita macam mana?”
SSM masih anggap itu sebagai tanggungjawab pemilik bisnes. Mereka mencadangkan pemilik bisnes meminta bantuan MCMC untuk mendapatkan butiran akaun pihak ketiga dan mengambil tindakan untuk memastikan nombor SSM dipaparkan. Agak mencabar, bukan? Tetapi inilah realiti undang-undang bisnes digital sekarang.

KENAPA RAMAI TERLEPAS PANDANG?

Biasanya, pihak SSM akan menghantar notis melalui emel rasmi. Namun, bagi usahawan yang menerima ratusan atau ribuan emel sehari, notis sebegini mudah saja tenggelam. Tanpa panggilan, tanpa hebahan meluas di media, ramai yang terlepas pandang dan terus menjadi “mangsa” denda beribu-ribu ringgit. Lebih menyedihkan, perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan dalam masa kurang satu minit.

JADI, APA YANG USAHAWAN PERLU BUAT?

Sebagai usahawan, kita perlu lebih berhati-hati. Walaupun sibuk, jangan abaikan perkara kecil yang boleh mendatangkan impak besar. Berikut beberapa langkah penting untuk elak kejadian sama:

  1. Letakkan nombor pendaftaran SSM di semua platform – tak kira media sosial, website, atau aplikasi lain yang digunakan untuk promosi. Pastikan nombor ini jelas dan mudah dilihat.
  2. Pantau aktiviti stokis, ejen, dan affiliate – jika mereka menggunakan nama perniagaan anda, pastikan mereka juga mematuhi syarat SSM.
  3. Rajin semak emel rasmi – luangkan sedikit masa setiap hari untuk menyemak emel, terutamanya daripada pihak berkuasa seperti SSM, LHDN atau mana-mana agensi berkaitan.
  4. Ambil tahu peraturan terkini – perniagaan sentiasa bergerak seiring dengan undang-undang. Jangan jadi “mangsa pertama” hanya kerana kurang peka dengan perubahan semasa.

Berniaga bukan hanya tentang jualan atau keuntungan semata-mata. Dalam dunia serba digital ini, mematuhi peraturan adalah sama penting dengan strategi pemasaran. Jangan sampai satu minit terlepas pandang mengakibatkan puluhan ribu ringgit melayang.

Jadi, kepada usahawan di luar sana – jaga-jaga. Lembaga baru ini tidak main-main. Pastikan nombor pendaftaran SSM anda ada di mana-mana. Kalau masih belum letak, buat sekarang sebelum anda menjadi “mangsa” seterusnya.

Ingat, satu minit bertindak boleh selamatkan ribuan ringgit anda.

Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.

Daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !