Salah satu cara paling mudah dan paling sah untuk kurangkan cukai syarikat ialah memastikan semua perbelanjaan layak ditolak benar-benar dituntut. Tapi dalam pengalaman kami bekerja dengan founder di Malaysia, ramai yang tak tuntut sepenuhnya kerana tak faham skop sebenar peraturan LHDN. Artikel ni breakdown prinsip asas dan kategori yang selalu terlepas.
Prinsip Asas “Wholly and Exclusively”
Di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan boleh ditolak daripada pendapatan kasar jika ia “dikeluarkan sepenuhnya dan semata-mata untuk menjana pendapatan” (wholly and exclusively incurred in the production of income).
Maksudnya kalau kos tu betul-betul untuk operasi/jana pendapatan bisnes, ia layak ditolak. Masalahnya, ramai founder terlalu konservatif dan tak tuntut kos yang sebenarnya layak, semata-mata sebab tak pasti atau tiada rekod yang teratur.
Kategori Yang Selalu Terlepas Pandang
- Elaun Modal (Capital Allowance) untuk aset seperti mesin, kenderaan bisnes, komputer, peralatan ICT. Ini berbeza dari susut nilai perakaunan biasa LHDN ada kadar dan kaedah pengiraan sendiri. Malah, untuk perbelanjaan modal tertentu (mesin berat, ICT) antara 11 Oktober 2025 – 31 Disember 2026, ada elaun modal dipercepatkan yang membenarkan tuntutan penuh dalam tempoh 2 tahun sahaja.
- Sewa & utiliti pejabat/premis bisnes termasuk bahagian rumah yang digunakan khusus untuk bisnes (untuk usahawan yang beroperasi dari rumah)
- Gaji, EPF, SOCSO, EIS staff termasuk bonus dan elaun yang berkaitan kerja
- Yuran profesional akauntan, peguam, setiausaha syarikat, perunding
- Kos pemasaran & pengiklanan termasuk iklan digital, content marketing, reka bentuk grafik
- Insurans perniagaan insurans premis, insurans liabiliti, insurans kenderaan bisnes
- Latihan & pembangunan staff kursus, sijil profesional yang berkaitan kerja
- Caruman Skim R&D (Double Deduction) untuk aktiviti penyelidikan & pembangunan yang diluluskan MIDA, boleh dituntut dua kali ganda
Perbelanjaan Yang TIDAK Boleh Ditolak
Sama penting untuk faham apa yang tidak layak, supaya tak salah tuntut (yang boleh cetuskan audit):
- Penalti atau saman (cth: saman trafik, kompaun)
- Perbelanjaan peribadi yang tiada kaitan dengan bisnes
- Sebahagian besar kos hiburan (entertainment) ada had tertentu yang dibenarkan, bukan 100%
- Susut nilai perakaunan (depreciation) guna elaun modal LHDN sebagai gantinya
- Derma yang tidak diluluskan (unapproved donations) derma kepada badan yang tidak diiktiraf LHDN
Kenapa Rekod Penting Untuk Tuntutan Ini?
Semua tuntutan di atas mesti disokong dokumentasi resit, invois (kini perlu disahkan e-Invois untuk bisnes yang sudah masuk fasa), dan rekod yang jelas menunjukkan kaitan perbelanjaan dengan operasi bisnes. Tanpa dokumentasi, walaupun perbelanjaan tu sebenarnya layak, LHDN boleh tolak tuntutan semasa audit.
Langkah Praktikal
- Simpan semua resit perbelanjaan bisnes termasuk yang kecil, secara digital jika boleh
- Asingkan akaun bank bisnes dan peribadi sepenuhnya
- Semak senarai di atas setiap penghujung tahun sebelum failing cukai jangan tunggu akauntan tanya
- Untuk pembelian aset besar, rujuk dengan profesional cukai untuk pastikan anda guna kaedah elaun modal yang paling optimum
- Simpan rekod sekurang-kurangnya 7 tahun seperti dikehendaki undang-undang
Cukai yang lebih rendah bukan semestinya datang dari “skim” atau strategi rumit selalunya ia datang daripada perkara asas: tuntut semua yang anda layak tuntut, dengan rekod yang lengkap. Founder yang teliti dalam perkara ni boleh jimat ribuan ringgit setiap tahun secara 100% sah.
Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967, LHDN, Acclime Malaysia Corporate Tax Guide (Belanjawan 2026 updates).
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
