“Sepanjang 28 tahun saya berniaga, inilah kali pertama saya capai jualan RM175 ribu sehari!”

Sedikit pengenalan tentang student President Prime kami iaitu Tuan Wan Ahmad Khairuddin yang menjalankan perniagaan servis dan produk yang berasaskan fiber. Khairol Fiber Group Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Julai 2019. KFG merupakan syarikat kedua yang ditubuhkan oleh Wan Ahmad Khairuddin Bin Wan Mohd Yusof di mana ia merupakan sambungan kepada syarikat pertama iaitu Khairol Fiber Group (KFG) yang ditubuhkan pada 18 Julai 2010. Penubuhan syarikat kedua ini disebabkan oleh masalah penukaran jenis syarikat daripada enterprise kepada Sdn Bhd.

Ketika KF ditukarkan jenis syarikatnya daripada enterprise kepada Sdn Bhd, terdapat beberapa faktor yang menghalangnya. Kesannya, pengarah KF perlu menubuhkan syarikat baru atas nama KFG. Khairol Fiber Group Sdn Bhd bertempat di Jalan Tokkah, Kampung Bemban yang merupakan bengkel proses pembuatan bot fiber dan barangan gentian kaca (fiberglass).

Dalam usaha meluaskan lagi perniagaannya, terdapat satu cawangan kecil diwujudkan yang merupakan lot pameran produk syarikat di Jalan Kuala Abang, Kampung Bukit Pauh. Skop perniagaan KFG melibatkan pembuatan, pembekal serta perkhidmatan.

Ini perkongsian dari Tuan Khairuddin dari Khairol Fiber Group Sdn Bhd yang baru sahaja selesai sesi coaching one on one bersama Life & Business Mentor Tuan Fahdi Ghazali.

Gambar ini di ambil ketika sesi coaching one on one bersama Life & Business Mentor di Wisma FunnelEvo, Kota Damansara. Tuan Khairuddin bukan baru dalam dunia perniagaan, beliau dah lama berniaga. Namun dalam perniagaan, biasalah pasti ada naik dan turun, pengalaman berpuluh tahun dalam perniagaan tidak menghalang beliau untuk menuntut ilmu untuk pastikan bisnes beliau sekarang mengikut perubahan zaman semasa terutama zaman bisnes di platform Media Sosial yang boleh memberikan pulangan luar biasa jika digunakan dengan cara yang betul. Alhamdulillah, baru-baru ini beliau berjaya hasilkan jualan RM175 ribu sehari dengan jual bot fiber sis! Ingat hari-hari ada orang nak beli bot? ???? Ini kan produk kecantikan dan tudung yang hari-hari orang pakai dan guna. “Perjuangan kita seperti melawan arus pasti ada liku-liku yang kita akan tempuhi tapi yang lagi penting kita dapat lihat siapa dan sejauh mana orang bersama kita akan kekal atau hilang dibawa arus sebelum tiba destinasi impian”- Tuan Khairuddin

Ini adalah kenangan Tuan Khairuddin membawa team Khairol Fiber Group ke Seminar Evolusi pada November 2022. Nak tahu apa strategi yang Tuan Khairuddin gunakan?

1. Dapatkan Restu Ayah.Selepas dibimbing dan dapat idea bagaimana nak tingkatkan jualan dari Tuan Fahdi, beliau berjumpa dengan ayahnya dan meminta restu ayahnya untuk doakan kejayaan kempen beliau. Sesuatu yang jarang dilakukan, tapi kali ini Tuan Khairuddin cuba pendekatan berbeza. 

2. Strategi Buat Live & Content TikTok.Beliau mula bina platform Tiktok dan adakan live setiap hari untuk memberi tahu tentang tawaran special yang beliau nak berikan nanti. Dulu beliau menganggap “Siapa yang nak tengok live kalau hari-hari buat live?” Ternyata sangkaanya salah apabila beliau dapati orang yang berbeza tonton live pada waktu yang berbeza. 

3. Strategi Kempen Menggunakan Database.Menggunakan platform KUASA , beliau berjaya menarik perhatian prospek yang berminat menggunakan strategi belai database! Ini kelebihan bila anda menjadi salah seorang PRESIDENT, Circle bimbingan di FunnelEvo. Kalau jual bot fiber pun boleh buat jualan luar biasa, cuba bayangkan jika anda bisnes produk ataupun perkhidmatan.

Sesi perkongsian Tuan Khairuddin (kanan), Cik Puan Adda (tengah) bersama Tuan Fahdi di Seminar Evolusi pada Februari 2023, iDCC Shah Alam.

Apa strategi yang dikongsikan oleh Cik Puan Adaa kongsikan di Evolusi bagaimana mereka berjaya capai sales RM175,000 sebulan selepas majikannya Tuan Khairuddin menyertai PRESIDENT. Khairol Fiber Group berjaya capai sales ini pada kempen 12.12 tahun lalu.

1. Kumpul database

Kumpul database daripada mana-mana sumber yang pelanggan atau prospek yang pernah berurusan. Ambil database dari whatsApp atau dari slip pos, kemudian letak dalam excel kemudian export dalam sistem KUASA untuk simpan dan blast.

2. Kenal target market

Produk mahal, sebelum ini anggap nelayan tak ada duit sebenarnya mereka ini ada duit untuk membeli bot yang mahal.

Kesimpulannya, cuba anda bayangkan mereka menggunakan strategi ini berjaya capai RM175,000 dan sudah tentu mereka juga akan menggunakan strategi ini untuk next launching jadi berapa results yang mereka akan capai?

Jadi kenapa anda tidak menggunakan strategi ini yang sudah mempunyai proven results?

Pada 26 & 27 Ogos 2023 baru-baru ini Tuan Khairuddin melancarkan kempen Merdeka Seatrial 5.0.

Pelbagai aktiviti yang menarik beliau lakukan di tempat beliau, antaranya pandu uji Bot 21′ model terbaru keluaran pertama KFG.

Alhamdulillah selama 2 hari event itu Khairol Fiber Group berjaya capai lebih RM500 ribu.

Apa yang beliau buat betul?

1. Survey

Beliau survey produk apa yang pelanggan inginkan.

2. Anjuran Kerjasama.

Beliau tidak mengadakan event secara solo, beliau telah sediakan beberapa pasukan untuk bekerjasama dengan beliau untuk menjayakan event tersebut. Beliau bekerjasama dengan Agro Bank dan Jabatan Perikanan Terengganu juga untuk bersama-sama beliau pada hari event tersebut.

Alhamdulillah event 2 hari tersebut berjaya capai lebih RM500,000.

Nak belajar strategi grow bisnes lebih laju seperti Tuan Khairuddin? Klik link untuk daftar ke Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !