Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Selepas Tukar Bisnes Model Selepas Lockdown, Jualan Meningkat Sehingga RM150 Ribu!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Kalau dah lama tinggal bisnes, nak start balik memang susah. Kalau tak ada semangat tu, boleh cakap takkan start balik sampai bila-bila lah!

Itulah yang terjadi dekat salah seorang iron lady Elite Circle di FunnelEvo, NorFitriyana atau lebih suka dengan panggilan Sha bila dah 2 tahun terpaksa berhenti berniaga menjaga anak-anak yang sakit. Sha ada 4 orang anak. Anak pertama autisme, anak kedua disleksia, anak ketiga Alhamdulilllah okay, dan anak keempat belum tahu lagi result dia macam mana.

Memang ingat dah tak ada harapan nak start balik bisnes sebenarnya. Tapi, sebab matlamat yang jelas nak bantu orang yang sama nasib, Sha kuatkan semangat mulakan bisnes balik pada bula Oktober 2019.

Kalau nak tahu, Sha adalah pemilik kepada butik Shadanisha yang terletak di Nilai. Start bulan Disember 2019 lagi sales tak ada sebab kain yang order daripada China tak boleh dibawa masuk Malaysia.

Tapi, apa yang Sha buat adalah.. hasil daripada coaching di FunnelEvo, Sha gabungkan bisnes baju dengan makanan under satu brand. Alhamdulillah dari situ terciptalah satu brand baru under Shadanisha iaitu Mak Anje.

Kalau nak tahu, brand Mak Anje ni baru lagi diperkenalkan. Start pertengahan bulan Mac waktu first PKP haritu. So, apa strategi yang Sha gunakan untuk brand Mak Anje ni?

Sebelum nak tahu strategi apa yang Sha gunakan dalam bisnes baru Mak Anje sehingga dapat kumpul RM150K dalam masa 2 minggu, dekat bawah ni Sha ada kongsikan 7 perkara yang Sha pegang dan amalkan sehingga sekarang;

  1. Mindset– Perlu ingat. Orang follow kita buka sebab produk. Tapi sebab mindset yang kita bawa. Kalau mindset negative, kita ada ilmu pun, tetap akan ada suara biawak yang akan cakap yg ni kita dah tahu. Tapi kenapa tak buat, lepas tu gagal.
  2. Big Why – Matlamat kita kena jelas. Macam Sha, walaupun tak ada sales sebelum ni, tapi Sha tetap dengan target RM1.2 Juta sehingga penghujung tahun 2020.
  3. Mentor – Kita perlukan orang untuk guide kita. Dari segi marketing, nak buat fb ads, nak buat website, nak rekrut ejen, nak belajar semua tu kena ada orang guide. Sebab kalau buat sendiri, boleh. Tapi lambat sebab nak kena langgar dinding banyak kali.
  4. Circle – Circle ni sangat membantu Sha dalam bisnes. Sebab circle kita yang menentukan siapa kita. Sebab tu Sha suka sangat dengan Elite Circle sebab boleh direct access dengan Tuan Fahdi.
  5. Follow the process – Kejayaan ni ada flow, kena ikut flow dia. Jangan gopoh sangat nak terus berjaya. Yang baru start bisnes jangan nak sales tinggi je tapi belajar taknak memang tak dapat la.
  6. Cash reserve – Yang ni memang sangat penting. Ramai usahawan tak ada simpinan. Kalau jadi something dekat bisnes tu kalau tak ada simpanan tu yang cepat gulung tikar. Buat la macam mana sekali pun, mesti ada saving.
  7. Partner dengan Allah – Berpartner dengan Allah kita akan tenang, bila berniaga dengan Allah pasti akan kaya.

Apa yang Sha buat sampai dapat RM150K dalam masa 2 minggu dengan bisnes baru?

Sebenarnya, Sha start bisnes cookies Mak Anje ni pertengahan bulan Mac. Sha buat ni pun sebab project raya tak boleh nak jalan, stock baru tak ada. Jadi, coockies Mak Anje ni memang kena dengan minat Sha dan produk ni senang untuk Sha pantau.

Pakej yang Sha tawarkan ni ada 4 pakej. Master Stokis, Stokis, Master Ejen, dan Ejen. Semua ni Sha just promot dekat Database sedia ada. Sebab Database Sha ada 3 jenis market. Cold, Warm, dan Hot market. Sha memang fokus dekat Hot market yang memang dah kenal.

Setiap pakej ni harga bermula;

  1. Ejen – RM399
  2. Master Ejen – RM999
  3. Stokis – RM5,000
  4. Master Stokis – RM15,000

So, Sha go dengan master stokis. Masa ni Sha present dekat bakal Master Stokis ni dengan tawarkan pakej tanpa ada produk lagi. Dan RM15k tu sebenarnya tak susah pun dapatkan balik, Sha ajar guna Magic Number, cari stokis. Sebab harga stokis RM5k. Kalau dapat cari 3 orang stokis, modal untuk masterstokis dah dapat balik.

Tapi kalau tak ada kawan-kawan yang boleh jadi stokis, takpe. Cari sesiapa yang nak jadi ejen. Harga dia pun lagi murah hanya RM399. So daripada situ, cari 37 orang ejen dapat la pulangan modal balik. Alhamdulillah, dengan ajar yang tu pun Sha boleh close MasterStokis.

Cuma Sha nak pesan, bila kita belajar, tak semestinya belajar sekali terus faham. Kalau sha sendiri pun 2 3 kali datang kelas baru faham. Sebenarnya Sha tak terfikir pun nak buat ejen. Tapi bila dah pergi 2 3 kali kelas ejen memang jelas apa yang perlu buat. Cuma bila kita tak reti tu, sebenarnya kita tak buat tindakan. Sebab kita tak ada power of action tu.

Kalau orang lain yang ada dugaan sama macam Sha, mungkin dah tarik handbreak dah rasanya. Tapi Sha tak nak! Sebab matlamat Sha dalam masa 2 tahun lagi, Sha nak buka satu center untuk anak-anak Autisme. Sha sangat faham perasaan ibu bapa yang ada anak macam ni. Memang kena banyak bersabar.

So, nak buat apa-apa bisnes tengok dulu apa Big Why kita? Kalau Big Why kita nak bantu orang, in sha Allah bisnes kita pun Allah permudahkan. Tapi, kalau sekadar untuk diri sendiri, cepat-cepat ubah supaya bisnes kita pun turut dapat memberi manfaat kepada orang lain..

Yang penting LAWAN TETAP LAWAN !

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !