“Selamat Tinggal” MALAKAT MALL : Tempat Mesra Produk Muslim.

Tolak tepi kontroversi atau pandangan tentang peneraju di sebalik Malakat Mall, cuma nak ulas dari aspek bisnes dan kenapa orang Islam perlu berniaga serta kaya.  

Mall orang bukan Melayu, ada je yang tutup dan bungkus. Ada, bangunan dah jadi sarang dadah. Tak ada yang ambil peduli pun. Malakat Mall tutup, ada yang gembira. Orang Islam pulak tu.  

Kita semua kena kerja cari rezeki. Rezeki tu perlu guna untuk Dakwah, sebarkan ilmu Islam.  Elak guna dakwah untuk cari rezeki. Bimbang orang tak percaya kepada dakwah dan para pendakwah.  

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga? 

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan. 

Orang yang berniaga ini tawakal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakal mereka mutlak pada Allah taala sahaja. Setuju?

Jadi kenapa orang Islam perlu kaya? 

Ini antara sebabnya: 

1. Bayar zakat lebih. 

2. Dapat bersedekah lebih. 

3. Dapat bantu diri, keluarga dan ummah.  

Jadi kaya bukan semata-mata ingin hidup senang… Beli kereta besar, beli rumah besar. 

Jadi kaya supaya kita dapat membantu umat Islam seramai yang mungkin sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Kalau orang Islam tak kaya, siapa yang nak bayar zakat? Kalau orang Islam tak kaya & berharta, mestilah tak mampu nak pergi haji kan?

Kalau Orang Islam yang kaya tapi dermawan, moga Allah tambah lagi hartanya.  

Jika sebaliknya, moga Allah buka hatinya untuk kembalikan hartanya ke jalan Allah. 

Pejuang ekonomi Islam sekarang bukan saja perlu bersaing dengan bangsa lain, tapi perlu hadapi ejekkan bangsa sendiri. 

Bangsa sendiri yang menjatuhkan. Ada perkara jika kita tak setuju tak perlu tulis, simpan saja. 

Tulis yg baik-baik doa yang baik-baik sudah.  

Ingat, jika tiada perkara baik nak katakan, lebih baik diam. Kita belum diuji, Allah masih tutup aib kita. Teruskan berkata yang baik-baik, doa yang baik. Moga-moga segala kebaikan berbalik pada anda dan bisnes. Insya-Allah.

Pagi!

#FahdiGhazali

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !